LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 9, 2011

Mangsa Banjir

Ye puan-puan. Sekian lama menyepi, kini saya kembali. Huhuhu. Alkisahnya saya sekeluarga telah menjadi mangsa keadaan. Sebelum CNY beberapa hari hujan turun tanpa henti. Makanya saya juga terlibat menjadi mangsa banjir seperti yang diwar-warkan setiap umat manusia di Malaysia ni.




Dan sebab itu juga saya telah mengambil cuti tanpa dirancang selama seminggu. Banyak perkara yang perlu disetelkan. Apatah lagi kami semua telah diarahkan berpindah. Kiranya memang tak boleh duduk dalam rumah. Bekalan elektrik semua terputus. Gelap gelita.



Ikutkan ini bukan lah pengalaman pertama saya menjadi mangsa banjir. Dulu pun rumah mak selalu banjir. Dan kali ni rumah mak pun terlibat sama. Tapi kali ni, lain benar rasanya. Mana tak lainnya. Kali ni saya antara salah seorang ketua keluarga. Semua urusan pun kami uruskan suami isteri. Dalam pada ni, kami berdua nekad sewa lori, angkut semua perabot hantar balik kampung suami. Waktu ni jam dah pukul 1 pagi.


 

Thanks a lot buat semua keluarga saya yang banyak bantu terutama keluarga Kak Ana. Diorg datang bantu kemas apa yang patut. Kalau harap kan saya bantu suami angkut barang-barang yang berat tu semua, memang tak terdaya rasanya.



Sejujurnya saya katakan, yang saya teramat sedih dengan apa yang terjadi. Hmmm.. Tak tahulah kenapa ye sedih. Hahahha. Maybe sebab this is my 1st experience bila kesemua harta benda ni adalah hak milik kita sendiri. Ye lah, dulu rumah mak, kan harta mak. So, tak de lah sesedih ni.



Dengan keadaan satu taman dah jadi gelap gelita malam tu. Kebetulan rumah saya berhadapan dengan padang dan balai raya. Semua orang pun berkumpul di sini. Then, banyak lori askar, lori bomba, lori JPA berkumpul kat sini. Terus terang saya lagi sedih. Tiba-tiba saya rasa macam perang.











Waktu ni, Kak Ana dah bawa mak dengan Rayyan Adam b alik rumah dia. Saya tak nak diorg penat. Kesian kat anak kecik kami nanti kalau meragam. Biar kami penat tak pe. Serius nak taip ni pun sedih. Hahaha



Hmmm... Kat dalam dewan sekolah ni kan, macam-macam orang ada. Paling tersentuh bila saya dengar anak kecik menangis tak selesa. Kesian wehhhh... Habis nak buat macam mana. Macam saya cakap tadi, kat Malaysia ni kira syukurlah ada tempat nak mengadu. Selesa tak selesa kita terima seadanya.


Alhamdulilah. Sekurang-kurangnya kita di Malaysia masih ada lagi tangan yang menghulurkan bantuan. Untuk kami, mungkin kerugian yang kami alami, tak de lah besar mana. Hati saya tersentuh bila ada mangsa yang tak terdaya nak selamat kan barang-barang mereka. MUngkin ada juga yang tak mampu untuk menyewa lori seperti kami. So, malam tu kami dapat 2 selimut dan 1 tikar.


Dan juga meggi cup. Huhuhu. Lapar sangat masa ni. Ni dalam pukul 4 pagi kot.
 



Ni keesokan harinya. Kami buat report polis untuk jadikan bukti yang rumah kami ditimpa bencana alam.





Yang gambar ni ada pelik sikit. Hahahha. Ibarat tilam ni lagi mahal dari TV ye. Walhal, hal yang sebenar, TV ni dah rosak. Tinggal hukum buang je.



Keadaan bertambah sedih bilamana kami terexcident sedikit. Macam-macam perasaan ada malam tu.



Ni lah wang ehsan yang diberi sebagai ganti rugi. Tak banyak tak sikit. RM200. Ada jugak lah saya gurau-gurau dengan sorang sedara ni. Saya kata nak minta derma kilat. Dia tanya dulu saya parti apa. Kalau parti bla bla bla baru dia nak bagi. Kadang-kadang saya malas nak membodohkan dia waktu itu. Kenapa mesti nak libatkan parti apa bilamana Tuhan nak turunkan bencana ni untuk semua umat manusia tak kira orang tu parti apa. Takkan lah Tuhan pun perlu memilih untuk memangkah parti mana yang layak untuk terima bencana? Kita kat muka bumi Tuhan ni sama je. Tak perlulah taksub sangat dengan persatuan yang kamu anuti. Dah namanya semua umat manusia menerima bencana ini. Maka, kat sini dah tak kira agama, bangsa dan warna kulit.


Dan terima kasih juga pada pihak syarikat yang sudi menghulurkan sedikit wang ehsan. Terima kasih banyak-banyak pada semua. Apapun saya redha atas setiap Qada dan Qadar dari Tuhan.

8 comments:

fazilzura said...

salam as ..

awak dok mana yek ?

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa zura pun mangsa banjir tau , same as u .. cuti x di rancang lew, terpaksa EL 1 week .. terkandas kt segamat uhuhuhuhu

~aSFaLiZa~ said...

zura : kat melaka. rumah mak as pun banjir gak kat air hitam sana. sana sini mangsa banjir

fazilzura said...

tu ler, now muor plak ..
zr dpt balik kl pun sabtu ptg.. huhuuh tu pun huby balik ikut lalu mana tah cz jln banyk tutup psl air naik

~aSFaLiZa~ said...

zura : ni banjir teruk sejak 5 tahun lepas tau. dulu pun as lum kawen tapi rumah mak terima nasib mcm ni gak. banjir besar

kella said...

sabar ye asfa.. ini dugaan tuhan ni, tak sangka pula kita ada juga kawan2 yang hadapinya! selalunya tengok dengar berita orang lain! semoga tenang dan sabar.. ujian dari Allah pada orang orang yang Dia tahu mampu hadapi...

~aSFaLiZa~ said...

kella : tq so much. ni mmg dugaan Tuhan n kita kena redha

apek said...

sabar bebanyak ye... syukur dapat jugak wang ehsan.. tak semua negeri bagi wang ehsan tu...dan setahu aku wang ehsan tu diberi tak ikut parti pun.

~aSFaLiZa~ said...

apek : tq. yup. mmg pun wang ehsan ni tak kira parti. tu pun org dok berkira lagi tentang parti apa, parti apa. ni tergolong mereka yg tak tahu bersyukur