First day naik keje setelah 2 minggu berperang dengan penyakit berjangkit. Badan masih letih. Suara telah tiada seperti baru selesai konsert rock lagaknya. Di kala badan tidak sihat, hati juga menjadi tidak sihat. Segalanya serba tak kena. Ada tak ubat penyakit hati selain sabar?
Perasaan masih lagi tidak keruan. Apakah ini petanda dari Tuhan atas tanda-tanda dosa terdahulu. Apakah Tuhan mahu membalas segalanya di dunia sebelum sempat mata ini terpejam rapat.
Ketika ini tidak sanggup rasanya melalui detik-detik yang sangat pilu dalam hidup. Apakah dugaan ini besar. Atau hanya sebesar zarah sepanjang perjalanan hidup ini yang mungkin masih panjang?
Saat ini, segalanya perbuatan diselangai dengan tangan yang menggigil, badan yang menggeletar, jari yang membeku kesejukan. Hati yang kecik ini juga berperasaan sebegitu. Hilang segala fokus dalam hidup. Hilang sekejap tujuan untuk hidup. Hilang sekejap kesyukuran atas nikmat Tuhan.
Semoga segalanya adalah sebentar cuma. Semoga ianya hanya untuk detik dan saat ini sahaja. Tidak sanggup rasanya aku menghadapinya lagi untuk sekian kali. Usaha kepada-Mu Ya Tuhan pasti akan aku laksanakan. Setelah segalanya selesai, aku pasti aku akan hanya redha atas kehendak-Mu.
6 comments:
pegi bercuti la as tenangkan hati tu :)
gee : cuti kat mana ek best yg boleh setel kekusutan mcm ni? syurga boleh?
ada beb, tonic hati dari aljabbaar...hehhehe ampon jgn marah...
weh ko jgn ngade nnti bulan12 kan ko nak g bercuti jeleshhh tau...
aperpun aku nak fridge magnet yer...lambang...tak kira nak jugak..free!!! ;)
wei aku g bulan 3 la. hahahha.. duit kutu je advance bulan 12. tonik tu best ke. hahahha
nape cedey2 as.. huhu..
kak d : biasalah asam garam hidup kan
Post a Comment