Hari ni hari Isnin macam biasa lah kan, saya akan gerak pagi-pagi subuh dari Melaka nak pergi kerja kat Seri Kembangan. Dah peluk cium anak, peluk cium suami, peluk cium mak maka menuju lah saya ke tol Ayer Keroh.
Lebih kurang lagi beberapa kilometer je nak sampai ke tol, suami call secara gelabah
Sayang, abang kena langgar ni!!!
Zasss terus menggigil kesejukan tangan saya ni. Saya pun ok roger patah balik. Mujur belum masuk tol lagi, Kalau tak lagi lama suami kena tunggu.
Nak dijadikan cerita, pagi tadi suami nak pergi kerja macam biasa bawa motor. Malang tak berbau kan. Kena langgar dengan sebijik kereta wira. Menurut cerita suami, mula-mula pemandu turun tolong angkat motor. Then dia kata nak masuk kereta kejap. Ingat lah nak alih kereta. Tup-tup dah lari.
Mujur lah ada sorang mamat ni tolong angkat suami yang kakinya dah tersepit celah motor. Lepas tu mamat tu tanya suami, abang ok tak ni. Suami pun kata ok je. Ni nak tunggu bini abang datang.
Saya sampai je memang sayu la tengok orang kesayangan menahan sakit sorang diri di tepi jalan. Alhamdulilah tak de perkara yang buruk terjadi. Cuma luka-luka kecik dengan bengkak. Kira selamat lah sebab suami pakai helmet dengan safety boot.
Ok nanti saya sambung cerita lagi ek pasal kejadian ni. Nanti bosan pulak baca panjang-panjang.
4 comments:
ya Allah... semoga semuanya selamat hendaknya.. amin
kella : tq
kurang ajar itu pemandu.....blah macam tu aje ker....
zaidah : haah kak. mmg tak de sivik
Post a Comment