LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 14, 2011

Inilah Nasib Bersuamikan Mat Rempit

Apakan daya, inilah nasibku berkahwin dengan mat rempit. Bukan rempit biasa. Tapi rempit sejati. Tahukah anda apa maksud mat rempit? Maksudnya apabila penunggang motorsikal yang tiada lesen menunggang.



Oh... Betul puan-puan. Suami saya tiada lesen motor. Makanya selepas kejadian langgar lari, saya telah bertukar menjadi singa betina. Telinga suami lebih sakit mendengar ngauman saya, daripada kakinya yang terpeleot.

Lihatlah dunia. Luka lama berdarah kembali. Kan ku balut lukamu sayang. Luka dilukai.



Alkisah langgar lari tersebut. Yang melanggar suami saya ialah India. Saya bukan nak salahkan bangsa. Tapi pokok pangkal tanggungjawab anda sebagai pemandu. Siapa pun anda, sila bertanggungjawab jika berlaku apa-apa di jalan raya akibat dari pemanduan anda.




Kalau lah manusia yang dilanggar itu pengsan atau lebih tragis lagi mati. Tak takut ke hantu mangsa tersebut mengganggu anda. Ye, kami fikir mungkin anda ingat kami nak minta ganti rugi atau bil perubatan. Itukan belakang cerita. Yang penting kan tanggungjawab....

6 comments:

Dakwat Basah! said...

sabar kak. ini betul2 mengaum ni. yg langgar tu pun satu, lari pasal apa. berani buat, berani lah tanggung. takziah buat suami.

LiAnA said...

kalau dpt no plate mmg masak dia kena.. hampeh betull

~aSFaLiZa~ said...

dakwat basah : ye saya masih bersabar. huhuhu


liana : panik kak masa tu. mmg tak leh nk cam no plate

Lady D'yot said...

moga cepat sembuh..

mzhany said...

suruh "si rempit sejati" buat lesen, kalau langgar lari ke tak lari ker... nak report ke, claim ker, saman ker boleh dibuat dengan sonang hati...hahaha...


ni kalau igt no plate pun haru camni, takleh wat report gak.pasni ni ko bertukar jadi naga plak beb, singa dia dah rasa hohoho

~aSFaLiZa~ said...

lady dyot : tq

hany : entah bila la wei nk insap ni