Sepanjang minggu ni saya EL 5 hari. Apa nak kata kan. Malang tak berbau. Ingat lah nak jimat-jimat cuti sebab tahun ni banyak nak pergi holiday. Tapi best jugak sebab sepanjang masa boleh duduk dengan suami dengan anak.
So, perkembangan suami ok-ok saja. Maksud ok-ok saja, boleh lah jalan, makan, tidur sebab makan ubat. Masa hari kejadian saya hantar suami ke panel klinik yang berdekatan yang buka 24 jam. Ye la masa, kejadian tu lebih kurang pukul 7 pagi.
Macam biasa saya kurang menyukai panel klinik ni yang cek gitu-gitu je. Maksudnya, dia cuma tanya ada pengsan? Ada pakai helmet? Then, cek kaki suami yang bengkak. Cuci luka oleh pembantu secara kasar. Inject 1 dos. MC 2 hari. Lain? Tak de. Ini doktor India ok
Pada pandangan mata kasar la kan. Sepatutnya doktor ni boleh keluarkan GL untuk x-ray kaki suami saya yang bengkak tu. Tapi...Hanya MC 2 hari. Disuruhnya suami rehat. Walhal benda tu boleh disiasat.
Masuk hari kedua, suami mula sakit-sakit badan. Sepatutnya saya dah mula kerja. Tapi dengar rengekan suami. Saya mula mencari tukang urut lelaki kat Melaka ni. Ye lah. Tukang urut perempuan banyak lah. So, saya contact la mana-mana orang yang saya kenal tanya itu ini.
Lepas urut, pergi klinik panel yang biasa kami pergi kat Jasin. Ni bukan bias or nak cakap pasal bangsa ok. Yang ni memang kami selalu pergi. Apa yang saya boleh katakan, doktor ni betul-betul menjalankan tanggungjawab nya sebagai doktor. Walaupun bukan sebagai klinik pakar dan hanya cas yang murah sahaja. Tapi layanan yang kami dapat seolah-olah kami pergi ke klinik pakar. Ini doktor Melayu.
Then doktor macam suspek something. Kemungkinan jari kaki suami macam patah. Terus keluar GL dan kami terus ke Hospital Pantai untuk x-ray. Hari pertama x-ray, everything is ok. Tapi keesokkan harinya, hospital call back kata ada suspek patah kat tulang rusuk kiri.
Ni kitorg dah mula risau-risau. Sebab nya kalau tulang rusuk menurut kata doktor tempat yang bahaya sekali. Sebabnya kat situlah tempat segala organ penting. Kalau patah, takut tercucuk kat mana-mana organ yang penting macam paru-paru. Kesannya boleh bawa maut.
Sebelum tu saya tanya suami ada ke sakit kat belah kiri. Dia pun macam pelik. Sebab dia sakit sebelah kanan. Belah kiri macam tak sakit. So, sampai hospital doktor kata yang belah kiri tu diorg nampak kecik sangat retaknya. Nak tak nak x-ray sekali lagi.
Alang-alang free saya suruh doktor x-ray both side kanan dan kiri. Seee memmang doktor salah nampak. Dua-dua belah pun ok. Alhamdulilah. Tak pe lah pergi hospital ke, klinik ke banyak kali. Janji kita tahu apa perkembangan sebenar kesihatan suami.
Now tinggal jaga yang luka tu je la. Bengkak kaki pun dah susut. Dan sampai ke hari ini, saya masih menjadi driver suami. Untung kan dapat bini pandai bawa kereta. Huhuhu...
2 comments:
bkn nk bangkitkan isu perkauman.. tp kita ade same experience ngn dktor kaum i**** ni.. check mmg ala kdar, bg cuti smpai 2 hari.. tp xcheck details.. org yg jage kaunter tu plk ckp, dktor tu pg2 mmg cmtu.. nmpk sgt cm org mabuk..
nadia : tu la. yg penting keje. sape2 pun kena tahu tanggungjawab
Post a Comment