LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 7, 2011

Tutup Mulut Kalau Tak Tahu Cerita Rumahtangga Aku

Jangan sibuk kalau anda tak tahu siapa yang paling saya ingat. Maksud nya, kalau saya cakap saya rindu sangat-sangat kat suami, jangan sibuk tanya, kau tak ingat kat anak kau ke? Kalau rasa nak pelempang. Jangan sibuk tanya sebab kau tak rasa apa yang aku rasa.



Kalau anda berada di tempat saya, pandai tak anda hendak membahagikan perasaan rindu antara suami dengan anak? Pandai tak??? Pandai tak???? So, kalau tak tahu, sila jangan menyebok hal rumah tangga orang.



Ye, ini lah manusia. Kalau kita kata rindu anak, ingat tak rindu suami. Kalau kita kata rindu suami, kata tak rindu anak. Tolong tutup mulut boleh kalau tak tahu apa-apa? Diri saya ialah seorang mama dan isteri yang duduk berjauhan dengan orang kesayangan yang mana orang ini akan membawa saya ke syurga. Ada faham ka???



So, korang yang tahu aku ni duduk jauh kat sini, yang nampak aku duduk sorang-sorang kat sini sila amik perhatian. Ye betul saya ni tak macam wanita lain yang jaga kebajikan keluarga. Maksud nya makan, pakai segalanya yang berkaitan hal rumah tangga secara sepenuh masa. Ini adalah kerana suami saya tidak berkahwin dengan suri rumahtangga. Beliau berkahwin dengan seorang pekerja yang turut mencari nafkah. Ada faham?




Then take noted - sewaktu tidak bekerja di mana saya berada di rumah bersama suami dan anak, saya turut melakukan kerja-kerja harian di rumah seperti suri rumah lakukan. Contohnya, mengemas, menyapu, membasuh bilik air apatah lagi memasak. Weiiiii!!! Takkan benda macam ni pun aku nak war-war kan kat semua umat manusia apa yang aku buat!!!



So, kamu yang berkata-kata jangan ingat aku ni bukan isteri yang baik yang tidak bertanggungjawab atas apa yang telah Tuhan tetapkan. Kau pergi tanya laki aku apa tanggungjawab yang aku tak laksanakan. So, kau jangan claim aku sebagai kau tak exited ke jumpa laki kau, kau tak exited ke jumpa anak kau. Sebabnya bukan kau yang berumahtangga dengan aku. Ada faham kaaaaa????



SAYA ASFALIZA YANG PERLU MEMBAHAGIKAN PERASAAN RINDU ANTARA SUAMI DENGAN ANAK. SO PERASAAN INI HANYA SAYA DAN TUHAN SAJA YANG TAHU SIAPA PUNYA RINDU YANG PALING BANYAK



Jadi di sini saya tidak memberi sebarang hak untuk anda bertanya tentang persoalan ini sebab wujud manusia penyebok di luar sana yang membuat hati dan perasaan saya tergugat. Sekian.

10 comments:

aibaks said...

kan orang2 tua selalu ckp.. jgn jaga tepi kain orang..

LiAnA said...

soalan-soalan yg dia bagi tu memang layak kene makan pelempang huhu

nurul baharuddin said...

lempang kan aje....sibuk.....

Mama Likha said...

sibuk jaga tpi kain org, nti kain die terlondeh telanjang baru tahu kan!

~aSFaLiZa~ said...

thanks u all. sgt hargai komen2 dari isteri2 mcm kamu yg memahami hati dan perasaan saya sekarang. oppss termasuk aibaks ye. tqvm

kella said...

sabar je la, perasaan kita sendiri, mana mungkin mereka akan mengerti..
sabar ya asfa.. buat tak tahu sahaja..
mulut orang tak boleh nak tutup!

apa kata datang umah kita ni.. amik award! sekurang kurangnya saya ada untuk hargai anda sebagai seorang sahabat.. :)

~aSFaLiZa~ said...

kella : tqvm. nti free saya pegi amik ye syg

~najwa~ said...

memang ada je yang dengki dengan rmhtangga ni - pantang tengok orang bahgia, mulala nak cucuk jarum...

dan pandai2 pulak nak 'menghukum' dan 'mengadili' rumahtangga org.

sabar je asfa. kalau layan orang mcm ni, kita pun jadi bodoh sama...

~ibu-ibu bekerja ni bukannya satu kekurangan utk keluarga.

apek said...

hahaha.. tak pernah terfikir kat otak aku ni.. ada manusia menyibuk sampai tahap tu..

~aSFaLiZa~ said...

najwa : yes u r rite. mmg ada je kan yg dengki tgk kita walhal kita ni mmg dh bahagia sgt2


apek : ha sbb tu kuar entry yg mcm rasa nk lempang je org yg menyibuk tahap mcm ni