Hari ini saya terkesan dengan ayat dari seseorang yang menyatakan saya telah menyusahkan mak dengan menjaga Rayyan Adam. Saya hanya mampu menangis di dalam hati. Saya tahu apakah perasaan mak terhadap Rayyan Adam tanpa menganggap Rayyan Adam adalah beban kepadanya. Rayyan Adam adalah pengarang jantung hati kami sekeluarga.
Sumpah! Mak tak bagi kalau saya ada niat nak hantar Rayyan Adam ke jagaan orang lain. Sekarang jugak saya suruh orang itu pergi tanya mak kalau mak bagi lah saya amik Rayyan Adam dan serahkan kepada orang lain. Saya bukan berlagak. Tapi kelengkapan Rayyan Adam segala-galanya cukup saya sediakan suami isteri. Tiada yang kurang. Mak tak perlu bersusah payah mengeluarkan hasilnya untuk keperluan Rayyan Adam. Malah keperluan mak juga saya sediakan suami isteri.
Tapi apakan daya, saya hanya mampu tersenyum dan menangis dalam hati atas segala sangkaannya. Saya tidak pernah berniat menghambakan mak kerana Rayyan Adam. Tidak pernah berniat menyusahkan hidup mak kerana Rayyan Adam. Tidak pernah mengambil kesempatan atas kerelaan mak menjaga Rayyan Adam. Andainya memang benarlah kata-kata orang itu, maka saya amatlah berdosa kepada mak kerana telah membenarkan diri saya menyusahkan dirinya. Apa yang mampu saya akan berdoa mak akan mendoakan yang baik-baik saja untuk kebahagiaan kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment