LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 30, 2010

Anmum Essential Langkah 3

Pendek kata minggu ni setiap hari pergi JJ. Entah apa JJ tu bagi manderem agak nya. Jalan punya jalan punya jalan, terjumpa lah promoter ANMUM. Dia nak bagi free sample. Alang-alang Rayyan Adam nak masuk setahun dah ni. Amik je lah sample Langkah 3 tu. Boleh simpan. Sekarang masih Langkah 2 lagi.  




Mula-mula dia nak kasi 1 je tau. Saya kata tak cukup. Then dia nak kasi 2. Lepas tu saya minta 3. Dia kata boleh. Saya nak 4 dia tak bagi. Hahahaha. Gila tamak. Kang aku nak jalan-jalan lagi kat situ buat-buat macam belum dapat. Nanti dapat free lagi.

Alkisah Berbini Dua Part 1

Satu pagi tiga beradik nak pergi sekolah. Hujan sangat lebat. Kebiasaan ibu nya hantar naik motor. Bergilir-gilir hantar. Mula-mula hantar anak yang kedua dan ketida dulu. Lepas tu baru lah hantar si abang. Nak buat macam mana. Yang ada cuma motor.



Tapi pagi ni hujan lebat sangat. Kalau nak ponteng sekolah, takut kena marah dengan ayah nya. Ayah diorg garang. Sampai kan ibu nya pun takut nak kasi anak dia ponteng sekolah. 



Nak tak nak, pagi yang hujan lebat tu pergi jugak ke sekolah. Ibunya tahu, kalau dah hujan lebat macam ni mesti bawa motor perlahan. Dengan tak nampak jalannya. 



So, macam biasa ibu nya hantar anak kedua dan ketiga dahulu. Sementara tu yang sulung, ibunya suruh jalan kaki dahulu menuju ke sekolah. Dah nama nya abang kan. Kena lah berkorban untuk adik-adik yang lain. 




Abang ni pun jalan kaki lah dulu pakai selipar dan bawa payung dalam hujan lebat tu. So, bila ibunya patah balik nak amik dia, dia dah separuh jalan. Jadi tak de la nanti sampai sekolah lambat. 



Apa yang saya nak sampai kan ialah, semua ni gara-gara takut nak ponteng sekolah sebab nanti kena marah denga ayah nya. Bukan takat anak je yang takut. Ibu nya pun takut sebab dia tak nak anak-anak dia kena marah tak tentu pasal. Sedangkan kalau tak pergi sekolah pun alasan kukuh hujan lebat dan tiada kenaikan. Yang ada cuma motor. 




Yang paling penting saya tersentap dengan cerita ni ialah si ayah yang berkahwin lagi satu bersenang lenang dekat rumah bini nombor dua. Yang dia tahu, marah kalau anak tak pergi sekolah. Malah tak de inisiatif nak bantu isteri pertama nak hantar anak ke sekolah.




Sentap okey perasaan ni. So, saya kalau jumpa anak-anak nya tak kisah la budak-budak tu nak apa. Belikan je. Layankan je. Memang diorg bukan orang susah pun. Tapi tak pe. Saya nak bagi anak-anak isteri pertama lebih dari yang kedua. 




Emosi saya dalam keadaan geram, marah, benci bla bla bla dengan si suami dan bini nombor dua dia

Jul 29, 2010

Ramadhan Kali Ini

Tak lama lagi nak masuk dah Ramadhan. Tahun ni tahun ketiga Ramadhan saya bergelar isteri. Tapi tahun pertama bergelar ibu. Tahun ni saya rasa tahun percubaan cabaran mengerjakan puasa bersama si kecik dan ayah nya.



Bagi yang tak tahu, saya pasangan suami isteri jarak jauh. Sejak kahwin, setiap  petang Jumaat saya akan drive dari KL ke Melaka. Dan pagi-pagi Isnin saya akan bergerak pergi kerja pulak dari Melaka ke KL.



Penat? Mula-mula memang letih. Tapi saya ni jenis tak mudah sangat letih. So, boleh je terima keadaan yang meletihkan ni setiap minggu.



Masa tahun pertama berpuasa bersama suami, agak penat sebab kena sediakan sahur seawal 4 pagi. Sebab apa saya kata letih. Saya kena bangun pukul 4 pagi, sedia kan apa yang patut untuk sahur. Dan sepanjang dari pukul 4 pagi saya menahan mata sampai pukul 6 untuk terus bergerak pergi kerja. Perjalanan pulak amik masa selama 2 jam untuk sampai. Macam ni lah saya untuk 2 kali Ramadhan yang lepas.




 Keadaan ini berlaku pada setiap pagi Isnin. Memang agak mencabar. Yang ini memang saya akui teramat la letih. Ikut kan saya memang la boleh kalau tak bangun sahur. Tapi suami dah biasa dan memang kena makan nasi untuk sahur. So, saya nak tak nak kena jugak terima keadaan ni.




Untuk tahun ni pulak. Macam mana yek saya nak cakap. Hmmmm tahun ni saya baru je ada baby. Waktu malam Rayyan Adam memang tak stabil lagi. Maksud saya, kalau malam dia akan bangun beberapa kali untuk menyusu. So, bayang kan berapa kali yang saya akan bangun untuk sediakan susu dan tak lama lepas tu saya kena bangun pulak untuk sediakan sahur. Dan saya akan terus berjaga sebab nak drive pergi kerja.



Tak tahu lah nak cakap macam mana. Nak nangis pun ada ni. Sebab saya tak tahu saya kuat ke tak nak hadap semua ni nanti. Saya tak tahu lah saya boleh sabar ke tak. Saya takut jadi isteri yang derhaka sebab marah suami tak tentu pasal. Saya takut Rayyan Adam jadi mangsa dan akhir nya saya kana menangis sebab marah kan anak yang tak bersalah dan tak mengerti apa-apa.



Buat abang, sayang tahu abang mampu tolong sayang sepanjang Ramadhan ni. Sayang tahu abang boleh tolong bangun buat susu untu Rayyan Adam tengah-tengah malam. Sayang tahu kita memang dah janji susah senang bersama. 



Jul 28, 2010

Air Pancut Berirama

Malam minggu yang lalu berjimba dengan keluarga kecik ini menyaksikan air pancut berirama. Hmm nama tempat harap maklum ye. Saya lupa. Encik Suami tolong komen dan nama kan tempat ini. Lupa daaa





Balik tengok air pancut, jalan-jalan kat uptown MITC pulak. Saja je tengok-tengok. Sementelah tengok tu belum gaji kan. Maka nya tengok je lah kat uptown tu. Huhuhuu

Celebrity Homes




John Travolta




Halle Berry


 
OPRAH





J-Lo and Mark Anthony





EDDIE MURPHY



Billy
Joel



Hugh Hefner




Sylvester Stallone




Tiger Woods
 


Jul 27, 2010

Hadiah Dari Kak Long Zairol

video

Rayyan Adam dapat motor ni dari Kak Long Zairol aka sepupu Rayyan Adam sejak dari dalam hari lagi. Now baru lah beliau betul-betul pandai menggunakannya. Tapi secara menolak ke tepi. Hahahaha. Lawak tau kalau tengok dia main benda alah ni.

Sepanjang Jalan Ke Ikea Jem Teruk



Semalam lepas kerja laju-laju bersiap nak pergi Ikea. Tujuan utama nak cari rak kasut. Kan ke tengah ofer sekarang ni. Tapi sangat lah tertekan sepanjang jalan jem. Sepanjang jalan tau. Dari rumah sampai ke Ikea tu. Sangat lah menekan jiwa dan raga



Nasib baik Fielah bersetuju nak tukar drive. Kami tukar dalam kereta jek. Masa tengah jem ni boleh je nak buat apa yang kita suka. Nak tidur kejap ke, apa ke. Setakat nak tukar driver ni petik jari je lah. Sebenarnya dah tansion yang amat sangat dah tau. Sampai tahap takut terlupa mana satu break, mana satu minyak. Huh!!!



Sampai Ikea dah pukul 9 malam. Lagi tertekan wei tak puas tengok barang lain. Nasib lah dapat jugak rak kasut yang diidam-idam kan. Balik sampai rumah semua terbongkang. Ni semua jem punya pasal!!!



Pic barang-barang shoping akan menyusul di kemudian hari bila terasa diri rajin untuk mengsnap gambar.

Maroon


Ya puan-puan. Tema pagi raya kami tahun ni ialah maroon. Persiapan pagi raya telah saya siapkan untuk kami anak beranak. Kakakakakaka. Dengan itu kami anak beranak sudah bersedia untuk beraya.

With Uncle Hamid Ghurka

Ahad lepas pergi jemputan kahwin kawan suami. Saya tak kenal pun siapa pengantin. Masa nak amik nasi, tiba-tiba saya nampak macam pelakon Hamid Ghurka betul ke aku eja Ghurka ni. Saya cakap lah kat suami. Mula-mula dia tak percaya. Then, tunjuk mak. Mak kata betul.







Masa tengah makan saya cakap kat suami, nanti nak jugak amik gambar dengan Hamid Ghurka tu. Nak masuk kat blog. Hahaha. Tak kira lah malu ke tak orang tengok. Ye la. Kan orang ramai masa ni. Lepas tu kan, saya nampak jugak Jefrydin tau. Cuma masa nak amik gambar ni dia tengah makan. Macam tak best pulak






Ni antara kawan-kawan suami yang saya kenal. So, diorg pun amik kesempatan join bergambar sekali.

Jul 26, 2010

Jem Lepas Tu Datang Lambat

Pagi tadi ada excident antara tol Kajang dengan tol UPM. Start jem dari Bangi. Panjang woooo. Hasil nya datang la lambat ke opis. Sempat kau nak snap snap gambar sambil drive. Hahhahaha.





Jahat tak lalu kat emergency lane. Huhuhuhu. Eh tapi ada ambulan nak lalu, saya bagi lalu tau. Saya pergi ke kiri lagi. Wakakakakaka. Tak nak gak mengalah pergi kanan. Errrkkk pak polisi. Sila jangan saman yek



Mama Minta Maaf

Hari ni mama nak minta maaf kat Rayyan Adam. Pagi tadi pun mama dah minta maaf masa mama nak pergi kerja. Tapi sayang tidur lagi. Dengar tak mama cakap kat telinga sayang tadi.



Malam tadi tansion sangat sebab Rayyan Adam tak nak tidur dengan lena. Dia tidur. Tapi kejap-kejap bangun. Mama sedar, tengok-tengok Rayyan Adam tidur kat kaki mama. Lepas tu menggelisat je.



Mama tambah tansion sebab dah pukul 3,4 pagi. Mama bukan apa. Mama nak pergi kerja. Pukul 6.30 pagi dah kena gerak. Takut tengah drive mengantuk. Tak semena-mena mama marah Rayyan Adam.



Last-last ayah yang pujuk mama. Ayah tidurkan sayang pun, sayang tetap tak nak lena. Lepas tu mama urut betis sayang takut sayang kembung perut. Tapi mama urut sambil nangis. Mama minta maaf ye sayang. Mama tak faham anak mama ni kecil lagi. Mama sayang Rayyan Adam anak mama ni sangat-sangat. Thanks abang sebab pujuk kami berdua malam tadi.

Jul 23, 2010

Chili Flakes

Pencinta pedas. Pencinta cili. Pencinta lada. Akhir nya tersungkur di kepala lutut Chile F**k. Eh salah. Chili Flakes ni. Pedas nak mampus kau cili. Aina dengan Fatiha bukan main gelak sakan tengok muka aku eh. Dah la kau Domino's. Aku dah tak ingin nak makan kau lagi.



Paling tak boleh belah diorg punya staff. Arrhhhh menci nak cakap!!!! Meluat tahu tak meluat? Ni hanya staf Domino's yang saya pergi ni je ye. Yang lain-lain saya tak tahu. Okey bai