LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 29, 2010

Ramadhan Kali Ini

Tak lama lagi nak masuk dah Ramadhan. Tahun ni tahun ketiga Ramadhan saya bergelar isteri. Tapi tahun pertama bergelar ibu. Tahun ni saya rasa tahun percubaan cabaran mengerjakan puasa bersama si kecik dan ayah nya.



Bagi yang tak tahu, saya pasangan suami isteri jarak jauh. Sejak kahwin, setiap  petang Jumaat saya akan drive dari KL ke Melaka. Dan pagi-pagi Isnin saya akan bergerak pergi kerja pulak dari Melaka ke KL.



Penat? Mula-mula memang letih. Tapi saya ni jenis tak mudah sangat letih. So, boleh je terima keadaan yang meletihkan ni setiap minggu.



Masa tahun pertama berpuasa bersama suami, agak penat sebab kena sediakan sahur seawal 4 pagi. Sebab apa saya kata letih. Saya kena bangun pukul 4 pagi, sedia kan apa yang patut untuk sahur. Dan sepanjang dari pukul 4 pagi saya menahan mata sampai pukul 6 untuk terus bergerak pergi kerja. Perjalanan pulak amik masa selama 2 jam untuk sampai. Macam ni lah saya untuk 2 kali Ramadhan yang lepas.




 Keadaan ini berlaku pada setiap pagi Isnin. Memang agak mencabar. Yang ini memang saya akui teramat la letih. Ikut kan saya memang la boleh kalau tak bangun sahur. Tapi suami dah biasa dan memang kena makan nasi untuk sahur. So, saya nak tak nak kena jugak terima keadaan ni.




Untuk tahun ni pulak. Macam mana yek saya nak cakap. Hmmmm tahun ni saya baru je ada baby. Waktu malam Rayyan Adam memang tak stabil lagi. Maksud saya, kalau malam dia akan bangun beberapa kali untuk menyusu. So, bayang kan berapa kali yang saya akan bangun untuk sediakan susu dan tak lama lepas tu saya kena bangun pulak untuk sediakan sahur. Dan saya akan terus berjaga sebab nak drive pergi kerja.



Tak tahu lah nak cakap macam mana. Nak nangis pun ada ni. Sebab saya tak tahu saya kuat ke tak nak hadap semua ni nanti. Saya tak tahu lah saya boleh sabar ke tak. Saya takut jadi isteri yang derhaka sebab marah suami tak tentu pasal. Saya takut Rayyan Adam jadi mangsa dan akhir nya saya kana menangis sebab marah kan anak yang tak bersalah dan tak mengerti apa-apa.



Buat abang, sayang tahu abang mampu tolong sayang sepanjang Ramadhan ni. Sayang tahu abang boleh tolong bangun buat susu untu Rayyan Adam tengah-tengah malam. Sayang tahu kita memang dah janji susah senang bersama. 



7 comments:

Anonymous said...

salam ..

aduyai .. syahdu nye baca entry ni ..

thn ni ketibaan ramadhan zr agak emosi huhuhuhuhu..

Unknown said...

zura : nape plak emosi ni

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

sabar ye kak.. smoga dpt mgharungi sumenye dgn jayanya...

bard said...

hem..ala syg,,abg da biase pn bgn wat susu adam.. xpe utk ari isnin abg x payah sahur n syg xpyah bgn awal masak. boleh je x sahur utk beberapa ari dlm bulan ramadan nih

Unknown said...

nadia : baik lah

abg : tq abg

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

cayalah abg bard!!! heheh
slmat ari senin ye kak liza

Unknown said...

nadia : ni la bukti suami syg kat isteri. huhuhu