Semalam lepas kerja laju-laju bersiap nak pergi Ikea. Tujuan utama nak cari rak kasut. Kan ke tengah ofer sekarang ni. Tapi sangat lah tertekan sepanjang jalan jem. Sepanjang jalan tau. Dari rumah sampai ke Ikea tu. Sangat lah menekan jiwa dan raga
Nasib baik Fielah bersetuju nak tukar drive. Kami tukar dalam kereta jek. Masa tengah jem ni boleh je nak buat apa yang kita suka. Nak tidur kejap ke, apa ke. Setakat nak tukar driver ni petik jari je lah. Sebenarnya dah tansion yang amat sangat dah tau. Sampai tahap takut terlupa mana satu break, mana satu minyak. Huh!!!
Sampai Ikea dah pukul 9 malam. Lagi tertekan wei tak puas tengok barang lain. Nasib lah dapat jugak rak kasut yang diidam-idam kan. Balik sampai rumah semua terbongkang. Ni semua jem punya pasal!!!
Pic barang-barang shoping akan menyusul di kemudian hari bila terasa diri rajin untuk mengsnap gambar.
No comments:
Post a Comment