LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 26, 2010

Mama Minta Maaf

Hari ni mama nak minta maaf kat Rayyan Adam. Pagi tadi pun mama dah minta maaf masa mama nak pergi kerja. Tapi sayang tidur lagi. Dengar tak mama cakap kat telinga sayang tadi.



Malam tadi tansion sangat sebab Rayyan Adam tak nak tidur dengan lena. Dia tidur. Tapi kejap-kejap bangun. Mama sedar, tengok-tengok Rayyan Adam tidur kat kaki mama. Lepas tu menggelisat je.



Mama tambah tansion sebab dah pukul 3,4 pagi. Mama bukan apa. Mama nak pergi kerja. Pukul 6.30 pagi dah kena gerak. Takut tengah drive mengantuk. Tak semena-mena mama marah Rayyan Adam.



Last-last ayah yang pujuk mama. Ayah tidurkan sayang pun, sayang tetap tak nak lena. Lepas tu mama urut betis sayang takut sayang kembung perut. Tapi mama urut sambil nangis. Mama minta maaf ye sayang. Mama tak faham anak mama ni kecil lagi. Mama sayang Rayyan Adam anak mama ni sangat-sangat. Thanks abang sebab pujuk kami berdua malam tadi.

2 comments:

IbuDhira said...

dia tau mama dia nk g keje kot..tu yg tak nak pisah..tak puas lagi ngn mamam dia..

~aSFaLiZa~ said...

rini : ye kot. sedih wooo marah anak sdr