Waktu saya menulis tentang entry ni saya rasa saya memerlukan feeling yang mendalam tentang kisah yang akan diceritakan. Saya nak share betapa saya kesal dengan apa yang berlaku. Saya kesal dengan tindakan yang tidak sepatut nya seorang isteri lakukan terhadap suami nya.
Lagak tulisan saya seperti saya sudah melakukan kesalahan besar sahaja kan. Tapi entah la....
Semua nya berasal dari syak wasangka saya terhadap suami.
Mulanya saya terlihat ada rekod call out and call in atas nama Insurans Maybank
Dalam hati mula berdetak. Kenapa Insurans Maybank? Mesti la saya tertanya-tanya. Setahu saya kami suami isteri mana pernah ada deal apa-apa insurans dengan maybank.
Lantas saya tanya dengan suami. Kenapa ada rekod kat hp ni pakai nama insurans maybank?
Suami diam. Masa tu suami tengah layan Rayyan Adam tengok Wonderpets kat latop.
Lama jugak dia berfikir untuk jawab soalan saya tadi. Suami kata tu personal insurans. Abang baru amik.
Pang!!!!! Saya terus rasa tertipu. Saya rasa dibelakangkan. Saya rasa diketepikan. Saya rasa tertipu!!!!
Kenapa mesti saya rasa macam tu??? Sebab pada saya dalam rumah tangga sepatut nya tidak perlu rahsia. Jangan ada rahsia walau sekuman pun. Sebab tu yang paling utama saya rasa diri saya dah ditipu.
Mulalah saat ini syaitan memainkan peranan menghasut anak cucu Adam. Saya mula menaruh syak yang bukan-bukan. Saya rasa mungkin suami takut saya marah bila gaji dia kurang tiap-tiap bulan sebab nak bayar duit insurans tu.
Atau mungkin kalau saya tahu, saya nak jugak dia belikan satu personal insurans untuk saya. Mungkin saya akan memaksa beli untuk saya.
Saya terus masuk bilik melayan perasaan.....
Dan bila saya mula mengesyak yang bukan-bukan tanpa berfikir panjang saya send satu sms kepada suami walau pun masa tu saya kat dalam bilik je. Dan ayat nya sangat pedas mungkin.
Tak lama, suami masuk bilik. Masa tu saya memang dah sedia apa dia nak cakap. Cuba bersedia kot-kot ada tindakan yang di luar jangkaan....
Suami datang kat saya. Duduk sebelah saya. Masing-masing diam....
Suami cakap, tahu tak kenapa abang beli insurans tu? Saya diam je tanpa apa-apa respon.
Dia sambung lagi kata, abang kalau boleh memang tak nak bagi tahu sayang yang abang beli insurans tu. Abang memang nak rahsia. Kalau sayang tak suka abang boleh terminate je.
Abang ni tak de harta sayang. Abang ingat kalau abang beli insurans tu, nanti kalau abang mati senang. Insurans ni boleh cover sayang dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya ada benda yang boleh jamin hidup sayang dengan anak-anak kat dunia ni. Abang rasa pampasan insurans ni boleh langsai kot hutang rumah kita ni.....
Saya cuba untuk menegakkan benang yang basah. Tapi kenapa nak kena rahsia??? Sayang tak suka ada rahsia antara kita.
Abang memang nak rahsia sayang. Abang tak nak sayang tahu. Senang kalau abang mati baru sayang tahu ada sikit harta dunia yang abang tinggal kan...
Oh abang... Abang tak payah buat suprise macam ni boleh tak. Bila abang buat macam ni, macam-macam yang buat sayang syak kat abang. Agak nya orang lelaki memang macam ni ke. Sayang yang tak terluah.
Bila jadi macam ni memang saya tak senang duduk. Rasa bersalah sentiasa ikut. Buat nya masa saya marah-marah tak tentu pasal tu, suami terus tak de tanpa saya tahu dia dah maaf kan saya ke belum. Nauzubillah.
Dan sebenar nya saya betul-betul menyesal. Kalau teringat mesti saya cakap minta maaf kat dia. Saya takut kalau dia tak maaf kan saya....
Buat abang, sayang betul-betul minta maaf dengan apa yang sayang tulis kat sms tu. Sayang marah sebab abang rahsia benda besar dalam rumah tangga kita. Abang ingat kalau betul lah benda tu jadi suprise kat sayang, sayang boleh tepuk tangan tanda gembira?
Abang ingat sayang lebih suka duit pampasan insurans yang abang tinggalkan tu berbanding dengan sayang kehilangan abang? Dan abang ingat kalau sayang tahu hal insurans ni sayang nak bunuh abang kasik abang mati cepat supaya senang hidup sayang?????
Walaupun sayang tahu abang dah maaf kan sayang, tapi sayang tetap akan terus minta maaf atas hal yang terjadi.
Mungkin betul la orang kata, orang lelaki ni susah nak tunjuk kasih sayang nya. Susah dia nak kasik bukti yang dia sayang isteri nya. Maybe dengan cara macam ni boleh tunjuk bukti yang dia sayang kat saya, cuma dia tak tahu macam mana nak luah....
Dan orang perempuan macam saya akan terus menulis di blog ni yang saya sayang suami saya dunia akhirat....Terima kasih abang.