LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 13, 2012

Lagi Cerita Rotavirus

Start Jumaat lepas dah kecoh pasal rotavirus membunuh 2 baby kat Perak. 


Masa tu saya on d way tengah drive balik ke Melaka. Suami sms bagi tahu.


First dengar reaksi pertama macam....alamak!!! Nasib baik cerita kematian tu keluar masa Rayyan Adam dah discharge. Buat nya keluar berita masa we all kat sepital lagi. Mahu tak gelabah tak senang duduk laki bini.


But, alhamdulilah Rayyan Adam dah mula sembuh sepenuh nya. Sekarang ni tengah berperang dengan ruam pampers je la kat vontot. Kalau saya sepenuh masa kat rumah memang pakai CD. Tapi kan we all masing-masing kerja. Dulu masa mak sihat boleh la jugak mak bantu mana yang patut. Tapi tak pe la. Dah ini rezeki kami.





Sabtu lepas saya pergi lagi klinik buat follow up kesihatan Rayyan Adam. Doctor cakap, ramai parents yang tak nak admit anak ke hospital sebab kesian tengok anak kena cucuk jarum masuk air. 


Tapi tu lah. Terpulang. Bagi saya, saya memang takut kalau anak dah kering air dalam badan. Mana tak nya. Budak dah muntah-muntah. Cirit-birit. Mahu tak lembik budak tu. Nak tak nak kena jugak buat kering tengok anak melalak kena cucuk drip.


So parents, seklai lagi lagi ye. Kalau anak u all ada simptom rotavirus ni, cepat-cepat la hantar ke hospital. Tak payah la ke klinik. Ni just sebagai advise sahaja. 


Dan sekali lagi. Antara simptom rotavirus ialah

  • Muntah-muntah berpanjangan
  • Cirit-birit berpanjangan
  • Demam panas turun naik turun naik


Dan mengikut berita terkini, kematian kat Perak tu adalah berpunca daripada sebaran air. Hmmm... kita ni parents dah puas kot jaga kebersihan anak. Tapi still tak cukup lagi kalau faktor-faktor yang tak disangka-sangka macam ni menyerang.


Sekarang punya masa, nak bagi anak main tanah pun takut. Dulu kecik-kecik kita siap berkudis bagai. Tak de apa pun jadi. Mak bapak pun tak de heran tengok anak berkudis. Hish!!!!

No comments: