Rezeki, ajal maut, jodoh tu semua milik Tuhan Yang Maha Esa. Kita hanya merancang. Allah saja yang tahu di sebalik rahsia rezeki kita.
Nasi kalau dah sampai tepi bibir, nak jatuh, jatuh jugak. Dah nama nya bukan rezeki kita.
Macam saya. Syukur ye Tuhan bagi suami yang baik. Anak yang comel. Kerja yang bagus. Rezeki dunia pulak melimpah ruah. Tak pernah pulak tak dapat makan. Syukur sangat-sangat. Tu kan semua Tuhan yang punya. Pinjaman semata-mata. Tinggal sedia atau tak je kalau saat ditarik semua tu.
Secara kasar tengok lengkap dah rezeki dunia yang saya peroleh. Tapi nama nya manusia mana nak cukup. Ada je yang diminta lagi dan lagi dan lagi.
Apa ye yang saya nak lagi?
Mestilah semua dah tahu. Mestilah saya nak tinggal sebumbung dengan suami dan anak dan bakal anak-anak. Tu yang masih saya minta dengan Allah. Cuma Allah belum nak izinkan lagi. Allah belum nak bagi. Maybe takut saya tak bersyukur kalau saya dah dapat apa yang saya nak. Wallahualam.
Saya selalu percaya tiap apa yang ditetapkan ada rahsia tersembunyi. Rahsia yang indah-indah Tuhan nak tunjuk.
Bila setiap kali interview kerja di Melaka saya ditolak, mula lah saya dirundung kesedihan tak bertepi. Mula memikirkan nasib anak dan suami. Setakat nasib diri tu ditolak ketepi dulu.
Nak-nak sekarang mak dah sakit. Malam-malam suami masak nasi dan Rayyan Adam hanya berlauk kan kicap je. Itu kalau rajin suami goreng lah telur untuk anak bujang nya.
Ok tak payah sedih dengan lauk kicap. Rayyan Adam memang lumrah tak nak lauk lain pun. Nak kicap memanjang.... So ini bukan cerita sedih. Huhuhuu
Dan berbalik kepada asal tajuk. Walaupun belum ada rezeki saya nak duduk betul-betul kat Melaka. Harapannya kami sekeluarga berbahagia hingga akhir hayat kami. Semoga kami bahagia dengan pilihan yang kami buat ini. Semoga segalanya selamat dunia akhirat.
Aminn...
Ini memang pilihan kami. Jadi orang luar please. Jangan tokok tambah nasi yang ada. Harap semua faham. Jangan ada yang tabur fitnah saya tak boleh jadi mama dan isteri yang baik.
Orang kalau nak jahat, jahat jugak. Kalau dah memang tak pandai jaga rumah tangga tetap tak pandai. Jadi jangan judge saya hanya kerana saya tak menjaga suami dan anak hanya pada hari Isnin hingga Jumaat.
Wal hal nya masa yang kami luang kan untuk 2 hari cuti adalah sangat berkualiti daripada orang yang 24 jam mengadap laki bini. 24 jam la sangat la kan. Yang berjam-jam laki lepak kat mamak dengan kawan-kawan apa cite lak. Berjam-jam bini bersantai kat shopping mall. Lu pikir la sendiri.
3 comments:
jgn di pedulik pe org ckp ... wat sakit jiwa kite je.. hanya kite yg tau cmner life kite. Janji kite dh cube sedaya upaya tuk jd yg terbaik ..
emm doa banyak2 ye.. insyallah moge 2012 murah rzeki dpt keje kt melaka .. rs nye melaka now pun dh berkembang pesat
sabarlah ye asfaliza... blm ada rezeki nak kerja kat melaka lagi tu...
zura : amin
munna : tgh sabar dan makin sabar ni kak. tq sbb support
Post a Comment