LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 10, 2012

Rotavirus

Parentssss!!!! Mari mari mari baca ini cerita......


p/s : semangat ok nak menaip semula dari hardcopy ke bentuk blog. kihkihkih


Apa itu rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus perut yang mudah dijangkiti. Hampir semua bayi akan dijangkiti rotavirus sebelum usia 5 tahun.


Terdapat pelbagai jenis rotavirus tetapi hampir 95% dari jangkitan di seluruh dunia adalah disebabkan oleh 5 jenis rotavirus yang paling lazim.


Serius saya tak tahu apa kejadahnya bendalah rotavirus ni. Maklum la, Rayyan Adam amik suntikan semua nya kat kerajaan. Amik yang free jek. Yang bayau punya ni mana ada advise dari doktor kerajaan. Biasa klinik swasta akan rekemen amik vaksin tu, amik vaksin ni.



Kenapa rotavirus begitu serius?

Rotavirus mudah dijangkiti menerusi sentuhan biasa setiap hari. Malah ia boleh menyerang tanpa amaran.

Jangkitan rotavirus mungkin disangka sakit perut biasa tetapi ia boleh melarat sehingga menyebabkan kes muntah-muntah atau cirit birit melebihi 20 kali sehari. Simptomnya boleh berlarutan sehingga 9 hari.  


Yang ni mentaliti biasa kita mak bapak yang ingat macam kita kecik-kecik dulu. Makan pil ceke teon dah ok. So kita ingat ni perkara biasa. Take note ye parents


Antara simptom rotavirus adalah :

Cirit-birit
Muntah-muntah
Demam

* Simptom-simptom ini boleh mengakibatkan dehidrasi (kehilangan cecair dalam badan)

Bayi yang telah dijangkiti dengan teruk perlu dibawa ke hospital. Doktor tidak dapat meramal sama ada bayi anda akan mengalami jangkitan rotavirus yang serius.


So betul la apa yang saya and suami buat hari tu. Rayyan Adam dah dehidrasi sebab muntah-muntah. So pilihan utama perlulah dimasukkan ke hospital untuk pemantauan selanjutnya....



Adakah bayi saya dilindungi?

Sekadar membersihkan rumah dan kerap mencuci tangan tidak cukup untuk melindungi bayi anda daripada jangkitan rotavirus.


Sabun dan produk pencuci lain tidak dapat membunuh virus ini. Ia mudah merebak dan mampu hidup selama beberapa minggu pada barang-barang mainan dan permukaan di dalam rumah.


Makanya, kami laki bini pun tak tahu dari mana sebenar-benar nya Rayyan Adam dijangkiti tempoh hari. Ada jugak yang cakap maybe dari skul dia. Tapi we all tetap positif. Apa yang kami tahu skul Rayyan Adam takkan simpan budak sakit. Teacher akan terus call parents untuk amik anak masing-masing. Maybe untuk elakkan penyakit berjangkit la kan. So, wallahualam.



Bagaimana saya boleh melindungi bayi saya?

Mujur lah kini ada vaksin yang dapat mencegah jenis-jenis rotavirus yang paling lazim. Vaksin ini diberi secara oral dan tidak mendatangkan sebarang kesakitan.


Kan dah cakap tadi. Tak amik punnn...


 
Bilakah masa yang terbaik untuk mevaksinkan bayi saya?

Bayi yang harus diberi dos yang pertama sebelum usia 3 bulan. Jangan dilengah-lengahkan.


Huhuhuhu!!!! Dah terlambat okey!!!!!


Apakah yang saya harus lakukan seterusnya?

Bincanglah dengan doktor anda tentang jangkitan rotavirus dan dapatkanlah vaksin ini untuk bayi anda hari ini.


Next week still ada appointment dengan doktor untuk perbincangan selanjutnya. Ok la kan



Sumber : Semua daripada gambar di atas yang diulang taip




Tambahan info

  • Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh menyebabkan malnutrisi. Malah di negara-negara membangun, ia boleh menyebabkan kematian dan morbiditi

  • Merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun adalah disebabkan cirit-birit.

  • Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus.

  • Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut

  • Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus.Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.

  • Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.  
 
Saya dah hafal dah nama ubat Rayyan Adam. Now tengah terus kan makan smecta. Teror tak aku hafal nama ubat.

Sumber dari SINI

2 comments:

A.H.A.D said...

memang bahaya...afeef dan aqeel dah kena last year. berjangkit duorang tu...kes duk nursery la ni tak bersih

Unknown said...

gee : haah kak. kebanyakan patients kat sepital hari tu adik beradik. menda ni berjangkit. nak2 kalau budak senang r kena