LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 23, 2012

Urut

Last week bawak mak dengan si kecik tu kasik servis badan-badan mereka. 


Lokasi di Klebang. 


Tukang urut ialah orang Indonesia. Si emak mengurut perempuan. Si anak lelaki mengurut lelaki. 


Servis adalah best dan tip top. 


Bayaran seikhlas hati. 


Pelanggan adalah ramai menuggu giliran.


Disebabkan pelanggan adalah ramai dan ketika menunggu giliran adalah lama, saya sanggup tak bergerak ke mana-mana sebab takut ada orang potong Q. 


Kebetulan kami sampai dalam pukul 2.30 petang macam tu. Tukang urut tengah amik masa nak makan tengah hari dan solat zohor. Ok la kita pun faham dia kena ada masa dia sendiri. Ni sebelum saya sampai dah ada 2 orang yang menugggu di hadapan.


So total menuggu hingga ke giliran nak mengurut mak ialah 2 jam. 2 jam ok!!!!!


Bila tiba je giliran kami tetiba ada sorang pakcik ni dah tua potong Q


Oh man!!!! Pakcik terus mengejar si tukang urut. Tengok-tengok pakcik tu suruh tukang ubat ni baca-baca jampi ke doa ke kat air dalam botol. Tang tu je saya rasa dah amik masa 15 minit. Ni aku ni dah tunggu panas-panas 2 jam yang lepas.


Ok pakcik.... Nampak nya pakcik terjumpa dengan laki bini gengster. Salah orang ye pakcik. Dan memang wrong time la kan. Rasukan ablasa dah melanda kami laki bini. Ini disebabkan memandangkan keadaan mak yang dah mula letih duduk dan juga Rayyan Adam yang dah start tak tentu arah.


Dengan tak semena-mena suami ku yang dikasihi menghampiri tukang ubat tersebut. Suami cakap, apa ni? Saya datang dulu. Saya dah tunggu lama. Kenapa buat pakcik ni dulu. Tukang urut diam... Tak menjawab pun.


Saya pulak automatik menuju ke pakcik tersebut, menyaound dengan nada yang tidak la meninggi suara tetapi ayat yang kurang enak sedikit di telinga orang tua.


Saya cakap kat pakcik tu, apa ni pakcik? Sampai hati pakcik buat macam ni. Saya datang dulu tau. Saya tunggu dah 2 jam. Pakcik senang-senang je potong jalan saya.


Oh pakcik tu menjawab ok!!! Pakcik tu kata, eh saya ada hal ni. Saya ada kes (tak tahu la kes apa. kot-kot kes penyakit halus ke benda ke kan).


La kan dah kata pakcik ni salah orang. Suami saya pulak mencantas, eh pakcik, saya pun ada hal jugak tau. Saya pun bawak orang sakit tau. Tu pakcik tengok mak saya sakit. Saya datang bukan suka-suka. Mak saya pun sakit. Mak saya pun orang tua.


Dan saya menokok tambah, pakcik pakcik... Saya ni bukan tak hormat orang tua cakap dengan pakcik macam ni. Tapi beradat la sikit....


Terus pakcik tu belah!!!


Huh!!! Marah ok!!! Ingat la siapa pun kita. Tak kira tua tak kira muda. Respect la sikit kat orang lain. Pakcik pakcik..... Pakcik tahu tak pakcik  tu sakit. Macam mana pakcik nak cepat baik kalau pakcik naya kat orang macam ni. Ni semua hukum karma pakcik oi. Buat nya sumpah seranah saya naik ke laingit Tuhan makbul kan, tak ke saya sama naya pakcik jugak.


Saya pun datang bukan suka-suka. Mak saya tak sihat. Saya pun nak sihat kan mak saya. Anak saya. Bersusah payah pakcik oi. Panas-panas buta keluar rumah. Menunggu sampai 2 jam. 





Budak baik yang sangat rileks. Kagum tak puan-puan????? Berdecet pun tidak. Si kecik ni sebenar nya dah biasa kena urut dengan mak. Tu yang dia ok-ok je orang urut. Lagi dia tadah badan dia.



Ni servis kaki pulak. Tengok urat apa yang terpeleot. Bapak dia siap letak tangan kat belakang. Punya lah rileks sangat-sangat kan...




Dan yang ini adalah scaryyyyy tahap cipan. Dia letup kan kiri kanan kepala budak kecik ni. Auwww!!!! Tak daya mak nya nak tengok. Bapak nya suka wo anak dia kuat. Hebat kata nya. Hish!!! Orang jantan memang macam ni kot



Dan akhir sekali lepas habis sesi kami, suami salam kat tukang urut tu menyatakan kekesalan kekecohan yang berlaku tadi. Suami minta maaf. 


Huhuhu!!! Ni yang makin sayang kat suami ni. I lap u la sayang. Tahu kat mana nak berbahasa kat orang. 


So kejadian tu setel la bila tukang urut pun kata, ala tak pe. Pakcik tu memang macam tu....


5 comments:

nur anis said...

tak suka orang potong Q...

munna said...

wah!...steady je Rayyan kena urut ye...

~aSFaLiZa~ said...

nur anis : tahu tak pe

munna : haah kak

SiTi said...

relaks jer rayyan....penah buat ke sebelum ni?

~aSFaLiZa~ said...

siti : kalau kat rumah tu mmg dah biasa. tapi dgn org lain dia tak biasa sgt. cuma ni pn terkejut gak la dia ok2 jek