LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 23, 2012

Solat

Senyummmmmmm!!! (tengah sembahyang senyum eh)



Takbiratulihram - Tak buat pun


Berdiri tegak - Berdiri terkumat kamit entah apa yang dibaca nya. Konon khusyuk la sangat kan...


Rukuk - Bongkok. Tapi tangan tak letak pun kat lutut


Sujud - Paling tak boleh belah kalau dia ikut sekali solat. Tang ni dia terus meniarap. Hadoi anak...


Duduk antara 2 sujud kot - Sambil tadah tangan. Doa. Terkumat kamit lagi. Semoga doa tu sampai ye sayang kat Tuhan
 



Ingat ye sayang pesan mama ni sampai mati


Kita ni kalau beriman tak payah nak menunjuk-nunjuk sangat iman kita ni. Ini semua urusan Tuhan. Hal ni biar kita dengan Tuhan je.


Bertudung, menutup aurat, solat 5 waktu tak pernah tinggal ditambah dengan sunat-sunat yang lain, itu semua bukan janji kita sampai ke neraka atau syurga. Itu semua kerja Tuhan.


Bila kita tahu mana letak duduk nya iman kita, Islam kita, taqwa kita, jangan sesekali memperlekehkan keimanan orang lain. Jangan ada rasa seolah-olah hanya kamu sahaja yang baik di mata Tuhan. Tapi dalam masa yang sama, urusan kamu dengan manusia masih ada yang belum selesai.


Melaksanakan apa yang dituntut Allah adalah wajib. Allah juga mewajibkan kamu berusan baik dengan manusia. Kalau tingkah laku kamu tidak dijaga, kamu sama sahaja dengan mereka yang tidak menutup aurat dari segi zahir nya. Tapi aib kelakuan tidak dijaga juga tiada berguna sayang....


Mengata orang sana...Mengata orang sini... Kata-kata tidak dijaga. Mencanang aib manusia lain...


Mama bukan orang yang pandai sayang hal-hal agama ni. Cukup la sekadar mama mampu mendidik cara mama tanpa melanggar apa yang Tuhan telah tetap kan.


Doa mama supaya anak mama mampu untuk menjadi insan yang dipandang baik di mata Tuhan, dipandang baik di mata manusia. Semoga kamu selamat dunia akhirat wahai anak.


Sekali lagi sayang... Jangan kamu memperlekehkan keimanan orang lain sekiranya nikmat iman tu kamu telah perolehi.



Nukilan ikhlas buat anakku Rayyan Adam


6 comments:

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

alhamdulillah... tahniah kak! ;-)

munna said...

ALHAMDULILLAH....ANAK KAK MUNNA PUN BILA KITA SOLAT DIA PUN IKUT SAMA...

Unknown said...

alhamdulillah..sejuk perut mama adam.. :)

Ztee_Azwanis said...

sama jugak mektok bila bab sujud.. trus meniarap lagi lawak dgn telekungnya hehehe

Ardini Humaira said...

bagus2 nanti lama2 leh solat dengan baik :)

Unknown said...

nadia : eh tak yah la say tahniah bagai. malu!!!!

munna : budak2 mmg suka ikut apa yg kita buat kan kak

mamamya : betul kak. sejuk perut ni

ztee : kannnnn. kelakar ok masa tgk dia meniarap tu

dni : amin.....