LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 31, 2010

Selamat Pengantin Baru Arpah & Kamal

Hujung minggu lepas adik ipar kakak Kak Ana kahwin. Beliau merangkap keluarga besan mak lah. Majlis berlangsung 26, 27 & 28 Mac. Saya cuma pergi waktu malam berinai dan menghantar rombongan ke sebelah lelaki sebab sekitar Melaka jugak rumahnya. Jadi gambar yang ada ketika Ahad je.

 









Rayyan Adam didukung oleh bibik ketika suami tiada di sisi. Huhuhuhu.. Acah aje. Mak Uda Rayyan Adam lah yang dukung. Cuaca masa ni amatlah terik. Kesannya saya sampai migrain beberapa hari









Mak Uda takut Rayyan Adam hitam. So, berteduh sekejap








Lega bila dah masuk rumah. Bergambar sakan







Seeee muka Rayyan Adam sudah bosan







Rayyan Adam with Dani. Dani Danial ni mix Malay & Chiness. Juga anak buah Kak Ana sebelah suami dia. So hubungan Rayyan Adam dengan Dani Danial ni sepupu la ek


Mar 30, 2010

Dapat Award



Selepas migrain beberapa hari baru lah berkesempatan nak terima award dari budak kecik kat opis tu. Terima kasih daun keladi. Nanti-nanti bagilah lagi. Layan je la yek





NYATAKAN LIMA 5 FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI

  1. Dia budak kecik
  2. Dah ada pakwe jangan ngorat eh
  3. Pakwenya nama shika lah konon
  4. Dia kuat makan
  5. Ramai kata muka nya macam Heliza

SETIAP BLOGGER HARUS MENYATAKAN 10FAKTA/HOBI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD YANG SETERUSNYA
  1. Cinta Badrulhisam Bin Ahmad
  2. Sayang Rayyan Adam Bin Badrulhisam
  3. Kasih Siti Rokyah Binti Ibrahim
  4. Rindu Mohd Yatim Bin Sibon
  5. Mengidam anak kembar
  6. Kalau boleh lepas ni nak dapat baby girl
  7. Tarikh tunang 04.06.06
  8. Tarikh kursus kahwin 07.07.07
  9. Tarikh nikah 08.08.08
  10. Tarikh lahir anak sulung 29.09.09


So,,,penerima award bagi saya ialah,calon2 nyer ialah :
Semua bloger kat MTSB

Sempena 29 hb Jugak Dapat Walker


Sempena 29 hb jugak tiap-tiap bulan Rayyan Adam menyambut ulangtahun kelahirannya kerana beliau lahir pada 29 September 2009. Masa saya sambut 26 tahun, beliau jugak menyambut usia ke 6 bulan. Maka bapanya menghadiahkan beliau walker







Rayyan Adam menjadi terus pandai dengan walker ni. Tapi cuma duduk je lah. Nak gerak mana boleh. Badan pun tak tegap lagi. Kepala pun belum maintain. Tapi serius dia macam pandai je dengan permainan barunya ini. Exited dia dengar muzik yang macam-macam bunyi nya





Suami membeli walker fresh terbaik dari ladang. Nampak tak suami hanya melihat dai jauh je pekerja memasang walker anak bujangnya






Abang-abang ni malu katanya gambarnya diambil

Mar 29, 2010

Sempena 29 Mac 2010


Saya dapat ini daripada suami sempena 29 Mac 2010. Tapi bukan suami saya beli. Saya beli sendiri atas permintaan saya. Hahahaha. Lagi pun suami memang tak pandai beli pun. Lantas suami hanya tahu kasik duit saja





Kami berempat membeli ini sahaja di Jusco Bandaraya Melaka. Suami dan Rayyan Adam mengambil tempat sempena saya dan emak akan merambang mata memilih yang mana satu idaman kalbu




Selepas berhempas pulas memilih, kami memilih memakan di Tom Yam Klasik. Tiada kek sebab suami kata tak payah. Selalunya dia lah hantu kek. Entah hantu apa pulak tak nak kek hari ini.



Sebagai tambahan saya mendapat ini di rumah

26


29 Mac 2010

Hari ini 26 tahun sudah.

Usia sudah bertambah

Bahagia memiliki suami tercinta dan anak lambang percintaan

Semoga segala urusan sepanjang hidup ini dipermudahkan Tuhan

Semoga keluarga yang dibina mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat

Doakan kebahagiaan Asfaliza dan keluarganya

Mar 26, 2010

My First Ever Contest : Muka Garang Si Kecil


MY FIRST EVER CONTEST

MUKA GARANG SI KECIL



Kali ni Rayyan Adam nak join contest lagi. Aksi muka-muka garang gitu. Syarat-syarat ada kat bawah ni kalau siapa-siapa yang nak join jugak. Yang penting muka mesti garang eh



  • Jadi follower blog ini
  • Copy banner kat atas dan letakkan kat side bar blog memasing berserta link ke en3 ini
  • Up load sekeping gambar anak yang umurnya antara 1bulan ke 3 tahun (muka kena serius or garang ye..)
  • Sertakan sekali nama penuh dan manja anak, tarikh lahir, nama ibu bapa dan email untuk dihubungi
  • Dah siap semuanya, tinggalkan komen kat entry ini berserta link sekali
  • Contest ini bermula pada 22 Mac-22 April (sebulan)
  • Sebagai confirmation, aku akan tinggalkan komen kat entry korang
Sekian, segala pertanyaan bolehlah email kepada liennasts@live.com





Sebagai pertaruhan Rayyan Adam letak gambar paling garang sekali. Amacam??? Takut tak??? Garang ni!!! Macam Rimau tau!!!

Nama Peserta : Rayyan Adam Bin Badrulhisam
Tarikh Lahir : 29.09.09
Nama Mama & Ayah : Asfaliza & Badrulhisam
Email : aszbard@yahoo.com

Mar 25, 2010

Hati Kering


Boleh tak nak kering kan hati ni. Nak jadi hati kering. Tak nak basah sangat macam sekarang. Kalau hati kering tak de lah sakit hati sangat kalau ada apa-apa berlaku. Pendek kata tak nak ada perasaan.



Tapi tu lah, kalau kering sangat, tak de perasaan, karang tak tahu nak sayang kat orang pulak. Tak tahu nak kesian. Tak tahu nak simpati.



Nak jadi hati kering sebab nafas ni dah sesak. Kepala otak dah mereng. Hidup serupa mati. 

Tolonglah Hati


Hati tolonglah jadi baik

Hati tolonglah jadi lembut

Hati tolonglah memaafkan

Hati tolonglah bertolak ansur

Hati tolonglah hati ini lagi

Hati tolonglah mengubati hati ini

Hati tolonglah jangan sakiti hati ini lagi

Hati apakah masih ada peluang


Mar 24, 2010

Pengakuan Kontrovesi



Hari ini ada pengakuan dari seseorang juga kawan lama. Tapi ni cuma cerita lama tau. Kelakar pun ada. Tapi memang kelakar lah bagi pihak diri sendiri. Ceritanya dia buat pengakuan yang dia pernah suka kat saya. Okey sangat kelakar sebab itu adalah zaman kecik-kecik yang belum baligh lagi. Apasal lah kau tak propose aku jek masa tu, bagi surat cinta ke macam orang lain. Kalau tak mesti sempat kita bercinta yek.


Lepas sekolah rendah saya dah tak jumpa dia. Dia entah pergi sekolah mana entah. Tup-tup masa saya form 6 terjumpa lah kat kedai makan mak saya. Patut lah masa tu dia nak tegur agak malu-malu kucing. Hahahahaha. Rupanya kau ada hati kat aku eh. Masa tu tak de lah pulak terasa nak tukar-tukar contact number. So, ignore macam tu je. Saya tanya lah kat dia, masa kita jumpa tu kau ada bercita-cita ke nak kahwin dengan aku? Huhuhuhu...Dia kata ada. Hahahahhaha


Lepas kahwin terjumpa kat fs. Add macam biasa lah. Terkejut dia tengok aku dah kahwin. Btw, thanks la sebab kau tersuka kat aku yek.


Motifnya lah kan nak cerita kat sini yang saya amat-amat lah terkejut beruk ada jugaklah orang yang pernah suka kat saya walhal saya ni memang tak cantik. Saya hitam tau. Selekeh pulak tu. Pandai jauh la sangat-sangat. Tapi sekarang dah lawa dan kulit pun dah putih tau 






p/s : abg tak marah kan bang? ni cerita kecik-kecik je.

Rindunya Kawan-Kawan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam 1991-1996


Seharian hari ni saya ber ym dengan kawan lama. Nama dia Syahrin Abdullah. Hope dia baca blog ni sebab dia pun baru ada blog atas pengaruh saya.



Sangat teruja nak menulis tentang kenangan masa sekolah rendah terutamanya. Bukan tak ingat kenangan sekolah menengah, tapi sekolah menengah saya berpindah randah. So kawan-kawan sekolah rendah la yang paling rapat sampai sekarang, sebab kami sama-sama membesar, bermain sepanjang hari. Mana tak nya, pagi pergi sekolah rendah. Petang sekolah agama. Di Johor, sekolah agama adalah wajib yang mana ianya berasingan dengan sekolah rendah. Jadi daftar lain-lain, yuran pun lain-lain, sekolah pun lain-lain bangunan. Ianya adalah wajib. So siapa-siapa yang sekolah agama sampai darjah khas boleh jadi ustaz tau.



Nama sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Saya kan, tak sekolah dekat sekolah yang kawan-kawan sebaya kat kampung sekolah. Maknanya saya sekolah tempat lain sorg-sorg kat kampung tu. So, saya tak de kawan kat kampung tu la pendek cerita.



Bila ada facebook ni kan tiba-tiba saya amat-amatlah merindui saat-saat dari darjah 1 sampai darjah 6. Jumpa kawan-kawan sepermainan. Mengimbas balik apa yang kita dah buat kat dalam kelas. 



Terus terang saya cakap. Saya amatlah rendah diri nak berkawan dengan kawan-kawan yang pandai, cantik dan hensem. Serius. Nak-nak kalau anak cikgu. Lagi lah rendah diri nak berkawan. Tak tahu pasal apa. Tapi bukan pasal dengki tau. Cuma memang malu. Hahahaha. Saya cuma rapat dengan seorang ni sampai lah dah beranak pinak sekarang. Nama dia Norazila Ramlan.



Ada sorang lagi yang saya rapat. Nama dia Mohd Fakhurzan Abd Rashid. Sejak saya kahwin kan, dia dah tak datang beraya kat rumah lagi dah. Kalau tak dulu tiap-tiap tahun datang rumah. Masa saya bertunang pun dia ada datang. Ni dia pun dah nak kahwin 4 April ni. Hope, ramai lah datang weding dia. Boleh lah nak lepas-lepas kan rindu dengan kawan-kawan lama yang lain. Saya tentu-tentulah wajib datang kan. Katanya pun kawan baik. 



Saya kan, kalau kawan-kawan sekolah rendah mesti ingat namanya sampai ke bin dan binti. Mana tak nya, kan kalau sekolah rendah bila cikgu kelas nak ambik kedatangan akan sebut nama sorang-sorang angkat tangan. Kalau tak ada jawapan, maknanya tak datang lah tu. Cakap je nama budak tu, mesti saya akan sebut nama dia siap nama bapak dia.




Adalah sorang teacher ni kan, nama dia teacher Sariyah. Sampai sekarang dia ingat saya tau. Sebab apa. Sebab kemalasan saya. Serius. Saya paling benci subjek BI. Bila dia ngajar kan, saya akan tidur. Automatik. Ngantuk beb. Dia mula lah membebel cakap saya ni kampung lah. Tak nak imporove diri belajar BI. Masa tu tak kisah lah nak cakap apa pun. Tidur tetap tidur. Semua kawan-kawan pun tahu saya ni kuat tidur masa teacher Sariyah ngajar. Yang peliknya saya tak takut tau kalau dia marah. Walhal dia garang tau.



Now, teacher saya nak minta maaf banyak-banyak sebab buat teacher marah dulu-dulu. Teacher pun bangga tengok saya dah berjaya jadi orang dan saya tak malu dah nak jumpa teacher. Dan kalau teacher nak cerita tentang keburukan saya pun tak kisah. Saya tak ambik hati. Saya sedar saya memang malas.



Seronok sekarang contact balik kawan-kawan yang kat Johor, KL, Sabah, luar negara pun ada apis aku tahu ko baca blog aku dan merata  tempat lah. Hope kita semua takkan putus kawan sampai bila-bila. Aku sayang sangat korang. Rindu sangat-sangat saat kita membesar. Ni kan....air mata dah nak keluar. Sebab terlalu rindu saat itu. 



p/s : bila kita nak buat reunion?


Saja Nak Tayang Handphone Baru




Saja je nak buat kenangan ambik gambar pakai hp baru ni kat toilet CICT UTM Pada hal tak de motif apa-apa. Cuma nak ambik kesempatan la test ambik gambar depan cermin. Susah betul nak buat senyum depan mata sendiri.


Tapi nak cerita jugak lah. Kalau daripada bilik projek ni nak ke toilet amatlah jauh. Lebih 20 tapak kalau tapak kecik macam aku la nak pergi. Satu lagi perjalanannya akan melalui kawasan yang macam lorong. Lorong anda bayangkan macam laluan kat asrama yang kiri kanan kita ada bilik. Ha macam ni lah. So bila berjalan mesti akan bertembung dengan orang yang mana dari jauh lagi kita akan tengok dia, dia tengok kita dan kalau kita tak suka orang tu tak boleh nak cilok-cilok tempat lain dah. Nak tak nak kan kalau dah bertembung tu kena lah bersenyuman sesama sendiri tak kira la kenal ke tak kenal ke. 



Eeee tak suka sangat lah situasi ni. Maklum lah, saya ni nak senyum dalam mulut ada emas. Takut terabur. 

Mar 23, 2010

Apa Kita Boleh Buat Dengan 800 Hengget


Apa Kita Boleh Buat Dengan 800 Hengget?


  1. Kalau baju sehelai RM10 boleh dapat 800 helai
  2. Beli cincin emas dapat yang besar dan tebal saiz 12
  3. Dapat handphone sony ericsson C903 original bukan AP
  4. Kos tambang minyak dan tol JB-Melaka tiap-tiap minggu selama sebulan. Tu pun lebih tau
  5. Boleh buat tambang minyak siapa-siapa yang nak pergi meminang anak orang
  6. Gaji sebulan siapa-siapa kerja admin
  7. Gaji sebulan operator kilang
  8. Dua bulan harga duit kereta saya
  9. Boleh pergi honeymoon 5 hari 4 malam. Dalam negara je tau
  10. Lain-lain korang tolong tambah kan boleh nak buat apa dengan duit 800  hengget ni???

Ni La Keje Dia Sekarang



Rayyan Adam semakin membesar sekarang. Dah tak reti duduk diam. Kerja dia golek-golek ikut suka hati mak bapak dia mak bapak dia tu aku dgn laki aku la tu. Dia kalau dah bergolek tak kira tangan tu nak tersepit ke, kaki nak menendang kat mana ke. 



Rayyan Adam ni dah betul-betul tunjuk dia ni anak jantan ni. Bukan main lasak lagi. Kalau tidur jangan cakap lah. Memang kena kepung dengan bantal banyak-banyak bagi dia tak boleh gerak sangat. Kalau tak kepung mahu dia sampai ke hujung dunia. Suami pun dah tak boleh dah tidur sama-sama kat atas. Dia tidur sorang-sorang kat bawah. Sebabnya Rayyan Adam tidur sorang je pun dah dekat satu katil.



p/s 1 : sampai bila kita tak boleh tidur sama-sama bang?




p/s 2 : gambar memang semua pun bergegar sebab semua adalah aksi lasak