LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 18, 2013

30 Minggu Sudahhhhh!!!!

Alhamdulilah hari ini telah memasuki minggu ke 30 untuk kandungan kedua ini.


Jantina baby masih lagi tertanya-tanya. Huhuhu.....


So, lagi 10 minggu perlu menyimpan tenaga untuk menge push. Semoga segalanya selamat.


Cabaran kali ini ialah cabaran melayan karenah baby yang terlalu aktif dalam perut ni. My biras kata, kalau dah dekat hari nak bersalin memang macam tu. Baby dah kuat nak main dalam perut tu.


Tapi entah la. Memang boleh dikatakan 24 jam ada je kerja dia nak buat.


Sakit pinggang memang tak sangat la kali ni. Cuma bontot je yang sengal.


Dan apa yang penting, keadaan diri yang semakin gemuk ni sangat-sangat memperlahankan pergerakan. Nak cebok berak pun susah. Tangan dah tak sampai. Perut ni dah menghalang. Kalau la laki iols sudi nak cebokkan. Huhuhu....


Rayyan Adam pun sejak dari awal kami dah ajar yang dia bakal jadi abang. Baby dia ada dalam perut mama. Dia suka cium perut mama and peluk. Nak sayang baby katanya. Alhamdulilah...


Kadang-kadang cemburu jugak bila ayah asyik peluk and cium perut mama. Dia tak bagi sayang kat baby. Kadang-kadang je la.


Hmmmm.... so untuk cukup usia kandungan (40 minggu) ada lagi 10 minggu.
Nak cukup untuk cukup bulan (36 minggu) ada lagi 6 minggu.


Persiapan tak de membeli barang baru sangat. Baju bajan je la kena jugak sediakan yng baru beberapa helai. Beberapa helai je tau. Sebab nya... Hahahha!!! Kalau kata yang keluar ni girl baru nak memborong baju ropol-ropol. Kalau boy pun, akan memborong jugak.


So, nanti pakai baju new born yang mana ada dulu. Orang kata unisex punya.


Mood sekarang sangat tidak sabar nak cium bau baby. Tak sabar nak menyusu kan baby. Tak sabar nak dukung baby. Memang teruja sangat-sangat!!!!         


Apr 17, 2013

Antu Kak Ima

Sekarang Rayyan Adam dah kenal dengan hantu kak limah. Tapi siapa yang jadi hantu kak limah tu pun bukan dia tahu pun. Yang dia tahu, semua hantu adalah hantu kak limah.


Rasanya dia belajar dengan kawan-kawan kat taska kot. Belajar mengenal hantu kak limah. Huhuhu.


Sebutan dia ialah Antu Kak Ima


So sekarang dia cukup takut dengan namanya antu kak ima.


Tak nak tidur, ugut je ada antu kak ima. Nak main kat luar senja-senja pun cakap je ada antu kak ima. Pendek kata antu kak ima ni memang berhantu la   


Cat Pagar Rumah

Memandangkan tiada renovate secara besar-besaran pun kat rumah ni. Mari kita sekadar melepas kan batuk di tangga sahaja je. Muhahhaha!!!


Tiba-tiba je suami kata, abang nak beli cat la. Nak cat pagar. Erkkk??? Apakah???


So ai kan isteri yang tooooaaattt katanya. Ha ye la. Dia cakap masa tu tengah makan kat sebelah kedai hardware. Tak sampai setengah jam pun berfikir color apakah yang shantek nak cat pagar.


Dia nak biru. Penyokong biru katanya. Ai pulak suka hijau. Tapi bukan sebab apa-apa pun. Memang suka hijau. 


Disebabkan tak nak dilambangkan mana-mana kumpulan pun, saya pilih turqoise. Ha senang cerita. Nak sangat color tak nak sama dengan rumah orang lain kannnn... Huhuhu.


Bila dah siap cat, lawa la jugak. Terang je rumah ni. 




Apr 16, 2013

Kursus Peneman Di Hospital Melaka

Sesiapa yang berhajat mahu bersalin atau melahirkan anak di Hospital Melaka, sila tahu bahawa bukan dengan senang lenang nya suami-suami anda semua boleh menemani anda semasa proses menge push.


Para suami wajib menghadirkan diri berkursus terlebih dahulu. Kursus adalah anjuran Hospital Melaka sendiri.


Anak sulung saya, suami berjaya mengelak dari keadaan ini kerana dirinya yang sangat takut darah. Kali ini untuk anak yang kedua sila tahu saya telah memaksa beliau dengan jayanya. Jangan harap lah kau nak terlepas lagi wahai suami ku.


So apa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai kursus peneman isteri di Hospital Melaka ini ialah


  • Pendaftaran hanya boleh dilakukan di Jabatan O&G Hospital Melaka sahaja. Tiada pendaftaran di klinik desa mahu pun klinik kesihatan. So, nanti pergi je ke kaunter O&G. Bagi tahu nak daftar kursus peneman bersalin

  • Pendaftaran hanya boleh dilakukan apabila usia kandungan anda telah mencapai usia 7 bulan dan ke atas. So, nanti sila bawak buku merah anda sebagai rujukan nurse nak tengok tarikh jangkaan bersalin anda

  • Tarikh kursus yang dihadiri ialah sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin anda. So, katalah tarikh jangkaan bersalin ialah 1 Jun 2013. Tarikh kursus anda adalah lebih kurang 1 Mei 2013. Tapi tarikh ni pun bergantung jatuhnya pada hari Isnin atau Khamis.

  • Kursus akan dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja. Hanya setengah hari. 

  • Kursus perlu dihadiri oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri

  • Perlu disertakan salinan sijil nikah atau kad nikah sebagai bukti anda pasangan suami isteri yang sah.

  • Tiada makanan disediakan. Jadi, pagi sebelum kursus bermula sila makan dengan kenyang siap-siap.

  • Tiada bayaran dikenakan.
 
  • Pakaian formal


So itu je la kot sedikit sebanyak info yang saya boleh share. Tarikh kami berkursus belum tiba lagi. Nanti dah berkursus kalau rajin saya update lagi.


Suami saya cakap, ni dah daftar belum tentu lagi boleh teman. Takut kang orang terperanjat tengok lelaki yang kat atas katil dalam labour room tu


Apr 15, 2013

Tiada Entry Bergambar

Perasan tak sejak dua menjak ni entry saya dah kurang dengan gambar-gambar. Cewahhhh.... Ada ke orang kisahhhhh!!!!


Actly, tipon iols rosak uols. Tak de maknanya nak membeli tipon baru dalam keadaan diri ini berstatus penganggur. Itu iols sedar diri hokey.


Tapi!!!!


Korang ingat korang je ke yang mamfu pakai samsung??? Iols pun mamfu hokey!!!! Original lagi. Ada aku kesah korang nak berwasap, berwecet bagai???? Muahahhaha!!! Ayat nak senang kan hati je uols.

Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum....


Hari ini hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Of cos la cuti kan. So mama sebagai driver terhormat Rayyan Adam pun diberi mandat bercuti. Yeba yeba!!! Boleh bangun lambat.


Tak tahu lah celah bedah mana hari ni diiktiraf sebagai hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Tu kena google la sendiri. Ye la... Kalau negeri ada sultan or raja, biasa nya cuti sempena hari keputeraan. Orang tua kata kalau cuti besday sultan ni, hari cuti holl. Huhuhu. Tu pun entah tak tahu celah bedah mana datang perkataan tu.


Suami biasa la kerja kalau tak de apa benda penting nak buat. Baik cari duit lebih sikit. Bini nak beranak dah ni. Untung-untung ada duit lebih masa dalam pantang nanti.


Ok nak sambung main cikgu-cikgu dengan Abang Long 


Apr 12, 2013

Berdosa

Memasuki trimester ketiga ni menjadikan perangai buruk saya semakin menjadi-jadi.


Sekarang ni dada diserang rasa bersalah yang amat kat mak


Bila teringat salah silap saya kat mak terus tak jadi kerja. Kalau ngantuk, terus terkebil-kebil balik mata ni. Siap nangis sebab terlampau rasa berdosa yang amat.


Kadang-kadang benda kecik pun saya nak marah. Kesian gila kat mak. Dah la sepanjang kehamiln yng ni memang mak jaga saya bagai menatang minyak yang penuh


Sumpah sedih gila. Menyesal tak bertepi sebab saya marah-marah mak


Mak hanya diam. Berdosanya!!!! Ok ni air mata dah menitik masa menaip ni


Sekarang dalam proses menghiburkan hati mak sedaya mungkin. Takut wei. Dah la nak beranak. Takut salah silap. Kita nak bertarung nyawa kejap lagi. Lepas tu buat hati orang yang kita sayang terluka....


Ya Allah!!! Ampunkan la dosa aku. Aku takut Ya Allah. Takut dosa aku tak terampun


Makkkkk!!!!




Apr 11, 2013

Mengidam

Mengandung kali ni, saya tak lah mengidam yang bukan-bukan
Selera makan pun bukan ada sangat
Cuma kalau nak makan sesuatu, kena ada serta merta
Kalau tak, mesti nangis  



Kadang-kadang saya terlalu sensitif
Mungkin sebab hormon.


Ada satu hari, mak janji nak masak nasi goreng
Tengok-tengok mak tak masak pun
Terus nangis depan suami
Merajuk sebab saya nak sangat makan nasi goreng tu
Lepas tu saya cakap kat mak, dah tak payah masak nasi goreng tu. 
Saya memang jauh hati


Cerita lain pulak
Saya nak sangat makan mee kari kat satu kedai tepi jalan kat area Duyung
Masa ni saya sorang-sorang je
Suami dah pergi kerja. Anak dah pergi sekolah
Tengok-tengok kedai tu tutup
Terus call suami, menangis semahu-mahunya sebab saya memang teringin sangat nak makan mee kari kat kedai tu.
Serius macam budak kecik yang tak dapat mainan.



Dan kali ni, banyak kali saya nak makan kat sesuatu kedai makan, banyak kali kedai yang saya teringin tu tutup. Tak tahu la suratan atau kebetulan.



Akak saya pesan, jangan ikutkan sangat perasaan masa mengandung ni, kalau tak dapat benda yang kita nak, kita nangis. Takut nanti anak yang bakal lahir, akan buat perangai yang sama. Tak dapat je nak nangis.


Banyak masa, saya cuba kawal. Tapi saya hanya manusia biasa. Terkadang memang tak boleh kawal  


Apr 10, 2013

Tarikh Mengundi PRU 13

Begitu gigih duduk depan tv tengok siaran langsung pengumuman tarikh mengundi PRU 13 tahun 2013 oleh SPR.



So, 


Tarikh penamaan calon : 20 April 2013

Tarikh mengundi awal : 30 April 2013

Tarikh mengundi : 5 May 2013 (Jika ada pertandingan)  



Pangkah elok-elok ye semua. Jangan buat undi rosak. Semua ni demi masa depan anak cucu kita.

Sakit Pinggang vs Sakit Bontot

Sebelum terlupa atau pun ingatan ni ditelan zaman. Apa yang saya alami sekarang, rasa macam nak dibukukan je. 


Tapi tak pe lah. Sekadar buat kenangan bahan bacaan saya dan anak-anak saya kelak. Bukan lah nak membanding-bandingkan ke apa ke.


Sepanjang mengandungkan Rayyan Adam, saya diserang sakit pinggang. Kalau ada alat yang boleh gosok pinggang ni, memang saya akan beli waktu tu.


Sudahnya, setiap kali pun saya akan minta tolong suami gosok kan pinggang saya ni. Benda ni bukan sengaja atau mengada-ngada. 


Now, Rayyan Adam....


Setiap kali nak tidur minta gosok belakang badan dia. Huh!!! Dan suami salahkan ibu mengandung ni yang minta gosok pinggang suatu ketika dulu. Hohoho!!!



Dan apabila mengandung anak nombor dua ni....


Bontot saya selalu sengal. Sakit. Minta digosok. Hohoho!!!


Awal-awal lagi suami saya cuba bersedia mental akan permintaan anak nombor dia kelak sebelum tidur.


Tolong la jangan salah kan ibu mengandung ni lagi kalau ada kejadian yang tak diingini. Hahahha!!!      


Apr 9, 2013

Dikejar Orang Gila & Kecurian Di Depan Mata

Cerita Orang Gila


Suami parking kereta betul-betul tepi kaki lima. Ada pulak orang gila tidur kat kaki lima tu. Suami nak alihkan kereta tempat lain sebab dia tahu saya takut. Saya kata, tak pe sebab saya rasa selamat pegang tangan suami saya.


Lepas keluar dari bank, orang gila tu dah bangun tidur pulak. Suami hisap rokok dulu jauh-jauh sebab nanti mesti orang gila tu minta dia rokok. 


Sementara tu saya suruh suami saya hantar saya masuk dalam bank balik sebab saya takut nak masuk kereta. Huhu. Kereta saya memang sebelah orang gila tu.


So, saya tunggu suami amik saya depan bank. Saya rasa selamat duduk dalam bank tu sebab ramai orang.


Tup-tup orang gila tu masuk dalam bank sebab dia kejar saya!!!


Sumpah takut wei. Sekelip mata saya berdiri belakang jaga. Kebetulan jaga tengah layan soalan customer bank tu. Saya bagi tahu kat jaga, orang gila tu kejar saya. Jaga tu halau orang gila tu keluar. Tapi dia still sengeh mengeh depan pintu masuk bank.


Suami saya dah sampai depan bank. Tapi saya takut nak keluar sebab orang gila tu ada depan pintu bank.


Terus ada sorang lelaki berbangsa Cina, berbadan besar teman kan saya keluar bank sampai saya dapat duduk dalam kereta dengan nafas termengah-mengah menahan takut.


Dari dalam bank ke kereta, saya jalan laju macam nak berlari. Saya mengandung kot. Huhuu. Tapi datang tenaga dari mana entah. Terus lelaki Cina tadi kata jangan lari. Jalan baik-baik. I ada teman u ni.


Suami saya ucapkan terima kasih sebab teman kan saya. 


Duduk dalam kereta, terus sakit kepala sebab bingung, pening, panas, takut, gigil semua ada. 


Huh!!! Gila punya orang gila!!!




Cerita Pencuri


Kecurian berlaku depan mata. Ada 2 lelaki naik motor buka pagar rumah jiran sebelah. Sorang masuk, sorang tunggu atas motor


Ingat kan jiran tu kenal. Saya start curiga sebab sekelip mata dia terus belah. Jiran tu pun tak keluar. 


Pencuri tu rembat bateri kereta yang ada kat kawasan porch. Kebetulan pagar tak berkunci. So senang je kan nak rembat.


Terkejut!!! Saya tak sempat nak cam motor apa yang digunakan. Tak sempat nk baca no plat motor. Semuanya sekelip mata berlaku depan mata.


Takut jangan cakap lah.


Now nak keluar masuk pagar rumah sendiri pun takut. Siang-siang buta pun, kalau dah jahat tu tetap jahat jugak!!!!       
     
 

Apr 8, 2013

Cerewet Pada Barang Yang Murah

Memang ada jenis manusia yang macam ni.


Cerewet pada barang yang murah
Sudah lah nak membeli barang tu dah memang murah dah harganya
Beriya-iya sampai bergaduh nak minta diskaun


Bahagian dia pulak, kalau ada orang berhutang atau meminjam, kelam kabut menagih hak milik dia.
Langsung tak pandai bertolak ansur


Malah bangga menyatakan diri tu sangat pandai menawar harga dengan penjual. Ok fine...


Kalau macam tu, lebih baik awak saja yang menjual 
Saya membeli barang murah yang awak jual
Dengan potongan harga paling minimum


Pendek kata, saya nak  beli barang dengan awak
Dengan harga modal
Awak tak perlu amik kos untung atau kos modal atau kos upah!!!


So, setakat ni je la urusan saya dengan awak
Tiada lagi urusan berkait dengan wang ringgit atau harta benda dengan manusia yang macam ni


Sekian terima kasih 

Baby Aktif Dalam Perut

Memang betul lah orang kata, setiap kali mengandung pasti akan alami pengalaman yang berbeza. Bukan semua anak sama.


Yup. Dulu Rayyan Adam pun aktif jugak. Tapi bertempat. Ada masa dia nak main dalam perut. Bukan setiap masa.


Baby kali ni sangat aktif dalam perut. Pantang saya tak tidur, pasti dia akan ambil peluang bergerak sana sini. Kadang-kadang saya rasa perut saya macam kena karen.


Kalau dibelek-belek perut ni memang seperti ada nya gelombang berombak sana sini.


Ada masa saya juga kurang sabar. Saya seperti marah sebab saya tak selesa. Tapi cepat-cepat buang perasaan marah tu. Tak baik kan perangai mama ni.


Dalam tidur pun dia nak main jugak. Kalau saya bergerak or beralih dari kiri ke kanan, pun masih terasa baby bergerak.


Suami saya selalu cakap. Baby mana tahu siang or malam. Dalam tu dunia dia sorang je. Nanti dia keluar tengok la... Terus meraung. Menangis sebab dah tak boleh hidup lagi dalam dunia yang dia ada sekarang ni


Pengalaman kakak saya, kalau baby aktif dalam perut, tu tanda dapat anak perempuan. 


Wallhualam...  

Apr 5, 2013

No In Good Mood

Saya tak tahula apa yang saya alami sekarang ni pembawakan budak ke apa.

Apa yang penting, saya nak mood ni cepat-cepat berlalu pergi. Saya sendiri bosan menanggung perasaan ini.


Sejak hamil anak kedua, satu benda yang saya suka buat, suka makan, suka tengok seperti tak de apa pun. Kosong.


Saya suka baca novel
Saya suka tengok tv
Saya suka masak
Saya suka buat kek
Saya suka tulis blog
Saya suka macam-macam


Tapi semuanya saya tak berapa suka. Bukan tak suka langsung. Tapi memang tak nak buat semua benda tu.


Saya tak de mood. Selalunya saya akan duduk depan tv dengan perasaan yang jauh melayang. Kosong.


Kalau buka fb, mesti saya akan scroll ke bawah baca status kawan-kawan. Baca iklan kat page. Semuanya sekali lalu je.


Buka blog, asyik refresh je. 


Makan pun tengok la. Kalau rasa lapar sangat, baru la terasa perut ni dihargai.


Pergi shopping... Pun sama. Pergi sekadar keperluan. Dah dapat benda yang dicari, terus balik. Kadang-kadang petang-petang bawak jugak Rayyan Adam beriadah. Tengok dia gembira main basikal kat tepi tasik, terubat jugak mood yang kosong ni. 


Paling tak boleh dikawal, bila tiba-tiba saya akan menangis. Masa ni cuba cari suami and peluk dia kuat-kuat sebab saya sedih tak tentu pasal. Sangat melampau kan perasaan ni.


Ini kalau benda tak bersebab pun dah menangis. Apatah lagi kalau ada benda yang bersebab. Jangan diusik perasaan yang ada ni.


Pernah saya merungut dengan suami sebab tak dapat layanan 1st class macam seorang kenalan saya dapat dari suami dia.  Sebab nya, saat ini kenalan saya ni pun sedang hamil anak kedua.


Dan selepas rungutan tu, suami memang layan saya sebaik mungkin walaupun dia tak mampu memetik bintang di langit untuk memenuhi kehendak saya. Pantang saya cakap panas. Dia cepat-cepat basah kan tuala and lap setiap celah badan saya yang melengas.


:( 



Alhamdulilah suami saya cuba sabar dengan karenah saya. Rasa berdosa merungut itu dan ini