LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 16, 2013

Kursus Peneman Di Hospital Melaka

Sesiapa yang berhajat mahu bersalin atau melahirkan anak di Hospital Melaka, sila tahu bahawa bukan dengan senang lenang nya suami-suami anda semua boleh menemani anda semasa proses menge push.


Para suami wajib menghadirkan diri berkursus terlebih dahulu. Kursus adalah anjuran Hospital Melaka sendiri.


Anak sulung saya, suami berjaya mengelak dari keadaan ini kerana dirinya yang sangat takut darah. Kali ini untuk anak yang kedua sila tahu saya telah memaksa beliau dengan jayanya. Jangan harap lah kau nak terlepas lagi wahai suami ku.


So apa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai kursus peneman isteri di Hospital Melaka ini ialah


  • Pendaftaran hanya boleh dilakukan di Jabatan O&G Hospital Melaka sahaja. Tiada pendaftaran di klinik desa mahu pun klinik kesihatan. So, nanti pergi je ke kaunter O&G. Bagi tahu nak daftar kursus peneman bersalin

  • Pendaftaran hanya boleh dilakukan apabila usia kandungan anda telah mencapai usia 7 bulan dan ke atas. So, nanti sila bawak buku merah anda sebagai rujukan nurse nak tengok tarikh jangkaan bersalin anda

  • Tarikh kursus yang dihadiri ialah sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin anda. So, katalah tarikh jangkaan bersalin ialah 1 Jun 2013. Tarikh kursus anda adalah lebih kurang 1 Mei 2013. Tapi tarikh ni pun bergantung jatuhnya pada hari Isnin atau Khamis.

  • Kursus akan dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja. Hanya setengah hari. 

  • Kursus perlu dihadiri oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri

  • Perlu disertakan salinan sijil nikah atau kad nikah sebagai bukti anda pasangan suami isteri yang sah.

  • Tiada makanan disediakan. Jadi, pagi sebelum kursus bermula sila makan dengan kenyang siap-siap.

  • Tiada bayaran dikenakan.
 
  • Pakaian formal


So itu je la kot sedikit sebanyak info yang saya boleh share. Tarikh kami berkursus belum tiba lagi. Nanti dah berkursus kalau rajin saya update lagi.


Suami saya cakap, ni dah daftar belum tentu lagi boleh teman. Takut kang orang terperanjat tengok lelaki yang kat atas katil dalam labour room tu


2 comments:

adianiez AIDA said...

asben aida, tak nak!
da 3 kali bersalin, dia kata, "i tunggu u kat luar jer la ye..." hmmmm hu hu hu...
sib baik ler aida bersalin alhamdullillah cepat. masuk jer, zass keluar baby... tak le lama asben tunggu kat area menunggu spital melaka tu :-)

Unknown said...

kalau dh g khusus , kad khusus tu bole guna untuk brapaa tahun yer