Best nya kalau betul-betul mengandung hari tu. Boleh pergi SPA. Lagi pun harga macam murah. Meh tengok kat sini meh kalau tak percaya.
May 31, 2011
Happy Birthday - 30
Happy birthday abang. Sayang sayang abang sangat-sangat. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga kehidupan abang diberkati Allah swt. I love u so much. I miss u. Realy love u. Thanks for everything. Tahun baru untuk angka 30. Semoga kebahagian menjadi milik kita sekeluarga. Amin
May 30, 2011
Konsert Double Trouble 2011
Hari Jumaat 27 May 2011 berkejar-kejar dari KL ke Melaka semata-mata ada dating dengan Search dan Wings. Serius terkejar-kejar. Dengan ada hal kat bank petang tu. Nak kejarkan kan tol sebab takut jem. Ni kan dah start cuti sekolah. Pulak tu terkena hari gaji. So, anda bayangkan lah keadaan jalan kalau ditambah dengan kemalangan yang dijangka akan berlaku. Huhuhu. Tapi alhamdulilah, perjalanan semuanya lancar.
Kitorg laki bini dah plan benda ni lama dah since dengar berita Double Trouble nak datang Melaka kan. Mula-mula kata April. Then pospon pulak. Bila dah cnfrm je, bulan lepas lagi dah siap-siap beli tiket. Satu kepala 70 hengget.
Plan tu memang la plan kan. Tapi bab pakaian tak tahu nak pakai apa. Sebab tang ni memang tak pandai. Kalau suruh pakai baju nak pergi orang kawen tahu le.
Then bila sampai kat Stadium Hang Jebat ni memang banyak lah gerai-gerai yang menjual. Suami pun menggelabah nak beli baju rock katanya. Bersesak-sesak lah mencari.
So, suami bergambar la dengan T-Shirt yang dia baru beli. Sikit punya mahal. Orang kedai tu bukak harga 45 hengget. Kitorg tawar, dapat 40 hengget je. Walhal T-shirt tu cuma tulis Search 2009. Ha bayangkan lah.Tapi kata nak suka-suka. We all ok je.
Ni, saya dah lepas dulu. Ye lah. Perempuan mana ramai sangat. So, sesi megecek dan meraba tak de lambat sangat berbanding lelaki
Abaikan je gambar yang kabur dan gelap. Hanya berlandaskan kamera hp 5mp sahaja. Ditambah malas untuk menyetting apa-apa function
Masih menggedik lagi di pintu pagar
Ni keadaan masa mula-mula masuk stadium. Orang masih berjalan lagi ke tengah-tengah stage
Berposing again
Dan si roker jadian hanya pada malam kejadian sahaja
Sudah berada berdekatan dengan stage. Mencari-cari ruang
Sebelum gelap, mari kita bergambar lagi
Dan apabila gelap, masih bercahaya lagi kan muka saya yang gelap juga ni. Hahahaha
Ketahui lah puan-puan bahawa saya adalah pendek. Setelah puas mencari ruang untuk mendapatkan pemandangan yang memuaskan, budak berambut apro tu sudah cukup menghalang pemandangan saya dengan rambut nya. Justeru, saya agak terganggu dengan rambut nya itu.
Gambar terakhir. Suami tak kasi saya upload gambar ini dikhuatiri kamu-kamu semua melihat jerawat nya yang sedang menumbuh. Tapi saya nak upload juga disebabkan tiada apa-apa tanda-tanda cinta di lehernya.
Konsert diacarakan oleh Isma Halil Hamzah. Saya memang suka dia sejak dari sekolah lagi sebab saya suka dengar radio THR dulu. Segmen dia malam-malam pukul 12 tengah malam. Yang sorang lagi pengacara, saya tak kenal dan tak nampak pun siapa orangnya.
Acara pembukaan dimulakan dengan tarian tradisional kotemporari ini istilah saya sendiri tau sebab tak tahu apa nama tarian ni oleh group dari Peringgit kalau tak silap. Cer anda bayangkan. Yang datang ni semua majoriti rokers. Ramai yang jerit suruh stop. Hahaha!!! Siap ada yang maki-maki lagi. Dah yang datang nya ganas-ganas. Kalau ikut logik kan tak kena gaya nya. Tapi, kalau ikut saya, ok je.
Nasib baik tak lama. Terus je DJ Isma panggil group pertama, Search. Hish kitorg laki bini gila kagum tengok Amy, dah tua-tua ada tenaga menyanyi dan menari terpekik-pekik. Kalau ikut saya, mesti dah putus tali pusat terjerit-jerit.
Dan lagi kagum masa Kid ke Kit eja nya ni goreng gitar dia. Ya ampunnnn. Terkesima lah mendengar. Memang terbuai-buai. Walaupun memang nampak usia nya dah dimamah, tapi jari-jari dia macam ada emas sedang memetik gitar. Terbuai-buai. Dan paling kagum, masa tengah main gitar tu dia hisap rokok. Huhuhu!!!
Tapi, lagu-lagu Search banyak yang saya tak reti nyanyi. Spoil lah. Jeles tengok laki aku pandai nyanyi lagu dia. Malam tu, Search banyak main lagu yang tak popular sangat. Kalau yang popular tu reti lah nak nyanyi. Macam Isabella harus lah reti. Then Pawana, Isi dan Kulit, Fantasia Bulan Madu (yang ni Kid petik gitar best gila), dan yang lain-lain banyak lagu tak tahu.
Tapi..... bila tang Wings masuk je, memang boleh dikatakan banyak lagu yang saya reti nyanyi. Apa tak nya. Suami sokmo main CD dia kat dalam kereta kalau tiba tempat yang takde line radio. Tapi Awie memang la kelakar. Dia belum masuk stage lagi, orang dah dok jerit panggil Hussssieeennnnnn. Ala-ala kat Hantu Kak Limah Balik Rumah. Huhuhu. Lawak ok.
Masa Wings dah tinggal lagi 2-3 lagu, kitorg dah tak tahan berdiri. Suami ajak duduk kat kerusi. Naik cremp kaki ni. Takut pengsan je. So, majlis penutup kitorg duduk je. Dah stop berhayun-hayun kepala. Cewah.
Konsert ni siap ada cabutan bertuah tau. Tu yang kitorg tunggu jugak kalau ada tuah. Tapi bukan rezeki kitorg. Hadiah banyak jugak. Ipad, Motor dan Kereta Viva. Tahniah ye pada yang menang.
Masih Negatif
Pagi tadi mencuba nasib menengok pregnancy test. Jawapan nya adalah negatif.
Ye puan-puan. Saya memang merancang. Tapi kali ni macam terdetik ada. Tu yang test. Sebabnya last period bulan Mac hari tu. Then, perut sebelah kiri ni asik lah sakit mencucuk-cucuk macam mengandungkan Rayyan Adam dulu.
Sebelum cek, kitorg laki bini dah sediakan mental bersedia menerima adik Rayyan Adam. Actly, pagi tadi kalau lah positif, mesti saya dah melompat kegirangan. Sebabnya, saya pun memang dah mula bersedia ala-ala menggatal.
So, kita ikut je lah plan asal ye. Tunggu sahaja rezeki dari Allah swt sambil kita berusaha mana yang patut.
May 27, 2011
Target Sebelum 30
Sebelum 30 saya ada 2 target untuk dilangsaikan. Tapi mestilah dengan izin Allah swt.
Pertamanya, yang paling penting untuk memberi seorang adik kepada Rayyan Adam. Insyallah. Now 27. So, ada masa 3 tahun lagi kan. Bila-bila je la ni untuk bermula.
Kedua, untuk menambah ilmu di dada. Itu masih dalam proses menyervey. Dan yang pasti hanya akan bermula selepas pindah rumah. Not now. Sebab tak nak serabut sangat kepala otak ni.
So, doakan la ye segala impian saya ni.
May 26, 2011
Setia Bersama Eli
Walau apa pun yang terjadi, Eli mesti sentiasa berada di sisi. Sahabat baik si hensem ni. Jangan lah ada orang rampas Eli ni. Boleh jadi gaduh....
Memanjat
Sekarang makin ganazzz u alllsss. Seriau nengok anak main panjat-panjat macam ni. Kalau nenek and ayah marah, bolayan lah. Tak de nya dia takut. Tapi kalau mama, ada jugak lah hasilnya.
Sayang, jangan lah macam ni. Buat semua orang takut tau. Sebab benda-benda macam ni lah, kitorg tak pernah tertidur masa dia tengah main. Maknanya kalau budak kecik ni main, salah sorg jangan tidur. Kena berjaga.
Kalau boleh benda-benda yang boleh dielak, elak la yek
Zarina AF
Abang Ujang, opismate cakap, kalau macam ni macam Zarina AF. Hahaha. Sila gelak jahat! Ada aku kisah? Janji artis nokkkk
Gunting Rambut
Ni entah kali yang ke berapa budak kecik ni telah disaloonkan di mamak. Dan beginilah caranya jika mahu mengguntingkan rambut beliau. Pada awalnya saya ialah seorang yang anti kedai rambut mamak, akhirnya terpaksa menjejakkan juga kaki saya dek kerana budak kecik yang hensem ni. Saya bukan anti apa ye puan-puan. Saya cuma tak tahan bau je. Lain-lain ok je. Tapi biasanya, suami akan bawak si hensem ni masuk kedai mamak yang berbau wangi. Hahahaha. Eh, maksudnya tak de la kuat sangat bau minyak dia.
Saya juga seorang ibu dan isteri yang rimas binti lemas dengan rambut jejaka berdua ni kalau dah mencecah ke telinga. Mulut akan sentiasa membebel mengenangkan rambut mereka.
Gambar-gambar ini juga pasti menjadi contoh kepada mereka yang mempunyai anak yang masih kecil seperti ini. Biasa lah kan. Budak kecik macam ni mana reti nak duduk diam-diam sendiri apabila tukang gunting rambut berrsedia untuk menyaloon rambut mereka.
Bagi menjimatkan masa dan tenaga malah lebih-lebih lagi duit poket, disarankan, mereka perlu melakukan aktiviti ini pada hari dan waktu dan di kedai yang sama. So, harga untuk 2 kepala ialah RM10. Nampak. Jimat kan? Kalau suami seorang RM7-RM8. Kalau si kecik seorang, RM5. Dan kalau kedua-duanya dikira sekali, telah berlaku beberapa penjimatan di sini.
Bila ada anak lelaki macam ni, tugas seorang ayah melaksanakan rambut mereka. Dan kalau saya ada anak perempuan, tak tahulah saya berjaya ke tak uruskan rambut mereka. Bab-bab rambut or mengikat rambut, saya adalah fail. Jadi mungkin rambut anak perempuan saya adalah pendek juga. Habis cerita
Sila Jumpa Mak Saya
Untuk entry ini
Kepada anonymous, ini komen balas khas untuk kamu ye. Sebab saya jarang dapat komen macam ni. Terima kasih ye sebab sudi tahu pasal kehidupan saya. Ambil tahu pasal apa saya buat, ambil tahu pasal keluarga saya, ambil tahu pasal anak saya, pasal emak saya.
Cadangan kamu ni memang mulia. Tapi boleh awak hantar proposal ni dan jumpa mak saya. Pergi bagi tahu dia sendiri. Saya tak berani, sebab saya rasa dalam hal ni tak tahu la ada ke pihak yang mengalah atau yang menang. Ke, awak dah tanya sendiri dengan mak saya, yang beliau dah tak sanggup nak jaga anak saya? Dah tanya ke? Kalau belum, pergilah tanya.
Dan lagi satu, sudi ke mak saya nak jumpa awak. Sebab nya bukannya kenal pun. Setakat komen tak bagi nama, belah lah!!!! Takkan takut kot. Suami saya yang tak de blog pun boleh komen letak nama. Kot ye pun tak de blog, takkan lah tak berani nak letak nama. Takut la tu.
Sekali lagi, sila jumpa mak saya untuk cadangan ini dan pergi paksa beliau jangan jaga anak saya. PAKSA tau. Jangan cakap baik-baik. Paksa untuk tidak menjaga Rayyan Adam.
May 25, 2011
Sabar
Cuba untuk tidak mengklik apa-apa walaupun ada hati nak berhoneymoon berdua dengan sang suami. So, kita tunggu next promotion ye. Sabar sabar sabar....
Syukur
Syukur ye puan-puan. Di saat saya kesedihan, di saat saya kemurungan, di saat saya kelemahan, saya masih ada si kecik ni menjadi penawar. Ya Allah syukur pada Mu kerana nikmat yang tidak terhingga ini. Ini lah balasan nilai seorang ibu.
Subhanallah. Nikmat ini jangan Kau ambil Ya Allah. Hanya ini yang mampu menjadi penawarku. Senyumnya, tawanya, tangisnya dan segalanya adalah penawar bagi ku, adalah ubat bagi ku. Tidak ada harta yang paling bernilai yang mampu ditukar ganti.
Jangan lah Kau ambil nyawa ku selagi anak ini masih memerlukan aku Ya Allah.
Playpen With Ball
Benda alah ni dah lama dah beli. Tapi baru sekarang berkesempatan nak snap and tayang kat sini. Masa tu saya kat UTM JB. Then ada MyDear warehouse sale kat Puchong. Apa lagi, kirim la opismate beli. Harga serius tak ingat. Dah hilang ingatan. Tapi memang murah.
Budak kecik ni jenis ikut suka dia nak main apa hari tu. Kalau dia rasa nak main ball ni, dia main lah. Kalau tak seharian jugak lah ball ni manganggur tunggu tuannya menjengah.
Disebabkan ball ni kan semua banyak color. So, saya akan ajar lah ball tu mengikut color. Blue, green, red dan bila tiba yellow, mesti si kecik ni letak kat telinga. Mula-mula pelik apasal dia letak kat telinga. Rupanya dia ingat hello. Mesti dia confius dengan 2 words ni. Tapi bagus lah. Sekurang-kurangnya dia boleh berfikir tapi masih belum tahu membezakan beberapa perkara.
Satu hal lagi, dalam buku dia pun ada gambar ball for B la kan. Then everything bentuk yang berbentuk bulat yang ditemui dalam mana-mana pic, dia akan sebut ball. Tak kira lah benda tu ialah bulan atau apa-apa sahaja yang bulat walaupun bukan gambar ball.
Bila tang nenek yang mengajar, tentulah sebut color tu dalam BM kan. Saya sekarang pesan kat mak suruh sebut BI. Bukan apa, takut dia confius lagi je. Kang mama kata red, nenek kata merah. Macam mengenal haiwan pun sama. Nenek ajar ngiauuuuuwww. Kita pulak ajar cat. Huhuhu!!! Mana satu dia nak ikut kang.
Tapi mana-mana pun ok. Janji perkembangan Rayyan Adam menunjukkan umur dia. Alhamdulilah. Setakat ni Rayyan Adam budak yang bijak. Mak bapak mana tak bangga anak makin hari makin bijak. Dari selemah-lemah bayi, semakin lama, semakin cerdik pandai. Perkembangan otak pun seimbang. Dan mana yang kurang pada dia, dia tetap ada lebihnya dengan budak baya-baya dia. Tak semua perkembangan bayi adalah sama kan.
Yang lambatnya, si keciknya ni masih belum pandai sangat menyebut. Maknanya belum pandai cakap lah. Benda basic pandailah, macam ayah, mama, nek. Itu pun kalau kita yang ransang dia. Kalau atas usaha dia, dia memang tak akan menyebut perkataan-perkataan tu. Apa pun, Rayyan Adam sudah mula berbicara dalam bahasa Jerman ortodoks. Huhuhu. So hanya dia dan dunia dia sahaja yang tahu apakah butir bicara yang dibicarakan....
May 24, 2011
Takut Nak Pergi Interview
Ni nak cerita pasal nak pergi interview noks. Huhuhu. Banyak-banyak benda, benda ni je yang saya takut. Hish memang takut lah.
Pendek kata kan, kalau diberi pilihan suruh saya mengandung dan beranak time nak pergi interview, saya rela kot nak beranak lagi sekali. So nak bagi tahu, saya memang takut nak pergi interview.
Lantak lah orang nak kutuk aku. Tapi kalau bab lain, berani je. Kasi lah saya buat bedna lain, memang berani. Takat nak pergi mana-mana kaunter nak buat aduan rakyat pun berani. Tapi tang interview tak tahu mana pergi kekuatan tu semua.
Selalunya kalau dah sampai mana-mana cmpny tu kan, saya punya istifar memang berbakul-bakul lah. Jari jemari ni dah macam ais. Muka lak bukan main putih tak de darah. Hish.
Then, selalu je positif kan diri, kata, ala kalau tak dapat pun apa ada hal. Bukan aku takde kerja lain sekarang ni. Tak dapat dah la. Nak takut apa. Eh tapi still takut lagi.
Bagi la tips. Bagi lah semangat. Bagi lah kekuatan. Tetttttaaaappp takut!!!!! Macam tarak guna kalau bagi benda tu semua kat saya masa nak pergi interview.
Macam Mana Tak Rindu
Subscribe to:
Posts (Atom)