LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 26, 2011

Gunting Rambut




Ni entah kali yang ke berapa budak kecik ni telah disaloonkan di mamak. Dan beginilah caranya jika mahu mengguntingkan rambut beliau. Pada awalnya saya ialah seorang yang anti kedai rambut mamak, akhirnya terpaksa menjejakkan juga kaki saya dek kerana budak kecik yang hensem ni. Saya bukan anti apa ye puan-puan. Saya cuma tak tahan bau je. Lain-lain ok je. Tapi biasanya, suami akan bawak si hensem ni masuk kedai mamak yang berbau wangi. Hahahaha. Eh, maksudnya tak de la kuat sangat bau minyak dia.





Saya juga seorang ibu dan isteri yang rimas binti lemas dengan rambut jejaka berdua ni kalau dah mencecah ke telinga. Mulut akan sentiasa membebel mengenangkan rambut mereka.




Gambar-gambar ini juga pasti menjadi contoh kepada mereka yang mempunyai anak yang masih kecil seperti ini. Biasa lah kan. Budak kecik macam ni mana reti nak duduk diam-diam sendiri apabila tukang gunting rambut berrsedia untuk menyaloon rambut mereka.



Bagi menjimatkan masa dan tenaga malah lebih-lebih lagi duit poket, disarankan, mereka perlu melakukan aktiviti ini pada hari dan waktu dan di kedai yang sama. So, harga untuk 2 kepala ialah RM10. Nampak. Jimat kan? Kalau suami seorang RM7-RM8. Kalau si kecik seorang, RM5. Dan kalau kedua-duanya dikira sekali, telah berlaku beberapa penjimatan di sini.




Bila ada anak lelaki macam ni, tugas seorang ayah melaksanakan rambut mereka. Dan kalau saya ada anak perempuan, tak tahulah saya berjaya ke tak uruskan rambut mereka. Bab-bab rambut or mengikat rambut, saya adalah fail. Jadi mungkin rambut anak perempuan saya adalah pendek juga. Habis cerita

3 comments:

Ummi Alesya Sofea said...

hehe,nice entry..liza dah follow kat cni,nnt jemput je blog liza plk yer.. :)

Sharifah Nadzarah said...

HUHUU...suke3..sy pun tgah dok pk camne nak gunting rambut sikecik sy ni..baru lapan bulan ni..

~aSFaLiZa~ said...

liza : tq. i follow u


syarifah : 8 bulan tgh ligat tu. hehhehe