May 29, 2009
Demam Tag Virus Dari Ajak
Teruja sebab nak balik jumpa husband. Hari ni hari Jumaat.
2. Saya nak makan :-
Apa yang baby mengidam.
3. Saya tak suka :-
Keje
4. Impian saya :-
Habiskan semua hutang piutang pastu dah boleh dok goyang kaki kat rumah.
5. Haiwan yang saya tidak suka :-
Berbulu. Husband pun banyak bulu. Nasib dia bukan haiwan.
6. Saya harapkan :-
Duit yang banyak dan bahagia dengan duit-duit tu.
7. Jika boleh diputarkan masa :-
Tak nak kuar dalam perut mak.
8. Saya pada 10 tahun akan datang :-
Baby kat perut ni dah darjah 4.
9. Handphone saya adalah sebuah :-
Handphone yang baru beli dan baru tukar kat Tesco.
10. Saya pernah berchenta sebanyak :-
Banyak gak la.
11. Saya suka pada :-
Bad, Bad, Bad, n Bad.....
12. Kawan-kawan saya :-
Ramai. Sebab banyak hadiah kahwin dari kawan-kawan.
13. Pernah dikhianati?-
Tak pernah pun. Nampak sangat menipu kan.
14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?-
Jeling sampai mati.
15. Senaraikan 8 orang untuk di tag :-
Semua dah kena tag. So tak de dalam senarai
May 20, 2009
Miskin Ke
Rindu Bertandang
Mengapa dunia sangat kejam terhadap kita. Terutama talian Maxis. Saya tidak bersalah. Mengapa perlu menguji kami dengan memisahkan talian telefon kami. Bukan saya tidak mahu bayar. Tapi saya ada alasan saya yang tersendiri. Dalam masa 2 minggu kebelakangan dan 2 minggu ke hadapan saya memerlukan simpanan yang mana ianya tidak boleh diganggu gugat. Adakah anda mahu mengetahuinya. Baiklah saya akan memberi sedikit klu iaitu pada hujung bulan in saya perlu menyediakan road tax dan insurans untuk kereta saya. Ok stop! Saya takkan menceritakan masalah kereta di sini. Masalah sebenar entry ini ialah kerinduan yang amat sangat terhadap suami. Anda ada jalan penyelesaian ke dengan permasalahan saya.
Abang, apa yang abang buat saat ini. Kasihan kat abang terpaksa mencari public phone untuk menghubungi sayang. Hmm mungkin aktiviti ini boleh mengembalikan kenangan-kenangan kita waktu kita belum berduit memiliki hand phone. Hello… Kenangan itu 9 tahun yang lepas ok. Sayang tak dapat nak menjalankan tugas sebagai isteri seperti biasa membangunkan abang dari tidur untuk pergi ke tempat kerja. Sayang tidak dapat tahu apa menu yang abang makan. Abang juga tidak dapat tahu apa perkembangan baby dari saat ke saat. Apa yang baby lakukan di dalam perut sayang ni. Untuk pengetahuan abang baby agak meragam hari ni. Sentiasa bergerak. Mungkin juga memberontak sama dengan Maxis yang memisahkan kita untuk sementara waktu. Jadi di sini, Maxis adalah pesalah utama dalam masalah keluarga kita. Bukan sahaja kerinduan isteri terhadap suami dan juga kerinduan suami terhadap isteri, malahan kerinduan seorang anak terhadap ayahnya. Sanggup Maxis tidak bertimbang rasa meletakkan keluarga saya dalam keadaan kerinduan yang membelenggu.
Semoga dengan kerinduan yang hadir ini dapat mengajar serta menambahkan lagi kasih sayang antara kita sekeluarga bersama. Sesungguhnya sayang amat merindui, menyintai, mendambakan, memerlukan, memikirkan, mendahagakan, menggeledak, mengharapkan kahadiran abang di sisi sayang bersama baby kita.
May 19, 2009
Maxis Oh Maxis
Bulan seterusnya pula iaitu Mei 2009 tahap kesabaran saya terhadap bil telefon Maxis saya tiada hadnya lagi. Saya didatangkan dengan cas yang saya rasa melampaui batas iaitu berharga RM250 yang saya perlu bayar. Oh apakah dugaan Mu ini Ya Tuhan? Untuk pengetahuan semua kami masing-masing sebagai suami isteri mengesyaki sesama sendiri penggunaan bil siapa yang paling tinggi hingga wujudnya harga yang seperti ini. Oh sedikit pertelingkahan kecil terjadi antara kami.
Dengan kekuatan yang ada saya pun menelefon Hotline Maxis di talian 123 di mana talian tersebut adalah percuma. Saya bertanyakan mengapakah kejadian seperti ini berlaku. Setelah disemak dan disiasat, talian yang menggunakan nombor saya menunjukkan penggunaan saya adalah yang paling tinggi berbanding suami. Jadi sang suami ada point nak kenakan sang isteri untuk waktu-waktu serang hendap. Huh! Tapi mengapa? Apa salah dan dosa saya? Oh rupanya dalam keadaan yang tidak disedari talian saya telah mensubscribe satu tawaran daripada Maxis iaitu penggunaan MMS, Internet, GPRS unlimited yang mana saya perlu membayarnya dengan harga RM99 setiap bulan bermula dari 27 Mac 2009. Dengan nada yang serius saya memberitahu operator yang bertugas tersebut bahawasanya saya tidak pernah tahu akan kewujudan kejadian mensubscribe tersebut. Operator pun menyiasat lagi dan menyatakan bahawa kejadian itu adalah kesilapan daripada mereka sendiri. So dengan janji yang ditabur, pihak mereka akan menghentikan perkhidmatan tersebut dengan serta merta di samping saya akan mendapat ganti rugi untuk 2 bulan pembayaran yang saya telah buat untuk perkara RM99 di atas iaitu bersamaan RM198. Begitulah sedikit lebih kurang.
Saya ok dengan jawapan yang mereka berikan. Tapi hanya untuk sementara. Pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 16 Mei 2009 pihak Maxis telah menghantar mesej berbunyi sedikit lebih kurang begini, Maxis akan menghentikan talian telefon saya jika saya tidak membuat pembayaran yang dikenakan sebelum ini iaitu sebanyak RM250 dicampur dengan RM50=penggunaan semasa saya yang mana ianya telah melebihi had sebanyak RM300. Anda faham dengan pengiraan tersebut. Dengan kelebihan yang ada dalam hal-hal pertikaman lidah, saya memberanikan diri lagi menghubungi Hotline Maxis bertanya mengapa wujudnya mesej tersebut. Seteleh disiasat, mereka menyatakan bil untuk bulan Mei masih ada lagi tawaran yang saya anggap sampah yang mana saya kena bayar RM99. Hello saya bukan pengguna Blackberry pun! Waktu ini tahap kesabaran saya sudah mencecah lahar gunung berapi dan untuk pengetahuan umum, operator yang menyambut panggilan saya hampir menangis dengan ketajaman lidah saya menyatakan kemarahan saya. Sorry yek. Customer always right! Janji ditabur lagi di mana mereka akn cuba menyelesaikan kes ini dengan kadar yang segera.
Dan hari ini mungkin tahap kesabaran saya yang mana saya sendiri tidak tahu dah sampai mana, saya tidak boleh langsung menggunakan telefon saya untuk menghubungi siapa-siapa. Anda bayangkan waktu ini saya hendak membuat laporan harian kepada suami tetapi ada yang menyekatnya. Dugaan apakah ini? Apa yang saya perlu buat? Saya tak bersalah. Tapi kenapa menjadi mangsa keadaan. Pihak Maxis tolong jangan kejam sangat terutama kepada pengguna tegar seperti saya. Tolong jangan paksa saya menukar talian kepada syarikat lain. Saya amat setia kepada anda sejak dari hari pertama saya memakai telefon. Tolong sedar yang wujud pengguna setia seperti saya dan suami. Dalam hal ini kami tidak bersalah langsung. Dan tolong faham untuk menjelaskan bil tersebut adalah mustahil di kala bulan berada di pertengannya. Di mana mahu saya mencari penjelasan tersebut sedangkan semalam saya baru berurusan dengan scope kereta saya. Huh!
Untuk seketika saya sudah tidak boleh marah lagi dan atas sebab itu saya menulis dengan penuh hemah untuk entry kali ini. Saya sedih sebenarnya kerana setakat saya menulis saat ini, saya masih belum boleh mendengar suara suami tercinta. Sangat sedih kerana tidak dapat mengejut suami dari tidur untuk pergi bertugas. Sangat sedih kerana tidak dapat membuat laporan harian kepada suami. Sangat sedih kerana tidak tahu apa yang suami makan, suami pakai. Dan yang lebih menyedihkan lagi, baby sangat sedih kerana tidak dapat mendengar suara ayahnya untuk beberapa ketika sehingga kes ini diselesaikan. Abang, kami merindui abang sangat-sangat....
Scope
Sah! Binatang scope itu yang terbang. Binatang scope yang telah bermaustautin kat bonet depan kereta aku. Aku melihat bonet depan kereta aku sudah berlubang. Berlubang tanpa scope. Oh apakah itu scope? Ntah. Aku pun sendiri tiada jawapan. Untuk apa aku amik tahu, sedangkan semasa proses pembelajaran mengambil lesen dahulu tiada subjek yang bernama scope. Apa yang harus aku buat dengan bonet yang telah cacat ini? Mujur aku berada di kawasan yang dekat-dekat dengan tanah tumpah nya darah ku iaitu di Air Hitam. Terlebih dahulu aku mengadu domba dahulu kepada suami mengatakan bonet ku telah cacat akibat daripada halaju angin yang aku tak tahu sangat berapa kiraannya. Suami pun mencadangkan agar aku menghubungi rakan yang berkerjaya sebagai mekanik di Air Hitam. Mujur aku ada kawan yang berjenis ini. Dan mujur juga dia telah mendapatkan scope gantian yang walaupun rupanya tidak lah sehebat scope asal, tapi janji scope yang baru ini berjaya menutup lubang di bonet keretaku. Dengan ini disahkan juga aku mengambil EL pada hari Isnin tersebut. Apa korang ingat senang nak cari scope yang telah aku katakan sebelum ini tiada subjek scope semasa pelajaran mengambil lesen dahulu.
Dan dalam keadaan yang terdesak, keadaan pertengahan bulan yang mana semua orang tahu bukan masanya sekarang ini duit gaji yang beriban masuk, terpaksalah aku mengeluarkan sedikit simpanan aku untuk masa-masa yang terdesak (Errr ni pun terdesak gak apa). Yang mana dalam masa yang sama aku tidak tahu berapakah harga sebenar binatang itu. So, terima kasih kepada Ifdzal kerana telah berjaya mendapatkan scope tersebut dengan harga RM110 yang mana harga asalnya ialah RM135. Dan terima kasih juga kepadanya kerana tidak mengecas upah pasang or upah mencari or upah berpeluh or duit kopi or dll. Ni lah namanya harga kawan-kawan. Untuk megetahui lebih lanjut bagaimanakah rupa scope itu mari kita sama-sama saksikannya. Oh ye ralatnya ialah scope yang asal iaitu sebelum terbang tidak dapat dirakamkan kerana apa kejadahnya aku nak amik gambar binatang itu untuk menjadi koleksi aku! Ni kira nasib baik terjadinya kejadian seperti ini. Kira untung kau la scope aku nak perkenalkan kau kat semua orang.
Ni keadaan di mana bonet keretaku sudah berlubang.
Setelah ditutup lubang tersebut beginilah rupa parasnya.
Amacam? Cantik tak rupa baru kereta aku?
AF7 Yang Sengal Ubi
Macam menyesal lak aku follow AF7 kali ni. Anda nak tahu kenapa aku tak suka yang amat sangat dengan manusia yang di AF masuk itu. Ini adalah kerana aku tak suka manusia yang poyo. Serius dia poyo. Aku tak suka mendekatkan or mengetahui or mengambil tahu or bla la bla dengan manusia yang seumpama yang diAF masuk itu. So what? Peminat dia nak marah aku? Marah lah. Aku ada hak pengguna di sini. Aku menggunakan telinga aku nak dengar lagu-lagu yang sedap daripada manusia yang tak poyo macam Siti Nurhaliza ke. Or macam Tomok ke yang dah menang OIAM3. Huhuhu. Rohani n Aina jangan terkesima dengan statement aku. Sebabnya aku suka gak la kat Tomok tu sebabnya dia tak poyo. Tak berlagak bagus sebabnya dia dah memang bagus. Buktinya lagu Sejarah Mungkin Berulang tu memang sedap. Opppsss tak nak puji lebih-lebih sebab nanti Zira jeles aku puji boyfriend dia. So apa yang aku harapkan pada pemenang-pemenang AF7 yang lain selain dari nombor 2 tu, harapannya selepas ni you all keluarkan lagu-lagu yang best yang mana aku n my baby sedap nak dengar. Dan juga yang mana tak masuk final pun macam Claudia, Rubisa, Aishah dan yang lain-lain dapat keluarkan album or lagu yang sedap-sedap macam bukan pemenang AF yang lain macam Aizat, Bob dll.
Keliru
Tetiba aku rasa keliru pulak. Ye la. Kata lah aku lepas interview DPLI ni nanti, apa yang aku kena buat? Apa tindakan aku? Orang kata, calon mengandung tak boleh join DPLI. Habis kenapa mesti aku nak teruskan jugak sebab aku tahu yang aku memang tak boleh diterima. Kenapa? Sebab aku memang nak sangat jadi cikgu. Memang aku nak. Dan untuk pengetahuan ni bukanlah kerjaya pilihan terakhir aku. Bukan!!! Dari awal aku nak masuk universiti aku memang minta bidang pendidikan. Tu adalah kenyataan. Kalau tak percaya cek balik borang UPU aku 5 tahun lepas. Memang ada pilihan bidang pendidikan. Cuma rezeki aku tak ada masa tu. Bila dah dapat ijazah ni aku rasa peluang aku cerah nak jadi cikgu dengan wujudnya program-program macam KPLI & DPLI. Dalam pada peluang ni dah ada, keadaan aku pulak bagai tak mengizinkan cita-cita aku ni. No! Jangan salah sangka aku menyalahkan baby aku. Tak! Aku amat menyanyangi benih aku ni. Kelahirannya juga antara perkara yang tidak sabar aku tunggu. So, dalam keadaan macam ni, aku keliru amat-amat sangat. Walau apa pun, aku akan terus mencuba. Mencuba mencari satu lagi peluang yang mungkin ada untuk aku tahun ni. Dan tolonglah aku mencari jawapan apa yang harus aku lakukan kalau aku lulus dalam interview 26 Mei ni nanti. Adakah aku perlu :
1. Ignore dengan tawaran tu
2. Jumpa kabel (Tapi tak de kabel. So tolong recommend mana-mana kabel untuk aku)
3. Pergi Kementerian jumpa menteri. (Berani ke?)
4. Mengadu domba kat TV3.
5. Teruskan je. Lepas tu sorok perut ni kat semua orang.
6. Tumpangkan baby ni jap kat perut ajak ke (Oh tidak sayang. Mama takkan biarkan sayang duduk kat perut orang itu)
7. Atau hanya pasrah…..Apa nak jadi, jadi lah dan terima je la apa yang berlaku.
May 15, 2009
My Baby
Fakta, Sejarah & Pengajian Am
DPLI
Ok sekarang yang aku nak cerita ialah mengenai DPLI. Iklan DPLI keluar 8 Februari 2009 sehari selepas aku disahkan doktor aku mengandung 4 minggu lebih setelah 5 bulan bernikah. Perasaan berbelah bagi sama ada nak beli ke tidak no pin DPLI ni. Then husband cakap beli je la, kot-kot ada rezeki. Salah satu faktor aku rasa macam tak nak beli masa tu sebab mahal. Aku punya la kedekut rasa RM20.60 tu tak berbaloi aku beli kalau tak dapat apa pun. Aku nekad beli je walaupun aku tak rasa dapat. Ye la, katanya calon yang mengandung tak boleh mohon. Bila aku belek-belek syarat-syarat permohonan, tak de satu pun tertulis calon mengandung tak dibenarkan memohon. Yang ada cuma ‘adakah anda boleh melakukan aktiviti lasak sepanjang pengajian?’. So kemasukkannya Julai dan aku rasa aku dah cukup kuat kot. Hahahaha. Gila kan aku ni. Pada hal tak tahu lagi apa nak jadi Julai tu. Arrgghhhh isi je la borang tu. Peduli la ngandung ke tak ngandung. Janji tak de syarat ngandung.
Seperti biasa dah apply kalau ok semua dokumen yang dia nak dan menepati syarat-syarat dipanggil menduduki exam. Aku pun dengan tegar nya pergi la exam yang sepatutnya berlangsung 1 jam dan aku dapat menyelesaikannya dalam masa 45 minit sahaja. So sedikit pertelingkahan dengan suami sebab dia ambil aku 15 minit selepas sepatutnya exam tu habis. Kira campur tolak bahagi aku menunggu kira-kira setengah jam jugak. Alasan aku siap cepat ialah, soalannya ada 300 kalau tak silap aku yang mana perlu dibereskan dalam masa 1 jam. Huh!!! Untuk tidak ketinggalan zaman eh masa, aku pun seperti pelari marathon mengejar masa. Dan apa yang aku nak kongsi rahsia kejayaan ialah….huhuhu. Jawapan yang dijawab adalah lebih ke arah positif. Dalam erti kata yang lain kita jangan la jujur sangat = menipu masa menjawab tu. Untuk soalan yang ada sangat setuju, sangat tidak setuju dan bla bla bla tu, kalau boleh jawab la pilihan yang kelima dan yang pertama. Kalau setuju, kata la sangat setuju dan kalau tak setuju katalah sangat tidak setuju. Kiranya pilihan aku untuk yang keempat dan yang kedua tu tak de la banyak sangat. Gila aku punya kelentong masa tu. Hahahahha.
Atas keberkatan dan doa semua orang, akhirnya aku lulus ujian yang aku boleh menempatkan aku menjadi salah seorang tenaga pengajar di Malaysia. Cewah!! Keputusan ni keluar juga ada kena mengena dengan baby aku ni. Mana tak nya. Keputusan keluar pada hari yang sama aku pergi hospital dan scan baby kat dalam perut ni. Untuk kali pertamanya aku dapat melihat dengan mata kepala aku sendiri anak aku sudah cukup sifat di mana aku tengok dia menguap ( menguap ke kalau dia buka2 mulut? ), berenang ( errr berenang kot ). Tengok kaki, tangan, muka, jantung, tulang belakang, badan, bibir, mata, hidung… Serius aku gembira yang amat sangat. Dan yang paling penting husband sibuk dok tanya muka baby ikut muka siapa. Hahahha. Mana la boleh nampak lagi ikut muka siapa. Wat lawaking je la.
Hmmm itu lah ceritanya, sedih bercampur gembira. Gembira sebab dah lulus. Aku memang nak sangat jadi cikgu. Gembira sebab lulus masa baby kat dalam perut ni. Dan mungkin sedih kalau tak dapat disebabkan alasan aku mengandung. Tak aci la beb. Dah lah susah nak menjadi ibu mengandung. Lepas tu diskriminasi pun terhadap ibu mengandung. Kalau tak de ibu mengandung macam aku ni kat dunia, maka tak de la wujud cikgu-cikgu kat dunia ni. Huh!!! So sekarang ni aku kena bersedia je nak pergi interview. Bak kata Filah salah satu faktor nak berjaya masa interview nanti ialah penggunaan orang dalam. Jangan tak tahu, aku pun ada orang dalam. Dan aku rasa orang dalam aku ni kuat kot pengaruhnya. Aku confident dapat ni. Serius. Aku akan gunakan orang dalam PERUT. Korang yang nak pergi interview dah ada pasang orang dalam belum????
Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan…
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu….
Hmmmm selalunya bila aku dengar lagu ni aku akan menangis. Serius aku sedih yang amat sangat. Walau pun aku ni bukan la seorang anak yang baik, tapi selagi daya aku, aku tak nak buat mak sedih. Aku tak nak mak nangis sebab aku buat hal yang dia tak suka. Mak maaf kan orang dunia akhirat selama orang hidup menumpang kasih mak di dunia ni. Kadang-kadang aku pernah terfikir mak tak sayang kan aku. Oh bersalahnya aku bila perasaan jahat tu bermain-main di fikiran ni. Ye la, selalunya bila aku gaduh dengan Wani, mak selalu menang kan dia. Aku rasa macam mak pilih kasih. Bukan aku je yang perasan. Kak Ana pun nampak. Hakikatnya, aku kena terima kenyataan yang aku ni bukan ank bongsu. Wani anak bongsu. Tu yang aku kena terima. Tapi siapa kata mak tak sayang kan aku? Siapa kata???? Berdosanya aku cakap macam tu. Berdosanya aku fikir macam tu. Kalau mak tak sayangkan aku, dah lama dah mak biarkan aku kebulur, biarkan aku tak de tempat tinggal atau dah lama dah mak biarkan aku mati. Mak, maafkan orang mak!!!
Mak siapa tak sayangkan anak? Even haiwan pun sayangkan anak. Hmmm arwah Abang Ngah mak jaga sampai ke hembusan nafas nya yang terakhir. Siapa kata mak tak sayang anak. Arwah pernah kata, dia nak mak yang jaga dia sebab apa yang mak buat dia tak boleh marah, apa yang mak masak masa dia sakit dia tak boleh complaint. Sebab apa? Sebab tu mak. Dia nak bawa kenangan-kenangan ni sampai mati. Kalau isterinya yang jaga mesti dia akan marah bila dia tak puas hati. Pernah satu hari, arwah nak mandi tapi tak boleh nak jalan. Mak berangan nak dukung arwah. Mak… apa yang mak nak buat ni? Mak larat ke? Oh, macam tu sekali insan yang bernama mak ni menyayangi anaknya. Tak sayang anak ke namanya tu? Pengorbanan apa lagi yang kita sebagai anak nak lagi. Dari kecil, sampai kita besar, dialah insan yang tak henti-henti menjaga kebajikan anak. Kita? Mampu ke kita membayarnya? Dengan apakah kita nak membayar nyawanya, darahnya melahirkan kita? Menjaga kita? Cukup ke balasan kita sampai mati terhadap mak kita? Anak mana yang sakit mak aku tak jaga? Abang long tahun lepas operation appendix, siapa yang jaga? Mak jugak yang jaga. Ni Wani pun baru lepas operation appendix, siapa yang jaga? Mak jugak yang mengadap. Anak-anak mak sakit bersalin. Siapa yang bela? Mak jugak. Terima kasih mak. Mak pernah cakap, kalau teringat anak dengan suami, mak lebih sedih bila teringat anak-anak mak. Terutama bila teringat arwah Abang Ngah. Kencing berak dia seperti menjaga dia masa bayi. Dah tak kisah pun nampak apa ke, anu ke. Tu anak mak, mak cakap.
Even aku bukanlah seorang anak yang baik, masa mak sakit kaki sebab kencing manis, mak tak bagi aku bersihkan sebab takut aku geli. Kalau orang lain serius aku geli. Wani pun geli. Tapi bukan Wani tak nak bersihkan, Cuma luka tu besar dan betul-betul kat bawah kaki mak. Dengan nanah lagi. Masa tu mak tak nak arwah abah yang bersihkan sebab mak kata arwah abah buat sakit. Ye lah, kan orang lelaki. Tahu-tahu je la. Bila aku nak bersihkan selalunya aku akan kata aku nak tengok syurga kat bawah tapak kaki mak ni. Mana tahu kot-kot nampak. Serius masa tu aku sebak sebenarnya. Cuma aku takkan nak nangis depan mak. Nanti mak langsung tak nak aku buat. Aku tak pernah geli. Aku tak pernah rasa terbeban dengan kerja-kerja yang aku rasa kalau aku buat untuk orang lain memang aku geli. Alhamdulilah kaki mak dah baik walaupun kadang-kadang bekas sakitnya tu masih terasa lagi.
Untuk arwah mak mertua, Al-Fatiha untuknya. Belum puas rasanya bermesra merasa kasih sayang seorang mertua. Bila terkenangkan arwah, rasa belas terhadap suami yang amat sangat. Dugaan apakah yang Tuhan mahu kami redah dengan pemergian arwah sewaktu 2 minggu lagi tarikh pernikahan kami. Oh Tuhan. Hanya Engkau yang maha tahu. Arwah mahu majlis diteruskan juga walau pun arwah dalam keadaan nazak masa tu. Walau keluar air mata darah sekali pun majlis pernikahan kami takkan dapat menghidupkan nya kembali. Majlis pernikahan yang penuh dengan tangisan. Bukan kerana tangisan kegembiraan. Tapi tangisan yang manyayat hati kerana arwah pergi di saat-saat kegembiraan aku baru hendak menjelma. Dan sempena hari ibu ini, aku mengajak suami menziarahi kubur arwah supaya suami tak rasa aku patut menyuruhnya melupakan kenangan mereka. Sunggu demi Allah aku akan menangis bila aku teringat yang suami terlalu sayangkan maknya. Terlalu sanjung maknya sampaikan aku tidak dipedulikan sangat walaupun waktu itu adalah sepatutnya dia bergembira mendapat isteri. Tapi tidak suami ku. Fikirannya masih melayang. Masih sedih. Aku redha kerana aku juga mempunyai ibu. Alhamdulilah sekarang suami dah mula sedar yang ibunya takkan kembali. Hanya kenangan dan doa sahaja yang mendekatkan kami.
Kenyataannya mampu kah kita membayar segala pengorbanan yang ibu kita lakukan untuk kita. Mampu kah kita membayar nyawa dan darah sewaktu ibu bertarung sakit melahirkan kita. Mampu kah kita??? Untuk julung-julung kalinya, tahun ni aku menerima ucapan hari ibu. Dan yang paling aku terharu suami yang mengucapkannya untuk aku. Terima kasih abang. Semoga anak yang sayang kandungkan ni mendapat keberkatan Tuhan. Menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga anak kita mampu menjaga kita dunia akhirat. Amin….