Alhamdulilah bersyukur-syukur ke hadrat Ilahi aku lulus buat pertama kalinya exam DPLI. Ini pertama kali aku apply dan mungkin rezeki anak orang kata, aku terus lulus. So aku akan mengahadapi temuduga pulak pada 26 Mei 2009 ni. Cuti pun aku dah apply. Perasaan? Mestilah gembira, teruja, exited, terharu dan macam-macam lagi lah. Selama aku habis belajar aku cuma pernah minta KPLI je. Dan tak pernah lulus sekali pun. Untuk sekian kalinya tahun ni pun aku minta tapi aku tak dapat nak hadir exam tu sebab dalam masa yang sama aku nak pergi exam Pak Cik aku meninggal dunia. That’s mean arwah meninggal 27 Mac 2009, exam KPLI 28 Mac 2009 dan besday aku jatuh 29 Mac. So aku redha je la dan anggap memang bukan rezeki aku.
Ok sekarang yang aku nak cerita ialah mengenai DPLI. Iklan DPLI keluar 8 Februari 2009 sehari selepas aku disahkan doktor aku mengandung 4 minggu lebih setelah 5 bulan bernikah. Perasaan berbelah bagi sama ada nak beli ke tidak no pin DPLI ni. Then husband cakap beli je la, kot-kot ada rezeki. Salah satu faktor aku rasa macam tak nak beli masa tu sebab mahal. Aku punya la kedekut rasa RM20.60 tu tak berbaloi aku beli kalau tak dapat apa pun. Aku nekad beli je walaupun aku tak rasa dapat. Ye la, katanya calon yang mengandung tak boleh mohon. Bila aku belek-belek syarat-syarat permohonan, tak de satu pun tertulis calon mengandung tak dibenarkan memohon. Yang ada cuma ‘adakah anda boleh melakukan aktiviti lasak sepanjang pengajian?’. So kemasukkannya Julai dan aku rasa aku dah cukup kuat kot. Hahahaha. Gila kan aku ni. Pada hal tak tahu lagi apa nak jadi Julai tu. Arrgghhhh isi je la borang tu. Peduli la ngandung ke tak ngandung. Janji tak de syarat ngandung.
Seperti biasa dah apply kalau ok semua dokumen yang dia nak dan menepati syarat-syarat dipanggil menduduki exam. Aku pun dengan tegar nya pergi la exam yang sepatutnya berlangsung 1 jam dan aku dapat menyelesaikannya dalam masa 45 minit sahaja. So sedikit pertelingkahan dengan suami sebab dia ambil aku 15 minit selepas sepatutnya exam tu habis. Kira campur tolak bahagi aku menunggu kira-kira setengah jam jugak. Alasan aku siap cepat ialah, soalannya ada 300 kalau tak silap aku yang mana perlu dibereskan dalam masa 1 jam. Huh!!! Untuk tidak ketinggalan zaman eh masa, aku pun seperti pelari marathon mengejar masa. Dan apa yang aku nak kongsi rahsia kejayaan ialah….huhuhu. Jawapan yang dijawab adalah lebih ke arah positif. Dalam erti kata yang lain kita jangan la jujur sangat = menipu masa menjawab tu. Untuk soalan yang ada sangat setuju, sangat tidak setuju dan bla bla bla tu, kalau boleh jawab la pilihan yang kelima dan yang pertama. Kalau setuju, kata la sangat setuju dan kalau tak setuju katalah sangat tidak setuju. Kiranya pilihan aku untuk yang keempat dan yang kedua tu tak de la banyak sangat. Gila aku punya kelentong masa tu. Hahahahha.
Atas keberkatan dan doa semua orang, akhirnya aku lulus ujian yang aku boleh menempatkan aku menjadi salah seorang tenaga pengajar di Malaysia. Cewah!! Keputusan ni keluar juga ada kena mengena dengan baby aku ni. Mana tak nya. Keputusan keluar pada hari yang sama aku pergi hospital dan scan baby kat dalam perut ni. Untuk kali pertamanya aku dapat melihat dengan mata kepala aku sendiri anak aku sudah cukup sifat di mana aku tengok dia menguap ( menguap ke kalau dia buka2 mulut? ), berenang ( errr berenang kot ). Tengok kaki, tangan, muka, jantung, tulang belakang, badan, bibir, mata, hidung… Serius aku gembira yang amat sangat. Dan yang paling penting husband sibuk dok tanya muka baby ikut muka siapa. Hahahha. Mana la boleh nampak lagi ikut muka siapa. Wat lawaking je la.
Hmmm itu lah ceritanya, sedih bercampur gembira. Gembira sebab dah lulus. Aku memang nak sangat jadi cikgu. Gembira sebab lulus masa baby kat dalam perut ni. Dan mungkin sedih kalau tak dapat disebabkan alasan aku mengandung. Tak aci la beb. Dah lah susah nak menjadi ibu mengandung. Lepas tu diskriminasi pun terhadap ibu mengandung. Kalau tak de ibu mengandung macam aku ni kat dunia, maka tak de la wujud cikgu-cikgu kat dunia ni. Huh!!! So sekarang ni aku kena bersedia je nak pergi interview. Bak kata Filah salah satu faktor nak berjaya masa interview nanti ialah penggunaan orang dalam. Jangan tak tahu, aku pun ada orang dalam. Dan aku rasa orang dalam aku ni kuat kot pengaruhnya. Aku confident dapat ni. Serius. Aku akan gunakan orang dalam PERUT. Korang yang nak pergi interview dah ada pasang orang dalam belum????

No comments:
Post a Comment