Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan…
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu….
Hmmmm selalunya bila aku dengar lagu ni aku akan menangis. Serius aku sedih yang amat sangat. Walau pun aku ni bukan la seorang anak yang baik, tapi selagi daya aku, aku tak nak buat mak sedih. Aku tak nak mak nangis sebab aku buat hal yang dia tak suka. Mak maaf kan orang dunia akhirat selama orang hidup menumpang kasih mak di dunia ni. Kadang-kadang aku pernah terfikir mak tak sayang kan aku. Oh bersalahnya aku bila perasaan jahat tu bermain-main di fikiran ni. Ye la, selalunya bila aku gaduh dengan Wani, mak selalu menang kan dia. Aku rasa macam mak pilih kasih. Bukan aku je yang perasan. Kak Ana pun nampak. Hakikatnya, aku kena terima kenyataan yang aku ni bukan ank bongsu. Wani anak bongsu. Tu yang aku kena terima. Tapi siapa kata mak tak sayang kan aku? Siapa kata???? Berdosanya aku cakap macam tu. Berdosanya aku fikir macam tu. Kalau mak tak sayangkan aku, dah lama dah mak biarkan aku kebulur, biarkan aku tak de tempat tinggal atau dah lama dah mak biarkan aku mati. Mak, maafkan orang mak!!!
Mak siapa tak sayangkan anak? Even haiwan pun sayangkan anak. Hmmm arwah Abang Ngah mak jaga sampai ke hembusan nafas nya yang terakhir. Siapa kata mak tak sayang anak. Arwah pernah kata, dia nak mak yang jaga dia sebab apa yang mak buat dia tak boleh marah, apa yang mak masak masa dia sakit dia tak boleh complaint. Sebab apa? Sebab tu mak. Dia nak bawa kenangan-kenangan ni sampai mati. Kalau isterinya yang jaga mesti dia akan marah bila dia tak puas hati. Pernah satu hari, arwah nak mandi tapi tak boleh nak jalan. Mak berangan nak dukung arwah. Mak… apa yang mak nak buat ni? Mak larat ke? Oh, macam tu sekali insan yang bernama mak ni menyayangi anaknya. Tak sayang anak ke namanya tu? Pengorbanan apa lagi yang kita sebagai anak nak lagi. Dari kecil, sampai kita besar, dialah insan yang tak henti-henti menjaga kebajikan anak. Kita? Mampu ke kita membayarnya? Dengan apakah kita nak membayar nyawanya, darahnya melahirkan kita? Menjaga kita? Cukup ke balasan kita sampai mati terhadap mak kita? Anak mana yang sakit mak aku tak jaga? Abang long tahun lepas operation appendix, siapa yang jaga? Mak jugak yang jaga. Ni Wani pun baru lepas operation appendix, siapa yang jaga? Mak jugak yang mengadap. Anak-anak mak sakit bersalin. Siapa yang bela? Mak jugak. Terima kasih mak. Mak pernah cakap, kalau teringat anak dengan suami, mak lebih sedih bila teringat anak-anak mak. Terutama bila teringat arwah Abang Ngah. Kencing berak dia seperti menjaga dia masa bayi. Dah tak kisah pun nampak apa ke, anu ke. Tu anak mak, mak cakap.
Even aku bukanlah seorang anak yang baik, masa mak sakit kaki sebab kencing manis, mak tak bagi aku bersihkan sebab takut aku geli. Kalau orang lain serius aku geli. Wani pun geli. Tapi bukan Wani tak nak bersihkan, Cuma luka tu besar dan betul-betul kat bawah kaki mak. Dengan nanah lagi. Masa tu mak tak nak arwah abah yang bersihkan sebab mak kata arwah abah buat sakit. Ye lah, kan orang lelaki. Tahu-tahu je la. Bila aku nak bersihkan selalunya aku akan kata aku nak tengok syurga kat bawah tapak kaki mak ni. Mana tahu kot-kot nampak. Serius masa tu aku sebak sebenarnya. Cuma aku takkan nak nangis depan mak. Nanti mak langsung tak nak aku buat. Aku tak pernah geli. Aku tak pernah rasa terbeban dengan kerja-kerja yang aku rasa kalau aku buat untuk orang lain memang aku geli. Alhamdulilah kaki mak dah baik walaupun kadang-kadang bekas sakitnya tu masih terasa lagi.
Untuk arwah mak mertua, Al-Fatiha untuknya. Belum puas rasanya bermesra merasa kasih sayang seorang mertua. Bila terkenangkan arwah, rasa belas terhadap suami yang amat sangat. Dugaan apakah yang Tuhan mahu kami redah dengan pemergian arwah sewaktu 2 minggu lagi tarikh pernikahan kami. Oh Tuhan. Hanya Engkau yang maha tahu. Arwah mahu majlis diteruskan juga walau pun arwah dalam keadaan nazak masa tu. Walau keluar air mata darah sekali pun majlis pernikahan kami takkan dapat menghidupkan nya kembali. Majlis pernikahan yang penuh dengan tangisan. Bukan kerana tangisan kegembiraan. Tapi tangisan yang manyayat hati kerana arwah pergi di saat-saat kegembiraan aku baru hendak menjelma. Dan sempena hari ibu ini, aku mengajak suami menziarahi kubur arwah supaya suami tak rasa aku patut menyuruhnya melupakan kenangan mereka. Sunggu demi Allah aku akan menangis bila aku teringat yang suami terlalu sayangkan maknya. Terlalu sanjung maknya sampaikan aku tidak dipedulikan sangat walaupun waktu itu adalah sepatutnya dia bergembira mendapat isteri. Tapi tidak suami ku. Fikirannya masih melayang. Masih sedih. Aku redha kerana aku juga mempunyai ibu. Alhamdulilah sekarang suami dah mula sedar yang ibunya takkan kembali. Hanya kenangan dan doa sahaja yang mendekatkan kami.
Kenyataannya mampu kah kita membayar segala pengorbanan yang ibu kita lakukan untuk kita. Mampu kah kita membayar nyawa dan darah sewaktu ibu bertarung sakit melahirkan kita. Mampu kah kita??? Untuk julung-julung kalinya, tahun ni aku menerima ucapan hari ibu. Dan yang paling aku terharu suami yang mengucapkannya untuk aku. Terima kasih abang. Semoga anak yang sayang kandungkan ni mendapat keberkatan Tuhan. Menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga anak kita mampu menjaga kita dunia akhirat. Amin….
May 15, 2009
Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment