LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 11, 2010

Karnival Barangan Metrojaya & Elektrik & Perabot

Lepas balik berkhelah, tengok drift, tengok rumah, lalu depan MITC macam ada benda best. Terus laju cakap kat suami nak singgah. Mahu tak nak singgah. Ada karnival jualan barangan elektrik dengan perabot. Beli tu idak le. Tapi saja nak cuci mata. Kata nya perempuan tulen bang.




Masa tengok barang elektrik tu. Ya Allah, Tuhan je la yang tahu macam mana naluri keperempuanan saya ni. Dah hampir tergrab vacum. Tapi hati kata, eh ni brand elektrlux la. Saya tak pernah pakai. Pun saya tak pernah tengok testimoni orang. So, cakap kat suami kita cari brand lain. Nasib nasib nasib memang tak de. Memang nasib baik!!! Lepas tu terpandang kamera digital gila murah RM299 10mp. Saya punya yang lama makan bateri lah. Ni tak payah. Charge je. Ha nampak kan aku ni ketinggalan zaman. Nasib baik jugak kepala otak waras lagi. Syaittttoonn je semua tu kan. Hahahaha.




Lepas tu nak gerak balik kan, suami kata, sayang...kat sebelah pun ada lah jual murah-murah. Sayang tunggu sini kejap. Abang pergi usha ada jual apa. Suami patah balik. Sayang, kat sana tu jual baju-baju dengan beg-beg lah. Terus bini nya laju ke tempat tu. Nak tengok lah bang. Nak beli jugak barang. Tak kira!!! Tadi tak dapat beli vacum. Tak dapat beli kamera!!! 



Hand beg memang murah. Brand yang ada antaranya Sembonia, Swiss Polo lain-lain tak ingat. Tapi ada 1 brand ni material memang best. Design pun cantik. Dah hampir grab jugak. Sebab best. Tapi kepala otak waras kok. Buat tak nampak je la beg tu. Maybe next time boleh kumpul duit beli. Sebabnya after less pun dah 200+++. Huhuhu... Tu yang buat tak nampak je. Buat masa sekarang ni tak mampu lor. Hujung tahun ramai orang kahwin nak bagi hadiah. Tak gitu Cik Filah dan En. Ajak.



Ni frame gambar sangat best dan cantik. Boleh letak 4 keping saiz 4R kot secara melintang kat dinding. Material dia macam kayu. Murah ok. 17 hengget. Nanti kat rumah baru boleh nak berhias. Now simpan dulu dalam stor.



Ok yang ni memang mengarut. Beli scrub jenama Terra Ayu. Tak pernah dengar ok. Hahaha. Tapi gatal. Siap minta test kat tangan. Paling kelakar ada satu lelaki tu buat muka pelik masa promoter ni test kat tangan saya. Dia siap tanya, apa benda tu. Hahaha. Saya jawab lah scrub bang. Nak tanggalkan daki kat badan. Banyak daki badan saya ni. Tiba-tiba terfikir, laki aku tahu ke benda ni. Dia tak tanya aku pun menatang apa ni. Hahahaha. Harga nya 1-RM22. Beli dua free 1. So total RM44. So far buat masa ni saya dah try black coffe dengan green tea. Papaya belum. Green tea best. Lepas pakai tak payah sabun badan. Bau dia bukan main lama lagi. Wangi gila. Coffe pulak saya biasa amik kat spa. Cuma yang ni kan bau dia terasa macam, eh takut semut hurung la. Ha macam tu la feel dia. Papaya belum lagi. Hujung minggu ni lah kalau sempat.




Yang ni ala-ala mengarut yang lite-lite je. Hahahaha... Hand beg sambonia yang suami kasi hadiah besday dah menggerutu. Hmmm saya adalah pengguna hand beg yang fail. Semua hand beg saya termasuk beg hantaran akan menggerutu dalam tempoh tidak sampai setahun. So, kali ni saya kata, tak nak lah beli yang jenama mahal sangat. Sama je. Aku ni lasak semacam. So grab jenama ni. Tak pernah dengar sangat. Ke aku yang jakun. GF. Tapi sampai sekarang malas nak tahu apa makna GF. Girl Friend kot. CR tahu lah. Tu harga dia lepas less. RM86.70. Murah-murah je. Pakai sampai habis.




Barangan ni semua adalah hasil jualan karnival Metrojaya. Manusia, nauzubilla punya ramai. Masa ada jualan happy hour untuk handbeg, saya ada gak join. Tapi tak boleh belah. Orang dah tak tahu adab sopan. Semuanya berebut. Biasa lah kan. So, saya tak nak sebab nak pilih tak tenang. Dan thanks ye abang sebab sabar sangat-sangat layan Rayyan Adam masa sayang pilih-pilih handbeg. Rayyan Adam masa ni balik je terus terbongkang tidur. Kesian anak mama penat ye. 

No comments: