Setelah penat berpacaran di Pantai Pengkalan Balak, kami pulang. Setiba di depan Stadium Hang Jebat seperti ada yang tak kena. Tengok-tengok tajuk kat baner = DRIFT. Dengan lajunya suami membelok stereng kereta. Lantas di depan pintu masuk kena bayar 10 hengget. Mujur itu charge untuk 1 kereta. Kalau 1 kepala pun tak apa.
Terkesima seketika melihat pelumba wanita. Caya lah!!! Terasa ingin jadi sepertinya. Hahahaha... Suami gelak sakan bila saya kata begitu. Bawa manual pun fail. Ada hati nak berdrift.
Cuaca agak gerimis mengundang kala ini. So, tak dapat menonton sepuasnya kata suami sebab memikirkan anak yang mula resah gelisah. Kami tidak menonton sehingga habis. Kembali pulang dan menyambung acara percutian di hujung minggu selepas itu.
Kemudian kami saja meround di rumah yang kami beli. Hmmm hati berbunga-bunga ye melihat peratusan kesiapan rumah. Adalah dalam 80%. Masa kami setel urusan hari tu, bumbung pun tak de lagi. Now, tengok dah ada bentuk rumah idaman, rasa tak sabar nak pindah tahun depan.

No comments:
Post a Comment