LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 11, 2012

Merempit Di Melaka



Alhamdulilah sudah masuk minggu kedua saya tinggal di Melaka sepenuh nya. Dalam masa yang sama sudah masuk minggu kedua juga saya menjadi isteri dan mama sepenuh nya buat kedua-dua jejaka di atas.


Apa pun sangat best tinggal begini walau pun penat. Paling best bilamana kitorg start merempit bertiga. Merempit merempit jugak. Keselamatan harus lah dijaga bukan?


Pokok nya kami laki bini telah meninjau beberapa kedai untuk mencari helmet buat si kecik tersebut. 


Dan sekarang, kalau nak ke mana-mana yang tidak memerlukan kami berkereta, motor pun dah memadai.

Jun 9, 2012

First Big Project



My first big project. Order daripada my best freind masa kat KUSTEM dulu. Rakan serumah dan rakan sekelas. 


Apam 1000 pcs untuk di pack ke dalam shushi box 500 pack. Punya lah bersilat mengadun 1000 pcs ni dalam masa sehari semalam


Tq Lieen sebab support bisnes aku. Luv u la!!!! Kata hari tu jumpa nak cium aku. Tapi kau cium anak aku je eh




Apa pun Selamat Pengantin Baru ye Puan Hazleen. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa. Maaf sebab tak dapat nak pergi Kelantan majlis kau sebab dalam masa sama anak sedara laki aku pun kahwin jugak. Musim cuti sekolah ni memang biasa la ramai jemputan.


Senang-senang kita dating lagi eh. Luv u!!!

Jun 8, 2012

Simple Cup Cake Decoration

Ampun kan saya penunggu gua. Saya budak baru belajar. Dan saya ada banyak benda lagi mahu belajar. 


Sekarang sedang berjinak-jinak ilmu cup cake pulak. Dan ini order daripada anak saudara suami yang mana lebih tua dari saya. Huhuhuhu.


Simple cup cakes with butter cream yang sedap. 


Harga for 1 pc RM2.50 saiz M . Min order 50 pcs. Harga ni hanya untuk doorgift sahaja.. Berminat? Sila hubungi saya asfaliza 012-7331499. Tapi hanya di sekitar Melaka sahaja


Saya jamin butter cream ni sedap. Tidak terlalu manis. Tidak terlalu pahit. Dan sangat soft je texture nya. Percaya la. Huhuhuhu!!!







Blue theme

Jun 7, 2012

Besday Incik Suami Yang Ke-31

Masa besday suami yang ke 31 tempoh hari, pada hari kejadian saya adalah membizi disebabkan hari itu juga hari last saya bekerja di Key El.


Maka nya persiapan sambutan hanya tempahan kek dari orang yang sama dengan kek besday saya hari tu iaitu Rini aka x-opismate sedih!!! Nama kek ialah Tiramisu. Sodap den kata. Cayo tak?


Tempahan kek adalah rahsia. Bila namanya rahsia, kek kena la disorokkan. Bila kek disorok di tempat yang tak sepatutnya, semut telah memecah belah kan ramuan sebenar kek tersebut. Mak sentap nak!!!!






Kek Tiramisu nama diberi



Kek bersama aksesori



Ditambah dengan the mask of zorro. Belen masa besday tuan blog hari tu



Ni la besday boy nya. Si boy kecik yang lorat membuat peace



Si boy kecik turut meniup lilin


Ye!!! Potong kek. Makan time!!!



Perasan tak si kecik tu pakai baju yang sama masa sambut besday saya hari tu. Budak ni dah kemaruk pakai baju boboiboy je. Pantang nampak, nak tu je. Kalau kotor pun nak pakai gak. Terpaksa lah sorok-sorok sikit kalau kotor.




Tapi di mana kah saya? Hahahha!!! Tuan blog adalah cekci mekci. Maleh la nak tukar baju. Mak pun ada masa ni. So tiada adegan ciomolot anak beranak pada hari tersebut. Hanya adegan suap menyuap sahaja.



Apa pun happy besday abang!!! Peluk cium dari sayang and Rayyan Adam. We luv so much n much n much!!! Muah muah muah!!! Ganda 23!!!

May 31, 2012

31.05.2012- Last Day

Hmmm.. macam mana nak mula ek. Saya sedih ni. Tapi saya kena terus kan jugak hidup demi kepentingan family saya...


Ok hari ni last day saya di Microcorp Technology Sdn. Bhd. Ya ini la tempat pertama selepas saya graduate saya mencari rezeki. Alhamdulilah.


Di sini saya mampu membeli sebuah kereta terpakai. Dan alhamdulilah juga di sini saya juga mampu membeli sebuah rumah baru atas nama saya sendiri. 


4 tahun 6 bulan satu jangka masa yang banyak mengajar saya tentang macam-macam kehidupan. Segala nya di sini. Daripada saya bujang hingga la saya mempunyai seorang anak bujang berusia 3 tahun. 


Saya sedih. Tapi tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ini. Saya sangat sayang dengan kawan-kawan di sini. Saya dah rasa macam adik beradik. Susah senang bersama. Memang la masing-masing tak boleh nak selesai kan masalah kita. Tapi atleast saya boleh berkongsi tentang sesuatu rasa.


Nanti bila di tempat baru belum tentu lagi kita boleh bina persahabatan yang macam ni. Belum tentu lagi orang boleh terima saya seadanya seperti di sini.


Hmmm.... esok lusa atau mungkin sekejap lagi saya akan mula merindui saat-saat bersama kamu. Aina, Hany, Kak Dolly, Marlia, Rini, Kak Azie, Nadia, Fatiha, Dayah, Filah, Niza..... Korang!!!!!!!


Pagi mesti kita beli breakfast kat Shaz. Kalau bosan kita pergi Toyibba. Makan tengah hari kalau belum gaji kita tapau je kat Shaz. Kalau hari gaji mesti kita melawat Jusco Equine or Giant. Dua-dua tempat ni kita rotate setiap masa sampai hujung bulan menjelma. Macam tu la hari demi hari dan bulan berganti bulan.


Dan akhir kata sebab kata-kata lain dah tak boleh terucap ni. Serius aku minta maaf kalau ada apa-apa yang buat korang terasa. Mulut aku selalu je kan lepas cakap. Dan kalau ada apa-apa hutang yang aku terlupa sila bagi tahu. Ni yang terlupa je tau. Mana yang aku ingat aku gaji nanti aku bayar. Wakakakka!!!!


Selamat tinggal kawan-kawan....Datang ke Melaka jangan lupa roger hokey!!! Ada rezeki boleh la aku main masak-masak dengan korang lagi.




Suami - 31

Hari ini hari 31. Memandang kan hari 31 haribulan, makanya hari ini suami saya telah berusia 31 tahun. Beliau adalah tua 3 tahun dari saya. Maka nya juga hari ni beliau semakin tua.


Dan selamat hari jadi abang. Semoga abang dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa dan dilindungi Allah swt. Semoga juga abang menjadi semakin best dan best dan best sebagai suami sayang dan ayah kepada anak-anak kita insyallah.


Tahun ni punya hadiah of cos la sangat bermakna buat abang kan. Hari ni last day sayang kerja kat KL. Esok dah bermula episod baru cerita keluarga kita. Hope kita semua akan bahagia hingga hujung nyawa. Amin....


So, dengan rasminya sayang dah kerja kat Melaka, bermakna ini lah juga hadiah untuk hari jadi abang tahun ni. selamat duit aku tak payah beli hadiah lain.


HAPPY BIRTHDAY ABANG. Love from sayang and Rayyan Adam. Muah muah muah!!!



May 25, 2012

Alhamdulilah

Alhamdulilah...
Alhamdulilah...
Alhamdulilah...

Allahuakhbar!!! Sesungguhnya segala yang berlaku adalah rahsia Tuhan Yang Maha Besar


Setelah sekian lama menunggu, menanti, mencuba, berusaha, berdoa, bertawakal, bagai benar janji Tuhan. Saya telah dapat kerja di Melaka. 


Akhirnya saya sudah boleh tersenyum lebar.
Akhirnya saya sudah boleh bernafas lega
Akhirnya malam-malam saya dalam dakapan suami
Akhirnya Rayyan Adam membesar di depan mata


Tulisan ini ternyata tidak boleh menggambarkan perasaan sebenar saya. Yup memang saya gembira. Cuma tidak la sampai terlompat kegirangan. Entah. Tak tahu macam mana nak describe.


Bayangkan sejak daripada saya menulis di blog ini, betapa banyak nya saya merintih tentang keadaan saya yang duduk berjauhan dengan suami dan anak.


Betapa saya cemburu dengan insan lain yangsetiap detik kehidupan mereka berada di hadapan yang tersayang.


Sepanjang saya mengadung Rayyan Adam, berapa kali je yang suami saya teman kan. Selain daripada itu saya bersendirian. Memerhati para isteri yang sedang sarat ditemani suami tercinta. Saya cemburu melihat jari jemari mereka bertautan. 


Sedangkan saya???? Ya saya cemburu. 


Saat sakit pening asya pula. Sepanjang 9 bulan Rayyan Adam dalam kandungan, saya memang mengalami muntah-muntah yang tidak berakhir. Hanya kawan-kawan serumah yang ada untuk menemankan saya ke klinik. 


Selepas kelahiran Rayyan Adam pula saya terpaksa berjauhan dengan bayi yang telah menemani saya sepanjang 9 bulan dalam kandungan. Luluh nya hati seorang mama melihat mama orang lain dapat mengulit anak kecik nya setiap hari.


Ini juga saya cemburu. 


Pendek kata, saya selalu membahagikan perasaan rindu saya terhadap suami dan anak. Kalau saya rindu suami pasti saya akan menangis. Dan kalau saya rindu Rayyan Adam saya juga akan menangis. Jadi, siapakah yang saya harus rindu dulu. Saya kalah dengan perasaan rindu.


Saya sangka dengan situasi saya yang terlalu merintih di sini, semua orang akan bersimpati. Tetapi sangkaan saya salah. Rupanya ada juga yang bersangka buruk terhadap tindakan saya yang sanggup bekerja jauh dan meninggalkan keluarga tanpa mereka tahu apakah tanggungjawab yang saya lakukan.


Saya menangis lagi mengenangkan hasad dengki manusia. Dikatanya saya mama yang tidak bertanggungjawab. 


Tapi bila difikir-fikir semula, untuk apa aku menangis dengan ayat-ayat negatif engkau. Bukan lebih baik aku mengahappykan diri aku dan suami serta Rayyan Adam.


Now, engkau nak kata apa lagi bila aku dah duduk sebumbung dengan keluarga kecik aku.



******************


Dan kepada kamu dan kamu dan kamu juga, terima kasih terhadap doa-doa kalian untuk saya sekeluarga. Pastinya doa saya juga menyusul untuk kebahagian kalian. Sesungguhnya kita semua layak untuk memiliki kebahagian tidak kira walau macam mana juga cara nya. Walau pun duduk berjauhan begini, percaya lah yang kami sangat-sangat bahagia.


Tapi bohong la tidak bergaduh. Mahu tak bergaduh. Menangis jangan cakap lah. Tertekan jugak jadi mainan setiap hari. 


Tapi kebanyakan hari, sabar adalah ubat paling mujarab. Percaya akan hikmah yang Tuhan akan jelaskan, pasti anda tidak kecundang.


Harapan nya semoga kasih sayang ini akan terus bersemi hingga akhir hayat kami semua. Aminnn

******************



Abang, Rayyan Adam anak mama.... Sekarang rezeki kita sudah sampai. Sekarang doa kita telah diterima. 4 tahun kita mencuba bersama. 4 tahun kita menanggung bersama. 


Sebelum ni saya selalu memotivasikan diri mengingatkan yang insan lain jauh lebih lama tempoh masa hidup berjauhan dengan pasangan dan keluarga mereka. Malah ada yang mencecah 10 tahun. Semua tu membuatkan saya sedar yang saya tak keseorangan berhadapan dengan situasi ini. Perasaan kami sama.


Insyallah lepas ni akan diteruskan usaha untuk ke arah ahli yang ke 4 pulak. Semoga segalanya dipermudahkan. Janji Tuhan itu pasti. Sabar sahaja pengubat segala duka.  


Sujud syukur ku pada Mu Ya Rabb. Dan yang pasti saya ada satu nazar untuk ditunaikan. Insyallah tungulah rezeki yang bakal dikongsikan sikit atau banyak. Insyallah (saya menulis tentang nazar di sini supaya saya tidak terlupa dengan kelapaan kegembiraan yang Tuhan telah kurniakan buat kami sekeluarga)



ALHAMDULILAH!!!!