LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 22, 2013

Jemput-Jemput



Perangai Abang Long nampak gaya nya sudah ikut jejak langkah mama masa kecik-kecik.


Ye saya kecik-kecik dulu kalau mak goreng jemput-jemput mesti keluarkan bawang ngan ikan bilis tu. Tak suka. 


Tapi kalau mak buat yang kosong pun tak suka jugak. Maybe tak rasa sangat harumannya kot kalau kosong je.


Start pandai makan segala khazanah dalam jemput-jemput tu masa dah sekolah menengah kot. Sampai la sekarangggg....


Ni anak bujang pun dah mula ikut. Sumpah tak ajar. Dia pandai sendiri keluarkan segala mak nenek yang ada dalam jemput-jemput tu.


Style family saya memang buat jemput-jemput wajib letak dua benda ni. Ikan bilis ngan bawang. Nak nak makan dengan teh o panas. Mantop!!!!   


Jan 21, 2013

Sentuhan Kecundang




Sentuhan kecundang. Hasil kreatif Rayyan Adam. Suruh tulis kat buku tak nak. Kat dinding jugak yang dia tenyeh!!!!

Gosok Baju Sekolah



Perkara paling malas di dunia yang saya tak suka buat ialah gosok baju sekolah. Eh bukan takat baju sekolah je la. Segala mak nenek baju pun malas nak gosok. Kalau boleh dulu pergi kerja nak pakai T-Shirt je. Apa kan daya. Kalau nak dapat surat dari HR sila la pakai. Huhuhu.


Sebenarnya tak terjangkau pun dek akal bila ada anak sekolah ni aku jugak yang kena gosok baju sekolah anak. Ha amekkkaw. Malas tak malas kena jugak gosok kan. 


Nak nak baju tu baju kemeja. Ha lagi la membenci nak kasik licin. 


Ini dah kira untung tau baju laki nak pergi kerja tak payah gosok. Kerja kilang katanya. Laki kita bukan bos bos pun nak pakai kemeja bagai.


So memang setiap malam bercinta la mama nya ni nak gosok baju sekolah anak. Nasib la baju kau kecik nak. Cepat siap. Sapsasoi dah hilang kedut-kedut.


Ni start dia naik darjah 2 ke 3 ke dah kena train gosok baju sekolah sendiri. Nasib la kan dapat mak pemalas.    

Jan 18, 2013

Kurang Ajar

Seseorang itu sangat kurang ajar bila tak faham akan maksud KAUNTER EKSPRESS UNTUK 10 ITEM KE BAWAH.


Iols laki bini memang akan berkunjung ke Mydin Mall Ayer Keroh sekurang-kurang nya 2 kali sebulan. Ibarat macam pasar borong kami la. Segala mak nenek barang dapur termasuk ikan ayam sayur mayur semua memborong di sini.


Barang murah mampu beli, segar dan memang kebanyakan penduduk berdekatan pun memborong di sini.


Maknanya disebabkan orang yang terlampau ramai berpusu-pusu di sini, Mydin wujudkan beberapa kaunter ekspress untuK 10 ITEM KE BAWAH.


Perkara kurang ajar terjadi ketika kami beratur di kaunter ini secara sah (sah sebab barang kami memang tidak melebihi 10)

  • Manusia ni, barang nya lebih dari 10 barang. Kadang-kadang ada yang sorang. Kadang-kadang lebih dari sorg tapi secara berkelompok (laki bini). Membayar di kaunter ekspress ini. Asingkan barang-barang yang banyak tadi sehingga cashier mengira 3 kali (3 resit). Ye la sebab nak jadi kan bawah 10 setiap pembayaran.
    • Ekspress dah ke nama nya kalau dah untuk 1 pelanggan mengambil masa seperti kita memborong untuk 1-2 bulan punya stok. 


  • Tang yang ni memang tahap tak reti membaca langsung. Sah-sah barang memang lebih dari 10. Lebih banyak pulak tu. Selamba badak bayar di kaunter ekspress tersebut. Sangat kurang ajar sebab bila dia sedar dia beratur di tempat yang salah, dia sikit pun tak de rasa bersalah kepada mereka yang sedang berderet-deret beratur di belakang ni!!!!
    • Ni lebih kurang sama dengan kes di atas la. Cumanya tahap tak faham bahasa tu boleh la kasi jugak kat cashier yang menerima pembayar tersebut.


Saya sangat suka dan happy bila ada cashier yang tegas halau pelanggan yang tak faham atau pun tak perasan perkataan KAUNTER EKSPRESS UNTUK 10 ITEM KE BAWAH.       

Jan 17, 2013

Pertandingan Tarian Naga & Akrobatik

Sementara ada mood nak update blog dan sementara mood yang ada ni rajin. Sebelum cerita ni berlalu pergi baik update cepat-cepat.


Asalnya hari Ahad hari tu Pak Buyong nak bawak Mak Buyong melunaskan keinginan tekak. So jalan-jalan cari makan la kita sekeluarga. Malangnya semua tempat yang dituju tutup pulak. Memang betul-betul makan hati je masa ni. Baby dalam perut pun tiba-tiba mengeras semacam. Pandai merajuk tau.


Jalan-jalan sampai la tempat yang tak terplan pun. Ok la. Tapi dengan syarat lain kali kena jugak pergi tempat makan yang baby nak makan tu (sekarang ni semua alasan baby yang nak makan)


Tup-tup nampak banner Pertandingan Tarian Naga & Akrobatik. Dengan pantasnya masuk parking kat Mahkota Prade tu. Bneda tak dirancang katanya. Masing-masing 3 beranak memang dalam keadaan serabai je. Kalau tahu nak masuk MP, kena la pakai grand-grand. Kata nya orang kampung. Hahahhaha!!!


Best jugak la tengok budak-budak Cina ni melompat sana sini. Penonton sah la ramai Cina. Eh Melayu pun ramai jugak tau. Ye la benda bukan senang kita nak tengok free-free je kan.


Paling kelakar masa sesi nak kenal kan pengadil. Dia pasang pulak lagu ala-ala cerita Stepen Chow (betul ke eja ni. suka hati je la kan). Gila laki bini berdekah ketawa. Tapi dalam keadaan terkawal sebab takut kang orang Cina ingat weols dok ejek adat diorg. 


Dah la pengacara cakap Cina sepatah haram tak faham. Bila dia cakap BI pun tak clear sangat. Lepas tu cakap Melayu tanpa skrip, memang sumpah pecah berderai perut laki bini sekali lagi.    
   





Sementara nak tunggu set diorg siap. Pergi cuci mata dulu. Sekali terjumpa la benda yang saya idam-idam kan masa mengandung ni. Bukan barang makan tau. Tapi sejenis barang. Huhuhu. Pun bukan barang baby. Tapi barang untuk Rayyan Adam.


Ni dah tahu kat mana ada jual senang la nak tuju lepas ni. Tinggal kumpul duit je la. Huhuhu. Barang yang mama idam kena la kumpul pakai duit sendiri. Tak tergamak nak minta kat ayah sangat walaupun ayah ok je.


Jan 16, 2013

Channel 613 - Disney Junior

Memandangkan anak dah pun pandai memilih siaran pilihan. Mak bapak dah takde pilihan selain dari mengikut je rentak anak tercinta. Huh!!!!



Malam dan hari cuti ialah hari karton sedunia. Mak bapak dah hafal wei semua karton yang ada kat tv tu. Paling feberet channel 613 Disney Junior. Lain-lain Rayyan Adam kurang minat sangat.






Setakat ni kira ampun lagi dia tak reti nak tekan remote tu sendiri. Karang kalau dah pandai memang tak de can la.


Bukan setakat karton je weols hapal. Dengan lagu-lagu tu semua pun kitorg join nyanyi.


Ini wajib. Dia sebut KIMOSH. Comel kan sebutannya. Segala mak nenek joget mikey mouse ni dia pandai
   



Karton Jake ni bagus. Ajar budak-budak mengira. Time dia pusing-pusing kat kotak harta karun tu, Rayyan Adam pun akan amik bantal ke apa ke ikut pusing-pusing macam Jake dengan kawan-kawan dia buat





Ni cerita doktor-doktor. Nampak macam perempuan je kan tengok cerita ni. Tapi tak kisah la nak. Bukan cerita fesyen-fesyen pun. Ha tengok la




Yang ni pulak paling feberet. Kitorg pun suka jugak tengok. Sebab comel dengar kambing dengan kawan-kawan dia bercakap. Bukan cakap pun. Macam silent karton pun ye jugak


Gaspard and Lisa. Lagu dia senang hafal tau



Dannnnn banyakkkkk lagi karton lain. Larat tak larat je nak hafal. Esok belajar tak pandai siap kau aku sesah. Jangan nak hafal tv je!!!

Free Pampers

Free pampers ye... Mula-mula nak bagi tahu, saya ni tak reti nak sebut diaper. Maklum lah orang kampung. Jarang la orang kampung sebut diaper. Pampers tu memang mainan di bibir je. Biar la pampers tu jenama ke apa ke. Pampers tetap pampers walau apa jenama sekali pun. Huh!!! :)



Ok sekarang ni Rayyan Adam telah pun 70% free pampers sepenuhnya. Idok la 100% lagi. Mak bapaknya belum lagi percaya pada diri sendiri.



Mana hilangnya 30% lagi. 10% time tidur. 10% time jalan. 10% time sakit pening dia ke apa ke kan. Ye la. Kalau tengah demam kan mood tak tenteram sangat. Kang terlepas, kita jugak yang susah.



Sebenarnya tak de tips pun. Rayyan Adam kan dah school. So, teachers yang banyak bantu we all laki bini. Ikutkan memang saya dan suami tak pandai. Terus terang je cakap. 



Mula-mula dulu memang banyakkkkkk kali terlepas sana sini. Asik la kerjanya mengemop lantai. Suara tarzan jangan cerita la. Mak nya ni kan tarzan perempuan (nak sebut betina ganas sangat).



Tapi alhamdulilah. Lama-lama segalanya berjalan lancar. So, memandangkan tak de tips memang tak de la ceramah free di sini. 



3 tahun 4 bulan 70% free pampers. Lambat kan pencapaian ni. Tak kisah la. Janji kita bahagia kan....