LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 17, 2013

Pertandingan Tarian Naga & Akrobatik

Sementara ada mood nak update blog dan sementara mood yang ada ni rajin. Sebelum cerita ni berlalu pergi baik update cepat-cepat.


Asalnya hari Ahad hari tu Pak Buyong nak bawak Mak Buyong melunaskan keinginan tekak. So jalan-jalan cari makan la kita sekeluarga. Malangnya semua tempat yang dituju tutup pulak. Memang betul-betul makan hati je masa ni. Baby dalam perut pun tiba-tiba mengeras semacam. Pandai merajuk tau.


Jalan-jalan sampai la tempat yang tak terplan pun. Ok la. Tapi dengan syarat lain kali kena jugak pergi tempat makan yang baby nak makan tu (sekarang ni semua alasan baby yang nak makan)


Tup-tup nampak banner Pertandingan Tarian Naga & Akrobatik. Dengan pantasnya masuk parking kat Mahkota Prade tu. Bneda tak dirancang katanya. Masing-masing 3 beranak memang dalam keadaan serabai je. Kalau tahu nak masuk MP, kena la pakai grand-grand. Kata nya orang kampung. Hahahhaha!!!


Best jugak la tengok budak-budak Cina ni melompat sana sini. Penonton sah la ramai Cina. Eh Melayu pun ramai jugak tau. Ye la benda bukan senang kita nak tengok free-free je kan.


Paling kelakar masa sesi nak kenal kan pengadil. Dia pasang pulak lagu ala-ala cerita Stepen Chow (betul ke eja ni. suka hati je la kan). Gila laki bini berdekah ketawa. Tapi dalam keadaan terkawal sebab takut kang orang Cina ingat weols dok ejek adat diorg. 


Dah la pengacara cakap Cina sepatah haram tak faham. Bila dia cakap BI pun tak clear sangat. Lepas tu cakap Melayu tanpa skrip, memang sumpah pecah berderai perut laki bini sekali lagi.    
   





Sementara nak tunggu set diorg siap. Pergi cuci mata dulu. Sekali terjumpa la benda yang saya idam-idam kan masa mengandung ni. Bukan barang makan tau. Tapi sejenis barang. Huhuhu. Pun bukan barang baby. Tapi barang untuk Rayyan Adam.


Ni dah tahu kat mana ada jual senang la nak tuju lepas ni. Tinggal kumpul duit je la. Huhuhu. Barang yang mama idam kena la kumpul pakai duit sendiri. Tak tergamak nak minta kat ayah sangat walaupun ayah ok je.


1 comment:

Nens Collection said...

barang ape tu ye..nnt tunjuk2 eh..hehe

bising kan tarian ni..tp sonok bila naga panjat2 tiang..;)