LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 7, 2012

Menu Berbuka Day 14 & 17

Siapa kata saya dah tutup dapur... Masa je tak de nk hupdate. Macam bz sangat je kan. Buat kerja apa la tu....


Ok la nak buat karangan makanan untuk Ramadhan ke 14 (Jumaat) dan 17 (Isnin). 15 and 16 cuti balik kampung kutip duit hasil Felda. Huhuhuhu



Hari jumaat saya telah membuat 2 biji burger daging. 2 biji burger daging speasial. 1 biji burger telur. Benjo orang kata. Untuk si kenit. Pun dia riject jugak makanan yang nama nya burger ni. Bapak nya pulak habis 2 biji. Saya sebiji. Sebiji lagi tong sampah. Tamak kan



Ni pulak makanan pertama yang saya buat and pertama kali makan. Murtabak maggie. Muak kot. Maybe faktor makan dengan mayonis tu kot. Tapi ni lapar-lapar tengok macam sedap je kan



Sahur saya buat ayam masak kicap. Saya kalau masak namanya berkicap mesti letak kulit kayu manis, tumis dengan sos cili and perah limau kasturi. Kalau limau tak de baru letak air asam jawa


Ni menu untuk moreh pulak. Suami request kek batik nak sama corak batiknya macam kat Bazar Ramadhan. Alkisahnya saya tak pernah berjaya membuat kek batik yang sempurna. Kali ni berkat Ramadhan kot. Tu yang jadi. Eh kat Bazar Ramadhan mahal wei. 1 potong singgit. Ini beringit-ringgit boleh makan tau

2 comments:

Alin Marlini said...

mengancam betul bege tu..hehe

Myra Jay said...

Sedapnya..
Nak buat la Kek batik untuk Raya nanti :D