LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 8, 2012

08/08/12 - 4th Anniversary



Bismilahirahmanirahim... 08/08/8 saat itu ikatan cinta kita bersemi dengan sekali lafaz sayang menjadi milik abang....
 

Alhamdulilah telah masuk tahun ke 4 usia perkahwinan kami hari ini. Apa pun doa kan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Sayang ketat-ketat suamiku and our lovely son Rayyan Adam.


Apa pun usia perkahwinan kita masih mentah lagi. Banyak lagi  yang kita perlu belajar. Banyak lagi yang kita perlu saling mengenali perangai masing-masing. Hari demi hari kita makin rapat, makin sayang, makin belajar. 


Semoga tiada persengketaan yang berliku yang perlu kita lalui. Semoga kita tenang hingga sampai ke sana kelak. 


Terima kasih kerana abang sabar dengan karenah sayang selama kita bersama. Terima kasih kerana abang sudi untuk terima apa jua keburukan sayang. Apa pun sayang akan cuba yang terbaik untuk keluarga kita.


Daripada malas bangun sahur, sayang cuba gagah kan mata sediakan juadah untuk abang. Daripada malas mengemas, sayang cuba jugak supaya rumah kita tak berhabuk. Daripada malas masak, sayang cuba jugak walaupun berlaukkan telur goreng. Pendek kata... Perkahwinan kita telah merubah sayang ke arah lebih positif.


Alhamdulilah...

7 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

Selamat ulangtahun my fren!. Semoga terus kekal bahagia bersama asben tercinta..

Ardini Humaira said...

happy anniversary!

Mamamya said...

hepi anniversary..semoga kekal hingga ke syurga... :)

Wanabe PJ said...

fewwiiitt!!

Nens Collection said...

epi aniberseri..

sori lama x jenguk sini..ilang mood bblog jap..huhu

SiTi said...

eppy aniberseri yer.... moga ikatan yg di bina ni bertambah erat & kekal selamanya...

Myra Jay said...

Happy Anniversary, moga bahagia hingga ke syurga ;)