LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 2, 2012

Day 12 @ Bazar Ramadhan Bukit Baru

Kemalasan telah melanda dalam diri tukang masak. Kalau angin malas dah sampai, memang tak jadi apa la rumah tu.


Otak pun dah tepu nak masak apa. Lantas mengajak suami membeli belah di bazar ramadhan sahaja. Maka, hari ke 12 Ramadhan 100% makanan diimport dari Bazar Ramadhan Bukit Baru.


Alhamdulilah semua makanan yang kami beli tidak mengecewakan. Beli pun berpada-pada. Usia pun semakin tua kan. Tak de la kami mengikut nafsu sangat.






Apa yang dibeli? 


Mee goreng tu of course la suami punya sebab dia buka tak makan nasi. 


Nasi beriani tu saya punya. Punya lah nikmat berbuka dengan nasi. Dah la laki buka tak makan nasi. Masa untuk memasak petang pun terhad. Memang tak sempat nak siapkan nasi dan lauk untuk diri sendiri. Tangan ada dua je. Tak terkejar nak buat banyak menu dalam satu masa.


Ayam percik buat kami laki bini. Part saya, saya makan waktu sahur. Malam tadi memang keletihan yang amat. Pakkal je tunggu laki balik terawih. Kalau tak memang dah pengsan masuk bilik. Si kecik tu apa hal siapa pulak nak tunggu dia main.


Dan murtabak buat suami jugak. Dia mentong murtabak lepas terawih.


Air katira pun beli jugak tau. Nampak nau pemalas sampai air pun beli. Tak sedap. Sedap lagi kalau beli kat Johor.


Oh si kecik ingat nak bagi murtabak tu. Sekali dia riject la. Semalam makan kerang rebus pun dia riject jugak. Memilih tau budak ni.


Sahur pulak saya hanya masak lauk sardin sahaja... Ini lah kisah hari malas sedunia

3 comments:

fazitaismail said...

ok dah lauk2 tu..
sesekali kena jgak manjakan diri dgan sifat alfemalas kan..haha

Sherwieyna Muzzawer said...

sardin pun oklah sedapppp!

Lady D'yot said...

air katira kat johor mmg terbaekk