LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 3, 2012

Sambungan Dejavu Di Kinabalu - Sikuel

Wah ramai betul blog para wanita emo dengan ending Dejavu Di Kinabalu semalam tu kan. Mahu tak emo. Ramai perempuan kat luar nun pilih Ammar tup-tup yang menang Bazli. Macam cilakak!!!


Tapi nak buat macam mana. Dah memang Bazli tu tunang dia. Amar tu dah dikira perampas je kan dalam cite ni. 


Lepas tu ada kawan saya soot mesej cakap, aku tak faham la ending nya yang kat airport tu. Dasar soot.


Meh sini pengarah nak explain...


Kompom-kompom cite ni ada sambungan. Sikuel orang kata. Sebab nya cite ni mendapat sambutan yang mengggalakkan dari penonton and prodesur boleh buat duit kalau disambungkan lagi cerita ni. 


Sebab tu ending kali ni Nadhira kawen dengan Bazli bukan Amar. Pengarah nak tambah konflik lagi pada musim kedua. Bilamana walaupun Nadhira telah mendapat jantung yang lain untuk kali kedua. Tapi jantungnya tetap berdegup bila berjumpa dengan Amar.


So bila perasaan tu masih ada walaupun dah pakai jantung lain, itu maknanya cinta diorg memang sejati. Cinta agung la konon.... Maka bermula la konflik di sini di mana halangan utama Nadhira ialah isteri orang waktu ni.


Lepas tu akan pung pang lagi la di mana-mana blog, cerita ni dah mula merepek sebab bini orang cintakan lelaki lain. Ha esok keluar la tazkirah betapa berdosa besar nya seorang isteri curang kepada suami nya.


Tak caya tengok la nanti....


Dan ending untuk musaim kedua Bazli pulak yang mati. Maka termatri la cinta Nadhira dan Amar sebab penghalang utama si Bazli dah mati. Watamat...



1 comment:

Nazz@Purple said...

kat fb kwn naz pun dok cite cam tu..rata2 ramai dh jadi penulis skip ni..hehehe..