LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 1, 2012

Day 11

Hari ke 11 berpuasa saya tetiba macam merajin nak siapkan lebih dari 1 menu dalam 1 malam. Maklum lah. Sudah 8 hari bercuti. Esok nak puasa berkobar-kobar pulak menyiapkan juadah.



Menu berbuka saya sediakan mee hoon sup. Again no nasi. Simple tapi kenyang



Sambal kicap. Makanan ruji rakyat jelata negeri Johor. Sangat sesuai dan wajib ada untuk mee hoon sup



Disertakan dengan air cincau. Pastinya bukan Yoes


Kerang rebus. Mentong orang jawa kata. Iaitu makan sekali lagi selepas beberapa jam makan makanan yang berat. Itu namanya mentong bukan ting tong. Dimakan selepas suami pulang dari terawih


Begini makannya. Makan cicah sambal kicap adalah lazat berkahsiat

Dan sebelum tidur santapan untuk sahur telah disiapkan pada jam 11 malam. Ikan patin masak lemak cili padi. Eh ikan patin ni saya geli tau nak siangkan. So, apa la guna sang suami kalau kita tak minta tolong buang segala mak nenek taik dalam ikan patin ni. Tapi bau dia pun kuat jugak la. Penat saya gonyoh dengan asam jawa. Ada gak la saki baki bau nya. Tapi still boleh makan kot. Huhuhu




Memandangkan hari ni 1st day berpuasa selepas bercuti, nampak gaya saya keletihan. Saya rasa saya tak mampu nak masak kot hari ni. Dan suami telah berjanji untuk tutup dapur malam ni. Kita membeli belah di bazar ramadhan la gamaknya alasan...padahal memang malas nak masak

1 comment:

Unknown said...

Bulan puasa ni buat mana yang termampu sudah... Agak2 tak larat ke kadai saja...hehhehehe