LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 25, 2012

Mee Goreng Mamak & Ikan Masak Asam Rebus

Sudah masuk hari ke 5 hari ni kita berpuasa. Alhamdulilah sehingga hari ke 4 dikurniakan saya kudrat untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur walaupun letih bekerja. Alhamdulilah 


Dipendekkan cerita, menu berbuka kali ni suami request nak makan Mee Goreng Mamak.


Saya ni orangnya bukan lah pandai masak sangat. Tapi boleh la masak. Cuma tak pandai lagi and mungkin tak sedap pada pandangan rasa orang lain. Suami saya kata, janji boleh masak. Pandai tak pandai lain kali boleh belajar.


Sememangnya sebelum kahwin lagi saya suka masak. Tapi MALAS je lebih....

Mee Goreng Mamak. Sepatutnya lagi garing kan. Tapi saya macam tak berani nak garingkan lagi sebab takut hangit



OMG!!!! Sedap... Orang puasa memang semuanya sedap kan




Petang balik kerja sempat lagi singgah Bazar Ramadhan depan Mydin area uptown tu. Alang-alang skul Rayyan Adam area situ. Malas nak pergi tempat lain. Tujuan memang nak cari kuih-kuih manis nak buat makan-makan malam-malam sikit. Mentong orang jawa kata. Eh sedap la talam keladi ni. Tak berapa manis. Lite lite je rasanya




Dan sahur saya sediakan ikan masak asam rebus bersama nanas. Nanas semalam ada lagi. Saya makan nanas je. Ikannya suami saya yang makan



Biasanya saya akan start memasak untuk sahur dalam pukul 10 malam. Masak ala kadar je. Then pukul 12 malam mesti kena masuk tidur dah sebab pukul 4.30 pagi dah bangun nak panas-panaskan  lauk. Jadi begitulah rutin harian saya sepanjang Ramadhan ni. Insyallah...

4 comments:

fazitaismail said...

perkk kuih talam..memang peberet tu hehe...

Ardini Humaira said...

dni bersahur dengan mi goreng tadi :D

Sherwieyna Muzzawer said...

Semua pun nampak sedap! setiap kali tengok makanan asyik terliur jer..huhhuhu

Ogy Nordin said...

Sedap nampak talam tu... Ni rasa nak buat nih... Ish! napsu-napsu hehehehhe