LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 15, 2011

Pengalaman Lambat Sampai Di LCCT

Hari tu kan decide pergi Kelantan sebab Suzie kawen naik flite Aia Asia. Ramai kawan-kawan dah pesan, mesti sampai LCCT 2 jam awal sebelum bertolak. Sebelum ni pun saya jenis makan ajar jugak. Tak de nya lewat sampai LCCT tu. 2 jam awal dah sampai dah.



Tapi masa pergi Kelantan hari tu, saya kan pergi sorang. So, kalau nak berlengah pun tak pe. Sebab saya sorang je.



Masa tu, abang ipar saya aka abang suami yang tolong hantar ke LCCT. Mula-mula ingat nak parking je kat airport tu. Ye lah. Pergi nya pun sehari je. Tapi ura-ura dengar parking kat air port mahal. Terus tak jadi.



Minta tolong lah abang ipar ni. Rumah dia kat Bangi. Actly, flite saya masa tu pukul 3.50 petang. So, saya gerak dari Melaka pukul 12 tengah hari. Dan-dan lah sampai Bangi pukul 1 lebih kan. 



Sampai sana, biras saya pulak ajak makan. Nakk tolak, orang dah beriya memasak. Makan lah dulu. Tup tap tup tap dah pukul 2. Dalam 2.30 baru gerak dari Bangi ke LCCT.



Saya maintain lagi ok masa ni. Sampai airport pukul 3 petang macam tu. Ni nak naik flite pukul 3.50 ni.



First terus pergi kiosk. Try lah nak print boarding pass. Huhuhu. Dah tahu dah mesti reject punya kan.



Berlari pulak ke kaunter. Mak aiiii. Ramai nau orang. Tegar jugak la ni beratur. Ni dah 15 minit berlalu. Buang masa dah semata-mata nak print boarding pass.



Tup-tup dengar announcement, PENERBANGAN KE KOTA BARU MENAIKI PESAWAT bla bla bla diminta ke kaunter bla bla bla. 



Sah!!! Dah lambat. Terus lah berlari ke kaunter yang dimaksudkan.



Sedang elok nak ke kaunter tu. Ada sorang pakcik ni berseloroh. Patut lah macam muka mek Kelate. Saya pun jawab, eh saya bukan orang Kelantan lah!!!



Dah setel pasal boarding pass, ingat kan dah tak payah terkejar-kejar. Huhuhu. Tengok-tengok kat tempat menunggu tu, macam dah tak ramai orang. Cuak lagi.



Then, steward melambai-lambai. Bila dah sampai kat dia, dia pun roger lah kot kat steward lain. Ada pulak yang sorang ni melambai-lambai saya. Serius. Masa ni saya lari!!!! Lari yang betul-betul punya lari.



Naik lah kapal. Naik kapal ni, semua orang dah duduk ni. Saya pulak termengah-mengah. Ye lah. Cuma beg sandang sebijik tu je. Berat jugak woo. Pasal kat dalam beg ada hadiah pengantin.



Masa nak cari tempat duduk, sorang lagi steward menegur, cik nak cari mana? Saya pun jawab, bla bla bla. 



Terus dia amik beg saya. Then bawak ke tempat duduk. Hensem wooo yang ni. Cair nok. Hahahaha.



Lepas saya duduk, tak lama ada jek yang lain lambat lagi. Masa ni dah lupa nak tengok jam dah pukul berapa. 



Terfikir jugak lah. Agaknya flite ni yang cepat kot. Huhuhu.



Dan pada saya, ini adalah sebagai pengajaran sampai bila-bila. Nasib baik saya sorang. Buat nya mak ikut. Tak ke kesian kat orang tua tu nak berlari dengan kaki yang tak berapa sihat. Dah tu, kalau Rayyan Adam pun ada sekali. Mahu tak mengah mendukung dia sambil berlari. Ada yang aku bergaduh laki bini dalam flite.



Kot ye pun nak ringkas sangat macam mana plan perjalanan saya hari tu, sekali nasib baik tak tertinggal flite. Kalau tak, mahu aku patah balik ke Melaka. Non ado aku nak beli tiket lain. Mesti mahal punya.



Rasional nya. Rancang lah perjalanan anda ye. 

2 comments:

Anonymous said...

wah gitu yek , almaklum le zxpenah naik flight .. ngeri je bile bab lambat2 ni

Unknown said...

zura : huhuhu. ngeri kan... tiket bukan nya murah kalau kena tgl