Selalu berangan-angan nak mencipta kek batik sebab ni makanan kegemaran suami. So, semasa cuti ni gigih lah berfikir macam mana cara nya, macam mana resepi nya yang terbaik. Pada hal kau tak payah fikir pun benda ni bukan main kacang lagi nak sediakan. Tapi disebabkan ni kan pertama kali, jadi kena lah gigih.
Maka saya buat lah dengan penuh kasih sayang sementara menunggu anak dan suami tercinta tidur. Sila baca sekali lagi. Saya buat dengan penuh kasih sayang yang secukup rasa tanpa was-was lagi.
Taddddaaa!!!! Ni lah hasil nya. Nampak tak segala kasih sayang yang telah saya curahkan sepenuhnya ke atas kek ini. Sila salahkan Rayyan Adam yang tiba-tiba bangun melalak tengok emaknya tak de. Rupanya emak dia sedang berkasih sayang dengan biskut marie yang baru nak dipecah-pecahkan. Maka emak pun kelam kabut pecah kan biskut masuk dalam bahan-bahan sebab anak dah melalak tak tentu hala.
Nasib laki aku kata sedap!!!
4 comments:
suami misti ckp sedap utk selamatkn diri. hahaha! sket lg nk jadi tu.. raye ni pun akak ingat nk wat kek batik. lama dah xwat.
kak d : tu la kak. rasa dah sedap dah. rupa paras pulak fail
biskut tu tekan kasi padat kat dlm loyang tu.. so bila potong dia melekat je jadinya... tp nilah kek yg paling senang nk buatkan hihi
liana: alasan anak kacau tak dpt tekan kuat2. huhuhuhu
Post a Comment