LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 1, 2010

Bersama Pengasuh Baru

Seperti yang dijanjikan tempoh hari, bermula pagi ni Rayyan Adam sudah selamat bersama pengasuh baru. Kakak suami menjaga Rayyan Adam selama tempoh saya berkerja sehingga raya menjelma.



Malam tadi saya bersiap-siap lah tidur rumah kakak ipar saya sebab nak gerak terus pagi ni pergi kerja. Serius. Rayyan Adam macam tahu-tahu je dia kena tinggal rumah orang. Sepanjang tidur malam tadi dia asyik nak tidur kat atas badan saya. Tak dapat badan baring kat pinggang. Lepas tu kat ketiak. Dia takut tidur rumah orang kot.



Then, pagi tadi saya sedih gila nak tinggal kan dia. Hmmm cuti kali ni kan lama. 5 hari. Tu yang terasa sangat-sangat bila nak berpisah pagi tadi. Masa drive pun radio dok asyik bukak lagu raya. Lagi la menahan-nahan emosi pagi-pagi hari ni.




Now, memang tengah rindu gila kat budak kecik sorang ni. Rayyan Adam anak mama duduk baik-baik ye sayang kat rumah orang. Mama tahu Mak Teh dan anak-anak Mak Teh semua sayang Adam. Tak lama mama pergi kerja. Jumaat ni mama dah balik dah. Minggu depan pun mama kerja 3 hari je. 2 hari sayang dengan Mak Teh. Lepas tu kita raya. Tunggu mama tau sayang.



Sedikit gambar buat tatapan mama yang sedang merindu anak nya menolong mama mengemas rumah

No comments: