LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 31, 2010

Berbuka Di Rumah Kak Teh

Ni cerita hari Jumaat yang cuti Nuzul Quran. Alkisahnya kakak ipar saya aka kakak suami mengajak le adik beradik dia yang ada-ada ni berbuka kat rumah dia. Orang ajak makan kan. Aku pun laju je lah. Huhuhu



Tapi disebabkan suami kerja malam. So, suami tak dapat lah nak join kami makan free. Then, saya dengan terer nya memandu berdua bersama si hensem ni



Tak berapa nak ada cabaran sangat memandu berdua sebab si kecik ni dah biasa kena ikat. Tu kira tengah berangan nak jadi pilot kot


Cabaran maha hebat ialah jem. Wei apa hal banyak sangat kereta ni??? Pada hal saya keluar rumah bukan waktu kemuncak okey. Pukul 3.30 petang saya dah gerak hidup kan enjin kereta.


Jem dan jem lagi dan jem lagi....Huh!!!



Ni budak kecik dah start bosan. Nasib dia tak cakap, mama turun! Biar Adam yang bawa kereta ni. Langgar semua orang ni. Sibuk betul!!!


Dan sepanjang jalan supaya si hensem ni tak bosan, terpaksa lah mama nya berbual, berborak, bercakap dengan bahasa mudah supaya difahami oleh bahasa kanak-kanak. Agaknya kereta sebelah pelik. Apa lah minah ni cakap dengan anak dia ek.

No comments: