LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 1, 2010

Giliran Rumah Mertua

Ye tahun ni giliran kami beraya di rumah mertua ye puan-puan. Maksudnya tahun ni saya beraya di perantauan untuk kali yang kedua. Uhuk uhuk uhuk....



Eh tapi mesti semua pelik. Beraya rumah mertua??? Mana si As ni ada mertua lagi. Nak beraya dengan siapa? Ye, puan-puan. Walaupun kedua-dua mertua saya sudah tiada, tapi beraya di rumah mereka masih seperti biasa. Maksudnya nanti kami lah yang akan jadi tuan rumah. 



Nanti, keluarga saya dan keluarga Kak Lang yang akan beraya di Melaka. Then, raya kedua akan ada adik beradik suami yang lain akan menyusul pulak menghuni rumah arwah. So, saya pun berangkat ke Johor maybe pada raya kedua malam.




Tahun ni kiranya kali kedua saya beraya bukan di rumah tanah tumoah darah saya sendiri. Huhuhu...Gila sedih okey!!! Perasaan ni jangan cakap la. Asyik dok teringat kat Air Hitam jek. Meronta-ronta nak beraya kat rumah sendiri. Mana tak nya, dari kecik tak pernah beraya kat rumah orang lain.



Tapi pada saya, beraya kat mana-mana pun tetap sama meriah. So, tak de lah ralat sangat. Dan satu lagi kalau beraya rumah mak walau raya ke berapa pun, masih tetap lagi meriah. Rumah mak dikelilingi sedara mara yang tak putus datang beraya. Lagi pun kan Johor ada majlis marhaban. So, majlis marhaban ni kadang-kadang sampai seminggu dua raya pun tak habis lagi. Tu yang rasa kemeriahanya lagi. Marhaban pulak ada beberapa group dipecahkan. Yang team lelaki lain. Perempuan lain. Orang muda. Orang tua. Mahu tak cukup sebulan raya.



Hmmm... Kami suami isteri macam pasangan lain jugak. Menggunakan sistem giliran. Tahun pertama Melaka. Tahun kedua Johor. Then ni tahun ketiga Melaka balik. Soal bertekak nak beraya kampung siapa, tak de. Sebab dari sebelum kahwin or baru-baru kahwin dah buat perjanjian. So, sampai sekarang masih belum ada siapa-siapa antara kami yang melanggar perjanjian. Alahmdulilah.
 

2 comments:

LiAnA said...

haa johor mmg terkenal dgn marhabankan.. umah mil pun sama.. tp tulah part hidang makanan bkn susah pun.. simple2 pun ok.. kdg umah sebelah diorg dh mkn nasi..tang umah kita bg buah2 dgn kuih2 pun dh cukup..

Unknown said...

liana : yup. johor meriah dgn marhaban n nanti kena la hidang kan mcm2 makanan utuk rombongan tu semua