LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 5, 2010

Apakah Saya Setabah Itu

Okey beberapa hari ni di rumah saya memang blogwalking tentang pengorbanan ibu bapa yang memperjuangkan hidup anak nya. Contoh nya macam entry ni



Saya diakui sebagai orang yang mudah mengalirkan air mata apatah lagi cerita yang macam ni. Saya takkan kira tempat nak melalak.



Di sini saya kagum dengan perjuangan pasangan suami isteri yang mempunyai anak yang sakit or istimewa. Saya terlalu kagum. Sehingga saya asyik mengingat kan diri sendiri andai suatu ketika nanti Tuhan uji saya seperti itu, apakah saya mampu? Apakah saya tabah? Bagaimana dengan keluarga?



Ketika ini saya teringat sewaktu saya menjaga Rayyan Adam selama 3 hari je di hospital kerana demam panas. 3 hari je. Waktu tu Rayyan Adam 3 bulan. Kecik sangat kan. 





Waktu ini, saya seorang diri hantar Rayyan Adam untuk cucuk 3 bulan. Tiba di klinik nurse semua pelik Rayyan Adam tak respon apa-apa. Dia lembik semacam je. Terus nurse cek suhunya. Cakap Rayyan Adam demam. Badannya terlalu panas.


Terus saja beberapa orang nurse kerumun Rayyan Adam untuk sejukkan dirinya. Basahkan tuala-tuala yang saya bekal kan. Sejukkan badannya selagi boleh.



Diorang suruh hantar Rayyan Adam terus ke hospital. Oh masa ni saya bukan antara orang yang panik. Saya terus call suami. Minta dia balik sekarang. Saya dibagi pilihan sama ada nak naik ambulans or bawa kereta sendiri sebab suami saya masih di tempat kerja lagi. Saya decide nak bawa sendiri kereta. Mula-mula diorg tak percaya. Tapi percaya lah. Dalam keadaan macam ni saya mampu melakukan apa sahaja walaupun dalam keadaan keseorangan.




Ujian yang Tuhan persembahkan kala ini hanyalah sebesar zarah berbanding mereka. Tapi naluri saya sebagai ibu tak perlu disangkal. Saya juga bersedih dengan penyeksaan Rayyan Adam dicucuk sana sini. Wayar sana, wayar sini. Meruntun hati ibu ini.



Pernah satu ketika, jarum air Rayyan Adam terbuka. Nurse perlu melakukan sekali lagi. Saya tidak dibenarkan melihat. Yang saya dengar kala ini, hanya raungan. Raungan anak kesayangan saya. Luluh jiwa bila mengenangkan pekikan itu adalah kerana kesakitannya.




Syukur alhamdulilah. Rayyan Adam diakui sebagai bayi yang mudah. Segalanya mudah baginya yang berumur 3 bulan kala ini. Bukan setakat saya yang mengaku bahawa Rayyan Adam bayi yang senang jaga. Malah seisi keluarga saya mengakuinya. Juga keluarga mertua.



Rayyan Adam bukan lah seorang bayi yang melalak tak tentu pasal di tengah-tengah malam. Dia hanya tahu menangis jika lapar, jika haus. Malah sewaktu beliau sakit ni pun, tak de pun dia mengganggu kanak-kanak lain yang sama wad dengannya. Tidak sama sekali. Dia tenang. Dia tidak meronta. Dia tidak melawan. Dia tak menyusahkan orang. Rayyan Adam lah sebaik-baik manusia kerana tahu tidak menyusahkan sesiapa.



Rayyan Adam anak mama....



Mama dengan ayah dan seluruh keluarga kita terlalu bangga dengan sayang. Seluruh dari kami amat-amat menyayangi mu sayang. Mengasihimu sepenuh hati. Anak mama umpama cahaya purnama yang menyuluh seluruh jiwa raga kami. Cahaya ini lah pengikat kasih kami seluruhnya.



Syukur pada Mu Tuhan menganugerah amanah ini. Cuma kadang kala hati ini terdetik, apakah saya mampu dan tabah lagi terhadap masa hadapan?

3 comments:

Unknown said...

lady diot : amin

Ztee_Azwanis said...

as.. ni bila? hem.. tu lah semoga kite ttp tabah mjadi ibu kan..?

Unknown said...

ztee : ni masa umur adam 3 bulan. baru pas habis pantang