LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 5, 2013

Pray For Sabah & Malaysia

Sebagai seorang ibu extra ibu mengandung, saya harap doa saya dimakbulkan Allah. Semoga percerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan aman dan selamatkan lah semua pegawai, orang ramai, orang kampung dll yang berhabisan mempertahankan hak tanah tumpah darah bumi bertuah Malaysia. 
 
Satukan lah rakyat Malaysia. Hentikan la tuduh menuduh, saman menyaman, tulis yang tak sepatutnya. Dengan iringan doa dan Al-Fatihah buat pewira negara yang telah gugur. Semoga keluarga mereka tabah. Air mata saya pun tumpah, apatah lagi mereka....
 
Ye.. Saya hanya manusia biasa yang bisa tersentuh mengenangkan perjuangan wira-wira negara ini....
 
Darah saya memang tiada kaitan dengan darah pahlawan. Darah saya memang tiada kena mengena dengan mereka yang sedang berjuang. Tapi mereka semua sedang berjuang untuk menyelamatkan negara saya yang tercinta.
 
Saya sayang Malaysia...

Feb 25, 2013

Download Buku Iqra'



Orang kata sharing is caring


Anak dah menginjak usia 3 tahun 5 bulan
Cakap masih tunggang terlabik
Pelat



Kebanyakkan bahasa terlabik Rayyan Adam hanya saya je yang faham.
So saya la sebagai sumber rujukan utama kalau ayah beliau tak faham bahasa sanskrit anak terunanya.



Agaknya ni la kurnia naluri seorang ibu bilamana hanya dia je yang memahami kata-kata si anak.
Alhamdulilah dengan kuruniaan naluri ni


Ok berbalik pada cerita tajuk di atas


Menurut kata-kata seorang guru mengaji Quran, kalau anak tu dah pandai cakap je dah boleh dah hantar belajar Iqra'


Zaman kita dulu belajar ngaji Quran guna Muqadam kan. Tapi saya rasa late 10 tahun lepas dah start guna Buku Iqra'. Rasanya kaedah ni lebih pantas dan cepat ngaji Quran


Actly kat tadika Rayyan Adam memang dah start ajar pun guna Buku Iqra' ni. Cumanya kononnya mama ni kan nak jadi cikgu tadika jugekkkk. Kena la ada stok jugekkkk kan kat rumah.


Kat kedai buku agama or kat Mydin berlambak jual. Tapi still tak beli lagi. Wal hal murah je kott


Tup-tup google punya google ada pulak versi digital gitu. 


Dengan laju nya mama ni mendownload. Barang yang free jangan dilepas kan begitu sahaja!!!


Siapa nak jugekkkk meh klik kat sini  



Walaupun dah ada yang digital ni, yang salinan keras jugekkk wajib dibeli.



Weols laki bini plan nak hantar Rayyan Adam belajar ngaji Quran secara rasmi dengan guru agama bila umurnya 5 atau 6 tahun. Tengok la keadaan. Ye la... Dah katanya anak ni lahir hujung tahun. Takut budaknya belum bersedia ke apa ke kan.



Untuk permulaan, kita kenal-kenal la dengan huruf-huruf Al-Quran ni dulu kat rumah. Karang ada pulak ustaz/ustazah tak bertauliah ajar kita pulak macam mana nak ajar anak ilmu akhirat. Takkan semua benda kita ajar kat anak nak cite kat belog.



Kalau tak cite macam ni mesti orang ingat kita tak pandai ajar anak kannnn        

Feb 21, 2013

Hantu Kicap


Budak ni hantu kicap
Makan nasi dengan kicap. Makan mee dengan kicap. Makan roti dengan kicap
Kicap dah macam kuah. Siap hirup
Kicap tu wajib letak site kat tepi pinggan tu. Nak buat kuah kan katanya


Satu botol besar kicap habis dalam masa sebulan je untuk keluarga anak satu macam kami. Kejap je kan


Tak de kicap Jalen, kita batal kan aje XPDC ni (sila baca dengan nada Abon)

Voucher Tesco


Yeba yeba!!! Boleh sopink baju Abang Rayyan Adam. 
Nak sopink barang baby pun tak tahu mana nak start.


Baju bajan baby kalau boleh nak tahu jantina dulu.
Silap-silap tunggu baby keluar baru mama berkain batik keluar sopink baju baby. Huhuhu.


Anyway tq ye ayah sebab bawak balik benda alah ni. 
Terus mama buat keputusan nak buat apa dengan benda alah ni.

Feb 13, 2013

Nama

Rayyan Adam sudah menghafal nama setiap orang dalam rumah ni. Beliau dah pun gelarkan nama dia Abang Rayyan dengan baby dalam perut ni. Ini weols tak ajar. Dia yang request. Dia tak nak Abang / Abang Long / Abang Adam. 



Siapa nama awak ?
Rayyan

Siapa nama ayah?
Bad

Siapa nama mama?
Liza

Siapa nama nenek? 
Kintan

Siapa nama baby?
Baby tido la... 





Sangat pandai menjawab sekarang. Baby memang weols belum ajar lagi siapa namanya sebab belum tahu lagi boy or girl. In Shaa Allah untuk kedua-dua jantina dah ada nama yang terpahat dalam hati kami berdua. Hanya sedang menunggu waktu untuk scan sahaja nanti.


Apa pun, mama and ayah tetap syukur dikurniakan zuriat tidak kira lelaki atu perempuan. Janji anak kami sihat dan hidupnya sentiasa diberkati Allah swt


Bajet Suri Rumah

Menjadi suri rumah banyak mengajar saya tentang pengumpulan duit. Muhahhahha!!!

Ye la... Dulu masa kerja, tiap-tiap bulan nak beli apa pun tak fikir panjang. Dapat gaji main beli je. Janji puas hati.


Sekarang tahu pulak kumpul duit. Nak apa-apa mesti ada target kumpul duit. Selagi tak cukup, kumpul lagi, kumpul lagi dan lagi


Pandai pulak kumpul kan. Dulu tak de pun fikir kan, duit yang ni ketepikan, duit yang tu ketepikan.


Tapi tak pe. Kehidupan pasti akan mengajar kita sesuatu. Yang penting kami sekeluarga masih mampu lagi untuk menyuap nasi dan makanan yang sedap-sedap yang lain.


Apa yang penting SORU. Lain-lain, nanti-nanti pun tak pe.


Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati

Feb 8, 2013

Kisah Percintaan Shila Amzah



Semua orang tahu bahawa bapa yang terlalu menyayangi anak perempuannya akan bekerja keras untuk mempertahankan siapa kah calon suami yang sesuai untuk anak perempuannya.


Walaupun sebaik-baik manusia lelaki yang kita berkawan tu, bapa yang terlampau memikirkan kebahagian puterinya akan sentiasa was-was.


Kat sini tak salah siapa pun. Memang sifat seorang bapa terhadap anak perempuannya begitu.


Dan sesungguhnya, saya antara anak gadis yang mendapat nasib yang sama seperti Shila Amzah suatu ketika dulu. Hanya kerana arwah abah terlalu memikirkan kepentingan/kebajikan/keselamatan anak gadis nya ini bilamana telah jatuh ke tangan lelaki lain.


Percaya lah...Itu lumrah lelaki bernama bapa.


Suami saya komen pasal kes Shila Amzah ni : Kalau abang jadi bf dia, abang ye kan aje apa bapak dia cakap. Esok dah sah. Dah dapat. Ha masa ni la suka hati la kan nak buat apa. 


Komen tak memberangsangkan langsung. Dia la jugak lelaki yang kena macam si Sharnaz ni dulu. Wakakakka!!! Kantoi sudey. :P