LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 9, 2013

Coconut Shake Batu Berendam

Mari nak share tempat makan mana lagi yang best kat Melaka. Ekceli ni bukan la kedai makan sangat pun. Sebab yang fofular nya air minumnya.


Coconut shake Batu Berendam. Syokk wooo. Time haus minum mahu berdesing kepala otak sebab sejuk sangat.


Harga adalah tidak ingat. Tapi orang ya ampun... Bukan main ramai lagi. Beratur ye uols kalau nak beli. Kalau duduk minum situ kena tunggu jugak la giliran sebab tempat duduk terhad.


Lokasi terletak betul-betul kat tepi jalan. Dekat-dekat simpang nak pergi Sungai Putat. And dekat dengan Family Store Batu Berendam. Juga dekat sangat dengan air port Batu Berendam.


Ada jugak la makanan yang dijual. Macam goreng pisang, cempedak goreng, nugget sume la. Nasi lemak, rojak pun ada kot   







Dan paling special bila mana ada tambahan air kelapa free uols. Ha minum puas-puas. Air kelapa free ni kalau duduk minum kat situ ler. Tapi kalau dah minum coconut shake dah kenyang dah pun. Nak tambah yang free ni pun tak tergamak sebab kenyang dah minum yang berbayar. Tak tahu la perut orang lain

Jan 8, 2013

Ngorok Dulu


Ini kisah minggu kedua persekolahan. Entah kat mana silap nya, jalan jem pulak masa ni. 1/2 jam jugak nak sampai school. Dek kerana penat sangat. Si bujang kita ngorok dulu dalam kereta. Itu pun dia tak nak kena air cond. Sejuk katanya. 


Jauh di sudut hati macam kesian gila budak umur 3 tahun 4 bulan dah kena bangun pagi pergi sekolah mencari ilmu. Cewah!!! Tapi mama and ayah tetap ada alasan kami ye sayang.


Ok belajar pandai-pandai. Tak kisah la besar nanti jadi apa. Pilot pun tak pe. Doktor pun tak pe. Huhuu. Angan-angan mak bapak kena la tinggi melangit. Tak gitu. Mak bapak mana yang tak berangan.

Borong Di Jekel



Memandangkan 6 hb, Ahad hari tu hari last Jakel Melaka buat sale besar-besaran akhir tahun, akak saya berhempas pulas pujuk saya join dia borong sakan.


Dan seperti gambar di atas la hasil nya. Kain lycra color turquoise adalah hadiah untuk diri sendiri. Huhuhu. In Shaa Allah kalau tailor sanggup nak buat kan uniform untuk ibu mengandung ni. Kalau rajin saya wasap wasap la kat sini bersama hasilnya.


Yang color purple tu pulak harus lak kain pasang untk dibuat baju Melayu abang Long kita. So, dengan tidak semena-mena tema color kita untuk raya akan datang tiba-tiba ber color purple. 


Kebetulan pulak jumpa kain songket belen-belen macing pulak dengan kain baju Melayu tersebut. Apa lagi. Memang tidak tunggu lama la. Baju Melayu beserta samping Rayyan Adam telah pun setel.


Baju Melayu ayah nya kita fikir kemudian pulak la ye. Sama ada nak beli siap atau pun beli kain lain and tempah jugak. Tengok la nanti. Saya ni jenis tak wajib pakai baju raya 1 family 1 papan pun. Memang dari dulu tak pernah pakai sepapan. Huhuhuu.


Lagi pun yang dalam perut ni pun nak berbaju raya jugak. Alhamdulilah. In Shaa Allah raya akan datang, berempat la kami sekeluarga nanti. Tungguuuuuu....


Orang tak kaya kena lah beli time murah-murah. Kena pandai pilih yang jenis kain mahal yang orang kaya pakai. Baru lah nampak macam kaya. Muhahhahaha. Jangan marah aaaaa!!! 

Jan 3, 2013

Korek Mengorek

Perihal kandungan kedua lagi. Perkara yang paling menakutkan bagi setiap insan bernama wanita ialah perihal korek mengorek di 'kediaman peribadi'.


Aduh!!!


Kandungan ketika ini telah masuk ke usia 3 bulan. Scan kali ini alhamdulilah menunjukkan baby sangat comel berada di tempatnya. Ini juga kali pertama kami bertemu secara rasmi. Sebelum ni seperti diketahui masalah utama, tidak jumpa di mana degupan jantung baby.


Bila nampak baby dalam keadaan fizikal yang sedang membentuk dengan sempurna, saya sangat-sangat berbesar hati dengan kurniaan Ilahi dan memang tak sabar ingin berjumpa di alam yang nyata. In shaa Allah.


Tapi.... Saya masih lagi diancam keguguran bilamana darah (lendir coklat) masih berleluasa di kawasan 'kediaman rasmi'. Makanya pemeriksaan lanjut perlu dilakukan kerana dikhuatiri berlaku kecederaan di kawasan pangkal rahim.


Lalalala....


Bermula lah episod doktor meminta maaf kepada saya sebanyak-banyaknya kerana terpaksa membuat ujikaji menggunakan senjata-senjata yang ada untuk mengorek.


Tansion hakak dik!!!


Senjata pertama ialah jari jemari doktor perempuan tersebut. Nasib baik lah doktor itu sangat comel lote. Sudah tentulah jari jemarinya juga comel macam orangnya. Buatnya kalau yang mengetes tu doktor lelaki yang gagah perkasa. Hakak tak rela dik....


Seterusnya senjata yang memang diiktiraf pakar perubatan ialah.....


Binatang di bawah


         

Suka tak???? Suka tak????



Memandangkan doktor tu kecil molek, sedaya upaya dia melawan arus tolakan saya sampaikan ada bunyi ketidakberjayaan kemasukan kali pertama. Jadi kemasukan kali kedua dilakukan semula. 


Adohai!!!!


Doktor perlu mengorek sehingga alat tersebut jumpa kawasan pangkal rahim saya. Yeza.... Memang ada fresh blood di situ. Beserta dengan lendir yang banyak. 


Menurut kata doktor, 1 daripada 4 wanita yang hamil akan mengalami situasi ini. Dalam masa yang sama, kes saya 50-50. Nak kata selamat pun tak jugak. Nak kata tak selamat pun tak jugak. So saya hanya perlu bersedia dengan segala kemungkinan.


Sebelum masuk kawasan labour room ni saya memang dah membaca sedikit sebanyak tentang kes saya. Dalam kepala otak memang menimbun soalan-soalan yang saya perlu tahu tentang situasi saya. Alhamdulilah doktor pun ok and jawab dalam bahasa biasa-biasa yang memudahkan pesakit untuk memahami nya. Maknanya bukan dalam bahasa kedoktoran sangat lah. Kang dia cakap ikut bahasa saintifik bukan nya hakak faham pun.


Doktor membekalkan ubat untuk menguatkan rahim. Dikhuatiri rahim saya kurang kuat. Tapi doktor kata, terpulanglah nak makan ke tak ubat ni. Doktor tidak memaksa....


Dengan doa yang tidak putus-putus, mama doakan semoga anak mama sihat-sihat sahaja di 'dalam' sana sehingga hari kelahiran kamu sayang. Semoga jantung anak mama akan terus kuat berdegup secara sihat dan sihat sempurna seperti manusia biasa sayang....


Bertahan ye...     

Jan 2, 2013

Gunting Rambut



Ini memang rutin 2 orang bujang saya setiap bulan. Maka nya setiap bulan memang dua orang ni labur duit kat mamak. Huh!!!


Tak faham kenapa rambut dua-dua ni cepat panjang. Kalau dah panjang saya yang serabut tengok. Lemas wei.


Suami memang berangan nak simpan rambut panjang kat anak bujang dia ni. Tapi minta maaf la bang oi. Dapat bini yang bukan jenis stylo maylo nak simpan rambut anak lelaki panjang-panjang. Hakak ni orang kampung je dik. Tak pandai nak bergaya.


Dulu pun arwah abah tiap-tiap bulan gunting rambut kat kedai Ah Kaw kat Parit Raja tu. Pekej dengan korek telinga and cukur janggut semua. Gunting bulu hidung sekali tau. Ni kalau arwah abah ada lagi memang merasa la Rayyan Adam gunting kat kedai Ah Kaw tu. Dulu mana ada wujud sangat kedai-kedai gunting rambut mamak ni. Bila mamak dah ada, arwah abah tetap nak gunting kedai Ah Kaw jugak. Pekerja yang gunting pun abah tak nak. Orang lain tak pandai gunting katanya.


So, dalam lingkungan umur 3 tahun 4 bulan Rayyan Adam dah boleh duduk kat kerusi sendiri masa gunting rambut kira ok what. Ada tu saya tengok budak dah sekolah rendah pun still melalak lagi takut nak gunting rambut kat kedai.


Macam ni baru cucu atuk. Bangga mama tau.


Cuma biasa la, masih tak duduk diam lagi. Tak susah mana pun. Dia cuma nak tengok kat cermin bila time gunting tu. Mata dia melilau nak tengok keliling dia. Tapi tak lah teruk. Kalau kita cakap baik-baik dia ok je. 


Tapi masih tak boleh pergi berdua je. Takut-takut bila turn ayah dia gunting, kang tak pasal-pasal lesap anak mama ni. 


Huh!!! Dulu memang pantang saya masuk kedai gunting rambut mamak tau. Ni nasib baik kedai gunting rambut mamak kat Melaka tak de la hangit sangat bau ketiak nya. Hidung mak boleh tahan lagi nak... Janji murah!!!      

Entry Pertama 2013



Entry pertama hari pertama 2013 cerita perihal hari pertama persekolahan. Huhuhu.


Mak nya yang terlebih exited. Pada hal anak tu baru je 3 tahun 4 bulan. Terpaksa join budak 4 tahun sebab lahir hujung-hujung tahun. Tak pe. Yang penting anak mama pandai ye sayang.


Malam sebelum nak tidur kita auta dulu tunjuk beg sekolah dia. Tunjuk buku-buku dia. Tunjuk baju dia. Huh!!! Konon janji bangun pagi nanti tak nak nangis. Hampeh!!!


Bangun pagi tetap nangis la sebab terpaksa bangun ngantuk-ngantuk. Mandi jangan cakap la. Lagi la terpaksa. Nak tak nak mandi koboi je la gamaknya. Gosok gigi lagi la tak nak. Tak pe la. Janji halal sayang.


Tapi siap mandi tetap exited nak pakai baju sekolah.


Ok apa pun... Sobsobsob. Terharu nya mama!!! Anak mama dah besar. Dah masuk sekolah dah pun. Kejap sangat masa berlalu sayang. Membesar la jadi anak yang soleh ye. 


Belajar rajin-rajin ye sayang. Mana yang mampu mana buat and bagi, mama buat. Tak kisah la mampu duit ke, mampu tenaga ke, mampu kasih sayang ke. Rayyan Adam tetap mama utamakan dari yang lain. 


Terima kasih ayah sebab banyak labur duit. Huhuhu. Uhuk uhuk uhuk!!!! Terbatuk-batuk mama tolong kira duit ayah bayar school Rayyan Adam.