LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 15, 2012

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil - 050512

Assalamualaikum...


Alhamdulilah setelah 5 purnama bermalam di rumah hasil titik peluh kami suami isteri, dapat juga berkongsi rezeki bersama kaum keluarga, jiran-jiran dan jemputan lain.


Plan asal nak buat kecil-kecilan je kot. Alhamdulilah ramai jugak jemputan yang sudi hadir. Terutama pada jiran-jiran baru yang baru berkenal-kenalan.


Niat saya memang nak panggil anak-anak yatim sekaligus nak jamu la diorg. Yang urus kan menda ni suami. Ye la. Saya kan kat KL. Mana sempat nak menerjah rumah anak yatim. Tapi rupanya yang datang pelajar tahfiz dari madarasah kat area Kandang. Ada dalam 30 orang. Apa pun masih tetap bersyukur.


Walaupun saya mampu la jugak pakai handbag COACH, tapi apa salah nya kita buat perkara yang menuju keberkatan. Makan sedap-sedap kat restoren mewah, bercuti sana-sini kalau hati tak tenang pun tak guna jugak ye tak.




Majlis dibuat selepas isyak. Pelajar-pelajar tu kami suami isteri minta tolong adik beradik amik pakai kereta masing-masing. Dalam 9 biji kereta kot. Haila.... Tak menang tangan tuan rumah dibuat nya tau. Gambar pun cuma ada berapa keping je yang sempat ditangkap.


Masak memasak memang minta tolong kudrat kakak sendiri dan kakak ipar. Untung kan jadi adik ni. Hahahaha. Tuan rumah jadi mandor je arah sana arah sini.


Seronok masak sendiri ni. Cuma yang tak seronok, bahagian dapur tak berapa nak kemas sangat la kan. Dengan periuk belanga nya....




Menu malam tu 
  • Kari kambing
  • Ayam goreng berempah
  • Ulaman
  • Sambal belacan
Menu tambahan yang ditambah oleh mak dan Kak Ana
  • Sambal goreng (Tempe, tahu and kentang. Ni femes la kalau kat Johor)
  • Urap (Pun femes kat Johor)
  • Asam pedas sayur batang keladi




Dan syukur tangan saya pun sempat membakar rainbow cupcakes


Ini saya buat door gift la kekonon nya.... Tak sempat nak mekap kotak tu dengan reben


Of coz la apam polka dot tuan rumah kena ada jugak



Oh ye perkara yang paling membimbangkan saya suami isteri, takut sangat-sangat makanan tak cukup. Pastu mak nasihat kan saya, jangan tamak-tamak. Huhuhu. Alhamdulilah... Semua nya cukup...


Jadi sekian sahaja berita saya dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi hadir. Lain hari kita berjumpa lagi. Juga pada yang tak berkesempatan, lain hari pintu rumah sentiasa mengalu-alu kan kedatangan anda. Cewah...

5 comments:

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

bestnya...

azie said...

alhamdulillah....berjalan dgn lancar majlis kenduri as....nak tergelak "motip handbag coach" ada dlm entry nii? wakakakaka...peace

ibudhira said...

macam sedap je apam pokaldot tu...kaler menarikkkk tertarikk....aku pun musykil la..apa kaitan tah henbeg coach tuh!!!musykilll..hahhaa

@lfidah @dim said...

sorilah akak tak dpt nak hadir mlm tue..ammar warded.5 hari di hospital..tak dpt kita nak bergmbr masuk kat blog kan...:-(

Unknown said...

syukurr..serook nmpk mereka tahlil berjemaah beramai2..sejuk hati..alhamdulillah..;)