LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 13, 2011

Rendang



Ni adalah sudah lama kejadian berlaku. Sehari sebelum raya gamaknya. Suami merengek-rengek mahu berbuka dengan rendang. Maka dengan penuh kasih sayang saya membuka buku resepi menyediakan hidangan kegemaran suami.



Zalim atau tidak aku yang bernama isteri baru kali kedua memasak rendang untuk suami ku sepanjang 3 tahun perkahwinan kami ini. Sedangkan ini makanan kegemarannya. Hahahahaha!!! Sila gelak jahat.



Sebabnya.... Saya tak suka makan rendang dengan nasi. Pada hemah saya, rendang hanya boleh dimakan dengan sesuatu yang berbentuk pulut sahaja. Contohnya macam lemang ke, pulut kuning ke. Ha macam tu baru kena gaya nya.



Ada kejadian ye masa kali pertama kami beraya atas nama pasangan suami isteri. Masing-masing emo di petang raya disebabkan rendang sahaja. 



Suami merungut-rungut saya tak nak masak rendang untuk juadah hari raya. Saya pulak merungut-rungut suami suruh masak rendang sebab saya tak pandai masak rendang. Gaduh sudah di petang raya.



Akhirnya saya masak jugak tapi berdasarkan resepi yang digoogle. Menjadik ok!!!



Dan seperti yang dikata tadi lah. Yang ni adalah kali kedua. Kali ketiga entah bila.

4 comments:

munna said...

kak munna pun blm pernah lagi masak rendang selama dah kahwin ni....

Unknown said...

munna : wah kak munna lagi pecah rekod dr saya ni

cik daisy said...

ok lar tu as.. baru 2 kali.. akaqq ni ha.. blom pernah sekali2.. kekeke! rendang pun peberet mr hubbyku. citarasa kita sama sbb x reti mkn rendang dgn nasi. tp sbb dah kawen ni, dah blajo dr hubby plak mkn rendang dgn nasi. niatnya raya hj ni nk wat lar gak rendang sbb kata ibu - senang je!

Unknown said...

cik daisy : mmg senang!!! resepi banyak!!! huhuuu. ha try jgn tak try