LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oct 19, 2011

Barangan 1 Malaysia

Selalu nya menyopping di Family Store saja. Tapi last week beralih arah menyopping di Mydin pulak. Jalan punya jalan, tiba-tiba terjumpa barangan 1 Malaysia ni. Eh tak fikir panjang la. Memang terus grab. Tak de nye belek-belek harga berapa ke, ada tanda halal ke. Nama nya pun tak fikir panjang.



Ala ikutkan pun barangan 1 Malaysia. Sah-sah la murah dari yang jenama biasa kita beli. Dan juga sah-sah la halal punya. Majoriti penduduk Malaysia kan Islam. Takkan kerajaan nak jual barang tak halal ni sepah-sepah pulak ye tak.



Masa meyopping tu pun waktu suntuk sebab suami tergesa-gesa nak cepat ada janji nak main badminton. Tansion tau si bini ni menyopping secara laju-laju. Tak feeling langsung!!!!



Nama pun menyopping secara laju-laju. Jadi ini saja la yang sempat di grab untuk barangan 1 Malaysia





Tepung gandum. Tanpa berkira-kira memang terus amik 2 pcs. Senang aku nak buat jemput-jemput. Hahaha!!!




Susu pekat manis. Try test dulu 1 tin. Takut kecewa kalau buat teh tarik kang. Kalau kena gaya, lain kali boleh beli lagi




Ikan sardin pun try and error dulu 1 tin.




Sabun basuh pinggan. Yang ni suami saya yang grab. Nampak kan suami ku menyokong barang-barang murah ni. Harus la kan sebab semuanya adalah dari poket dia. Kena la berjimat cermat






Actually semua stok ni saya tak pakai lagi sebab yang lama masih ada lagi tak habis. Jadik, tunggu je la nanti masa nya pasti akan tiba.



Untuk itu, marilah kita sokong barangan 1 Malaysia ni dalam langkah kita untuk berjimat cermat. 



Amacam? Ada gaya menteri tak?

6 comments:

Lady D'yot said...

wahh...comel je sume sama design..hehe

~aSFaLiZa~ said...

nadia : huhuhu..tang mana comel ntah

munna said...

kat area sini takde lagi produk 1 malaysia ni

~aSFaLiZa~ said...

munna : ni pun dia jual kat mydin kak

Nazz@Purple said...

kaw umah nazz tak de lagi..kalo jmpa kedai satu malaysia ni..memang nak bli bnyak2 ar..

~aSFaLiZa~ said...

nazz : he beli byk2. huhuu. murah2