LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 18, 2011

Lempuk Durian

Memandangkan sekarang tengah musim durian, seronok bukan kepalang lagi saya. Hahaha!!! Nak-nak dapat makan durian free. Ye la. Kawen dengan anak peneroka. Mahu tak aku menggila ajak masuk kebun kutip durian. Apa??? Gila harta? Hahahaha!!! Aku gila durian je nok.




Disebabkan durian yang banyak ini lah saya telah dikerah membuat sejenis makanan tradisional. Suami tiba-tiba macam orang mengidam pulak gamak nya nak makan lempuk buatan sendiri. Hadoiiii. Dah la mak saya pun tak pandai. So, pergi lah saya menanya makcik yang duduk sebelah rumah arwah mak mertua. Maka, makcik tu pun ajar lah secara lisan sahaja.




Nak google adalah malas membuka laptop. Jadi, mari saksikan hasil pertama saya menghasilkan lempuk demi suami tercinta. Orang kata, kalau kita buat dengan penuh kasih sayang demi yang tercinta akan mendatangkan hasil yang menawan.




Cara-cara membuat lempuk durian


Mula-mula, kita kasi asing dulu durian yang tak best.



Masukkan dalam kuali setelah dibuang biji nya



Masukkan gula pasir. Orang kata nak lagi sedap dan nampak lempuk tu berwarna coklat, campur kan jugak dengan gula Melaka. Tang nak masukkan gula memang tak reti nak bajet. Makcik tu kata pakai 1/2 kg gula pasir. Tapi saya pakai suku jek sebab durian sikit. Lagi pun dah campur dengan gula Melaka. So, memang takut manis  




Then, kacau kacau kacau kacau hingga la pekat dan sebati. Suami kata, durian yang bergentel-gentel tu kena buat sampai lenyek




Alhamdulilah. Ini lah hasilnya. Jadi nokkkk. Sedapppp. Cuma termanis sikit




Masa saya gambel je nak buat benda alah ni, saya dah cakap kat suami. Ni, kalau tak jadi, abang tetap kena makan sampai habis. Sayang tak kira. Penat tau buat ni.




Nampak puan-puan??? Bila kita buat dengan penuh kasih sayang, kena wujudkan sedikit ugutan di situ. Sila janga tiru aksi ini di rumah anda ye. Merbahaya untuk kesihatan.

6 comments:

Nazz@Purple said...

wah jadi jgk tu...

Unknown said...

nazz : haah. huhhuhu

Anonymous said...

oh gitu ke wat nye..

kiteorg time ni banyak le tempoyakkkk doyan

ibudhira said...

mcm sedap jek..nak gakkkkk

zaidah said...

makan cicah rotipun sedap...n makan gitupun bleh jugak...

Unknown said...

zura : kita tak makan tempoyak

rini : alahi org puasa ni. huhuhu

zaidah : haah. buat jem