LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 12, 2011

Rindu Saya Pada Rumah Itu

Hujung minggu lepas kitorg dah janji dengan mak  nak balik kampung. Mak pun dah lama sangat tak balik. Hati dia mengedik-gedik nak balik. Tapi apakan daya. Saya lebih berkuasa sekarang. Huhuhu. Kejam tak?




Macam mana nak bagi mak balik. Bukan ke mak baru je baik. Kaki mak tu belum sembuh sepenuhnya. Hati anak mana yang tak risau nak bagi mak tinggal sendiri. Macam-macam perkara dalam kepala otak ni. Nasib lah jiran-jiran semua rajin jengah mak.




Sebenarnya jauh di lubuk hati, saya sedih bila balik rumah mak. Kalau nak cerita sebak jangan cakap lah. Bergelen-gelen air mata boleh keluar. Mahu tak sedih. Rumah tempat kita membesar selama ni dah macam tak de seri. Rumah kosong. Bila balik kena bersihkan apa yang patut.




Saya rindu sangat saat-saat saya membesar di rumah tu. Rindu saat nak pergi sekolah, naik bas sekolah depan rumah, balik sekolah. Mak masak tengah hari. Kita makan sama-sama. Dengan mak. Dengan arwah abah. Dengan Wani adik saya. Kalau nak makan mesti makan sama-sama. Lapar pun kena tunggu semua ada. Then time tengok tv sama-sama. Masa cuti pulak buat apa kat rumah tu. Bila abang dengan kakak balik kita jadi exited.




Sumpah!!! Dulu saya tak pernah terfikir akan terjadi nya saat-saat seperti ini. Saat-saat saya merindui kisah lampau saya. Saya nak sangat benda tu semua diulang kembali. Kalau lah boleh dilayarkan apa yang bermain dalam fikiran ni mesti anda semua faham apa keinginan saya saat ini.




Ni kan putaran alam. Putaran masa. Bila tiba masa memang akan terjadi la saat yang macam ini untuk kita semua. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu antara kita dengan pasangan. Macam mak. Ditakdirkan Tuhan arwah pergi dulu. Teman sebantal berpuluh tahun pergi meninggalkannya selama-lamanya. Kalau ada rezeki Tuhan dapat lah berjumpa semula. Amin.




Bila mak dah keseorangan, tanggungjawab anak-anak kan memelihara orang tua. Sebab itu saya percaya bila kita dengan ikhlas dan redha menjaga orang tua kita walau dengan apa cara sekali pun, janji Tuhan itu pasti. Menjaga orang tua saya rasa bukan dengan cara ini sahaja. Banyak lagi cara kan.




Contoh ada jugak orang tua yang memang tak nak ikut kita. Dia nak jugak menghambakan diri di rumah tempat bersemainya cinta dengan pasangan. Hal ni pun kita tak boleh memaksa. Kita boleh je jenguk mak kita di kampung walau dengan apa cara sekali pun.




Rumah mak dah la kat tepi jalan. Betul-betul kat kat traffic light. Tiap kali lampu merah tiap kali tu jugak semua orang akan menoleh rumah mak. Mesti ramai dah tahu rumah tu tak berpenghuni. Mesti tahu tuannya dah tak duduk ruamh tu. Kawan-kawan saya pun tahu bila masa saya ada, bila masa saya tak de balik. Semua orang pun tahu kalau rumput dah panjang sikit.




Yang ni pun kadang-kadang saya sensitif bila mendengar. Saya marah bila ada orang cakap macam ni



*** rumah kau ni dah macam rumah hantu aku tengok
*** rumah kau ni dah macam rumah hutan aku tengok.



Saya sedih ok. Saya dan adik beradik lain bukan tak balik atau tak nak balik. Tapi faham kan. Masing-masing dah ada komitmen. Ada tugasan. Abang dengan kakak saya anak masing-masing dah sekolah. Saya pulak harap maklum. Balik rumah suami nak jumpa anak pun seminggu sekali.




Paling tak boleh diterima akal bila saya kenangkan kalau lah satu hari nanti memeng penghuni nya terus tiada di dunia ni. Kalau lah mak dah tak de. Apa lagi yang saya ada untuk saya balik ke rumah ni. Siapa yang sudi menjaga rumah mak. Sayu ok. Sekarang pun dah mula suram. Tak de seri. Saya berdoa, even mak dah tak de pun saya tetap akan balik. Saya tetap akan disiplin kan diri saya. Kita pun tak tahu ajal siapa yang menjemput dulu kan.




Dan tak mustahil perkara macam ni akan berlaku juga di rumah kita sendiri. Di rumah tempat bersemainya cinta kita dengan pasangan. Di rumah tempat kita melihat anak-anak membesar. Di rumah tempat kita berteduh. Di rumah tempat suka dan duka kita bersama keluarga kita yang tercinta. 

No comments: