LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mar 17, 2011

Susu Anmum Essential Madu Langkah 3


Dah 2 minggu orang dok melatah kisah harga susu naik. But for us laki bini kitorg dah tahu awal. Sebab toke kedai senseh tu dah bagi tahu harga susu akan naik. Tapi tak tahu bila. Mula-mula dengar tu menggelabah la jugak. Tapi kena lah tenang sebab kata nak bagi anak yang terbaik. So, diam-diam dan buat tak tahu sudah.




So, hari Isnin lepas ni baru je beli. Ni kiranya buat pertama kali lah kitorg beli susu dengan harga baru dan formula baru katanya. Perkara pertama yang kitorg dok takut kan penerimaan Rayyan Adam. Budak ni bukan boleh kira. Takut karang kata formula baru. Terus dia rasa lain. Terus merajuk macam hari tu. Alhamdulilah. So far ok je si bujang tu.



Ok meh saya explain apa perbezaan yang ketara yang saya nampak pasal susu Anmum Essential Langkah 3 (Madu) ni :
  • Harga
    • Harga lama RM57++
    • Harga baru RM72++
  •  Berat

    • Berat lama 1.7KG
    • Berat baru 1.6KG
  • Skop

    • Skop lama panjang
    • Skop baru pendek tapi color tetap sama. Color purple
  • Kandungan

    • Kandungan lama bergula
    • Kandungan baru tanpa gula tu yang ditulis tau
  • Rasa

    • Harap maklum ye puan-puan. Saya ni bukan spesis minum susu tepung. So rasa tak tahu nak kata. Suami pulak belum sempat dia nak rasa susu anak dia yang ni. Nanti-nantilah saya roger kalau suami dah rasa. Susu saya dia tahu lah rasa apa
  • DHA

    • Tang DHA ni tak habis study lagi. Lagi banyak kot DHA nya. Entah lah. Nantilah saya habis baca kat kotak tu saya kasi roger kat sini. Tu pun kalau rajin nak baca
  • Kepekatan

    • Yang baru ni adalah lebih pekat dari yang lama. Benda ni toke kedai senseh memang dah inform awal kat kitorg. So, kalau kata skop yang baru tu kecik, sebenarnya sama je macam dulu. Sebab nya skop kecik tapi kandungan nya pekat. So, mestilah susu lambat habis walaupun berat yang baru ni makin ringan dan mahal. Paham tak ni. Macam pening je kan nak paham.


Ok setakat ni saya baru beli sekotak yang 1.2KG. Yang tin tak beli lagi. Harga sekotak RM55++. Beli memang kat senseh. Tak de nya nak beli kan shopping complex. Macam mahal jek.

6 comments:

Haa Fakihah said...

salam. akak sy nk link kan entri akak ni kt blog sy ye. :)

http://yapiyyayyad.blogspot.com/2011/03/are-you-feeding-your-child-up-to-13.html

~aSFaLiZa~ said...

haa fakihah : ok beres

Yana said...

Pn Asfaliza, saya ada jual susu anmum harga murah dari pasaran..boleh ctc saya 0192998564(Yana) / marlianatopit@yahoo.com untuk harga..kenapa murah sebab ni harga dari kilang..

Anonymous said...

all the time i used to read smaller content which as well clear their motive, and that is also
happening with this piece of writing which I am reading
at this place.

Here is my web site: https://www.gfc.edu.co/traduccion/Belen19I

Anonymous said...

Pretty! This has been an incredibly wonderful post. Thanks for supplying these
details.

My blog post - baysideparish.ie

Anonymous said...

I love reading an article that can make men and women think.
Also, thanks for allowing me to comment!

Stop by my webpage - RX Rejuvenex